Kisah Di Sebalik Ciuman Terakhir Suami Ke Isteri Tersayang Sebelum Maut, Hingga Hujung Nyawa Bersama...

Jika anda mempunyai pasangan yang sentiasa bersama anda, anda sangat beruntung...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap manusia pastinya ingin mencari pasangan yang akan setia hingga hujung nyawa. Namun kehidupan merupakan sesuatu yang tidak boleh dijangka. Kita tidak tahu bila waktu tepat dan siapa yang akan pergi dahulu.

Sebuah foto boleh mengungkap banyak cerita, dan inilah yang tertera dalam sebuah foto perpisahan terakhir sepasang suami isteri apabila si suami meninggalkan isterinya.

Bayangkan pasangan anda yang sentiasa bersama anda, bersama mengharungi susah dan senang, membesarkan anak-anak, dan walaupun ada masanya bertikam lidah, tidak lagi bersama anda lagi.

Pastinya tiada siapa yang bersedia untuk menghadapi perpisahan sebegini!

“Goodbye Kiss” – Kasih Sayang Hingga Hujung Nyawa 

Pasangan tua yang dipaparkan dalam foto tersebut merupakan ibu bapa kepada jurugambar sendiri, di mana foto yang berjudul “Goodbye Kiss” tersebut telah mememenangi tempat pertama di Festival Filem Hong Kong.

Ayahnya telah sakit parah selama berbulan-bulan dan koma dalam tempoh yang agak lama.<p/

Ajaibnya, lelaki tua tersebut yang berada dalam keadaan koma, tersedar sekejap lalu berbisik meminta kucupan terakhir dari isterinya…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berkawan Sejak Berusia 7 Tahun 

Ibu Xu Yingwei merupakan gadis di sebelah kiri di barisan belakang dan bapanya berdiri di sebelah kanan barisan yang sama.

Perkenalan suami isteri ini agak menarik, dan inilah yang menyebabkan hubungan mereka lebih istimewa. Ibu bapa Xu Yingwei bertemu ketika mereka hanya kanak-kanak, semasa itu mereka berusia kira-kira 7 tahun. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kedua-dua mereka membesar bersama-sama dan apabila mereka mencapai usia dewasa, akhirnya mereka memutuskan untuk berkahwin. Beberapa tahun kemudian, keluarga mereka semakin membesar dan mempunyai cucu cicit sendiri.

Foto ketika remaja. Ibunya berusia 18 tahun dan bapanya berusia 19 tahun.

 
 
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap sambutan hari lahir, setiap hari umur bertambah, mereka tetap meraikan bersama-sama.

Hingga Hujung Nyawa: Kesihatan Ayah Mula Merosot

Namun, apabila usia semakin meningkat, si suami mula mengalami beberapa masalah kesihatan. Pasangan tersebut sering berulang-alik ke hospital dan si isteri menjaga suami dengan penuh kasih sayang sehingga sakitnya sembuh.
 
Setiap hari, ibu Xi Yingwei setia menemani suaminya di hospital, menyuapkan makanan dan menguruskan segala-galanya walaupun pada usia yang tua.
 
 
Pada suatu ketika kesihatannya semakin merosot sehingga terpaksa diletakkan di kerusi roda bagi memudahkan pergerakan. Dia tidak lagi mampu berjalan sendiri, namun isterinya masih gagah menyorongnya ke sana sini termasuklah membeli-belah bersama dengan menolak kerusi rodanya.
 
 
 
Hari berganti hari, kesihatan suaminya semakin teruk dan tidak lama kemudian dia perlu diletakkan di unit penjagaan rapi. Si isteri yang tabah tetap berada di sisi melalui proses keseluruhan dan sentiasa berada di sana, memegang tangannya ketika dia akhirnya meninggal dunia pada usia 84 tahun.
 
Saat kematian suami, dia merasakan seolah separuh dari dirinya hilang…pastinya sesiapa sahaja yang menghadapi keadaan ini akan sukar menerima hakikat sepahit ini namun redha dengan ketentuan Tuhan. Kehilangan besar ini pasti meninggalkan lohong besar dalam hati si isteri kerana mereka telah hidup bersama selama hampir 90 tahun!
 
 

Perpisahan akhirnya pada usia 84 tahun…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
 
Kisah ini merupakan satu peringatan untuk setiap pasangan lain untuk sentiasa menyayangi, dan menghargai betapa indahnya hidup berpasangan. Jika anda mempunyai pasangan yang memahami dan bersama anda saat susah dan senang, beritahu dia yang anda sangat mencintainya.
 

Anak merupakan anugerah indah buat suami isteri.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: gtgoodtimes

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkunci-rumah-tangga-bahagia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman