Pada zaman kini boleh dilihat kebanyakan para isteri semakin kurang hormati suami atas alasan mereka sering melakukan kesalahan yang sama dan gagal menjadi pasangan yang baik.
Tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini, biarpun telah berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan rumah tangga.
Isteri hormati suami
Hidup sebagai suami isteri boleh diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan, ada kalanya ia bergelora dan ada ketika aman sejahtera.
Pernah juga dilihat seorang suami sering marah-marah hanya kerana suami tidak dapat memenuhi keinginan dirinya dan anak-anak sehingga mereka terlupa bahawa kedudukan suami sebagai pemimpin keluarga.
Pasti jauh di dasar hatinya ingin melihat seluruh keluarga tersenyum bahagia. Penat lelah membanting tulang empat kerat demi mendapatkan rezeki yang halal tidak pernah ditunjukkan di hadapan isteri dan anak.
Namun, sedarkah anda bahawa dirinya turut berhadapan dengan situasi yang sukar dalam mendapatkan wang? Mungkin dia tidak menceritakan apa-apa pun kerana tidak mampu anda bimbang!
Cara meredakan kemarahan pada suami
#1. Menjarakkan diri
Sekiranya anda mula berasa marah terhadap suami, adalah lebih baik anda beredar jauh sedikit dari suami bagi mengelakkan meletusnya ‘peperangan’ besar.
Sebagai contoh, jika pergaduhan berlaku di dalam bilik tidur maka beredarlah ke ruang tamu. Jika di dapur, beredarlah ke bilik.
Namun yang perlu diingati adalah anda perlu mengelakkan diri dari beredar sambil menghentak kaki atau menepis perkara yang ada di sekeliling.
Buat suami pula, anda perlu memberikan ruang untuk diri bersendirian buat sementara waktu bagi membolehkan dirinya bertenang.
Biarkan kemarahan reda dan anda perlu pujuk dengan kadar yang segera kerana jauh di dalam hati wanita sebenarnya amat mengharapkan suami datang memujuk dan memeluk mereka.
#2. Elakkan berkata-kata
Langkah ini sangat efektif untuk mengawal kemarahan yang sedang melanda. Apabila marah, emosi dan minda anda menjadi sukar dikawal dan ada masanya anda mungkin tidak berfikir sebelum melontarkan kata-kata tajam tersebut.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad disebutkan,
“Apabila di antara kalian marah, diamlah”. Kalimat ini diucapkan Nabi Muhammad hingga tiga kali.
#3. Ingat kembali pengorbanan yang dilakukan
Sekiranya anda merasa api kemarahan semakin membuak-buak, hitung kembali berapa juta titik keringat yang telah dikorbankan dan tataplah matanya kerana ia telah mengeluarkan air mata demi melihat seisi keluarga bahagia.
Bagi meredakan keadaan, anda perlu merendahkan ego dengan memaafkan mereka.
Harus anda ingat bahawa kaum lelaki amat sukar untuk memahami kehendak sebenar seorang wanita kerana lumrah yang telah Allah ciptakan.
Jangan sesekali anda merasa hebat bahawa anda sahaja yang melakukan yang terbaik untuk keluarga tanpa melakukan sebarang kesilapan terhadap suami.
#4. Memohon pertolongan Allah
Nabi pernah bersabda:
“Sesungguhnya aku akan ajarkan suatu kalimat yang apabila diucapkan akan hilang apa yang ada padanya. Iaitu sekiranya dia mengucapkan,: Audzubillahi minasy Syaithanirrajiim.”
Ucapkan ta’awudz jika datang rasa marah dalam diri anda. Bacaan ini dianjurkan oleh Nabi Muhammad ketika dua orang di sisi Nabi saling mencela.
Ujar Nabi SAW, jika setelah ta`awudz itu tidak dapat menghilangkan marah, ubah posisi tubuh anda menjadi lebih rendah dari sebelumnya.
Sebagai contoh, jika amarah datang sementara kita sedang berdiri, maka duduklah. Dan jika sedang duduk, rebahkanlah tubuh.
#5. Mengambil air wudhuk
Perasaan marah selalunya dianggap seperti api dan hanya air dapat menyelamatkan keadaan sedemikian.
“Sesungguhnya marah itu dari syaitan dan syaitan itu diciptakan dari api, dan api itu direndam dengan air maka apabila di antara kalian marah, berwudhulah” (H.R. Ahmad).
Selain dapat membersihkan diri dari dosa-dosa kecil, anda juga dapat merasakan hati yang tenang dan dengan pantasnya menghilangkan kemarahan yang membuak-buak.
Bukan itu sahaja, ambil sedikit masa untuk menunaikan solat syukrul wudhu’ sebanyak dua rakaat bagi menghindarkan diri dari sebarang bisikan syaitan.
Solat Syukrul Wudhu ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, kecuali pada waktu yang diharamkan iaitu selepas Solat Isyak, Maghrib, Subuh dan Dhuha (saat terbenam dan terbit matahari).
Dengan beberapa langkah ini boleh menghapuskan segala kemarahan yang melanda dan sekaligus membuatkan anda sentiasa hormati suami dengan apa adanya.
Ingatlah bahawa kehidupan ini cukup singkat untuk diisi dengan pertelingkahan dan bila-bila masa pinjaman Allah ini akan kembali kepadaNya.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.