TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Suami Pemarah & Kaki Baran, Isteri Pun Sama Naik! Macam Mana Nak Hadap Ni?

4 min bacaan
Suami Pemarah & Kaki Baran, Isteri Pun Sama Naik! Macam Mana Nak Hadap Ni?

Suami pemarah boleh menyebabkan isteri tertekan, dan menyebabkan masalah dalam rumahtangga. Apakah cara bagi menenangkan suami yang sedang marah?

Orang kata, kalau dah jumpa dengan lelaki yang panas baran, sebaiknya jangan dibiarkan sampai kahwin, betul ke? Tetapi kalau sudah jodoh dengan suami pemarah, pastinya ada sebab lain yang membuatkan anda memilih si dia, kan?

Kadang kala penatlah menghadap lelaki yang kurang bersabar ni. Semua perkara kita buat salah, semua perkara anak buat pun dia salahkan kita. Perasaan si isteri pula terpula tiada yang orang jaga. Sabar ya para isteri.

Kami faham situasi ini bukan situasi impian mana-mana wanita sekalipun. Kita hanya inginkan kebahagiaan, yang indah-indah sahaja. Namun dunia ini tidak sempurna. Ada masanya kita terpaksa berhadapan dengan kesusahan walaupun ia di luar tangan kita. 

Jika anda terlibat dalam situasi suami pemarah, pertama kali ingat, jika dia mula naik tangan pada kamu, cukup-cukuplah bersabar. Bawa ke mahkamah dan pihak berkuasa. Tiada siapa pun ada hak untuk memukul pasangan ataupun anak.

Suami Pemarah, Bagaimana Isteri Menghadapinya?

Jika suami anda seorang yang panas baran, atau mungkin anda sendiri suami tersebut, ada baiknya anda atau pasangan mempunyai sikap yang bertentangan agar tiada perbalahan terjadi. Kadangkala, isteri sendiri yang mencetuskan kemarahan suami, selain daripada faktor lain.

Kami bertanyakan soalan berkenaan respon isteri di poll aplikasi theAsianparent, dan menerima maklum balas sebanyak 1589 undian dari para isteri.

suami pemarah

Berdasarkan undian, sebanyak  33% para isteri akan memujuk suami yang sedang marah dengan ayat manis, 20% akan memasak makanan kegemaran suami bagi meredakan kemarahannya manakala 13% lagi akan menggoda suami bagi menukar perhatiannya!

Jadi bagaimana pula dengan 34% lagi? Ha, berikut merupakan beberapa komen balas yang terdapat di poll ini.

#1 Diamkan Diri Sehingga Kemarahan Reda

lelaki marah

#2 Segera Minta Maaf

cara melembutkan hati lelaki yang sedang marah

#3 Bincang Tentang Perasaannya

panas baran

Kenapa Suami Selalu Marah Kepada Isteri?

Terdapat banyak sebab mengapa suami memperlakukan anda dengan buruk dan marah dengan anda tanpa sebab.

Selalunya, ia disebabkan oleh sikap lelaki yang gemar menyimpan perasaan, dan akan meletus apabila kemarahannya tidak dapat ditahan lagi.

Namun ada juga yang memang bersikap panas baran, menyebabkan isteri sering dimarahi tanpa sebab yang sepatutnya. Ini selalunya berkaitan dengan isu mental dan fizikal yang tidak ditangani sementara faktor lain adalah alam sekitar.

suami pemarah

Kredit: Pexels

  • Testosteron rendah. Kajian menunjukkan lelaki yang ada tahap testosteron yang rendah lebih mudah marah dan terdedah kepada perubahan mood. Faktor alam sekitar seperti diet dan kualiti tidur juga boleh memberi kesan kepada tahap testosteron. Ramai lelaki menderita testosteron rendah, dan biasanya tidak didiagnosis.
  • Serotonin rendah. Salah satu neurotransmiter utama dalam otak kita, serotonin, memainkan peranan dalam kesihatan emosi dan mental. Sekiranya jumlahnya terlalu kecil, kita mudah sakit hati dan menjadi marah. Sama seperti testosteron, tabiat makan dan tidur boleh memainkan peranan yang besar dalam menentukan tahap serotonin.
  • Tekanan darah tinggi. Cortisol, hormon stres, boleh menyebabkan kerengsaan serta masalah tidur dan kognisi. Jika suami anda mengalami tekanan yang teruk di tempat kerja dan tidak tidur dan makan dengan betul, tahap kortisol yang tinggi dapat menjadikannya seorang yang sangat berbeza.
  • Tekanan menjadi ketua keluarga.  Dia mungkin merasakan berbanding dengan orang lain, dia tidak mencukupi, dan perasaan ini dapat menampakkan diri dalam ledakan marah.
  • Trauma emosi. Suami anda mungkin berurusan dengan beberapa masalah emosi yang tidak dapat diselesaikan. 

Bagaimana Berhadapan Dengan Suami Pemarah?

Suami Pemarah & Kaki Baran, Isteri Pun Sama Naik! Macam Mana Nak Hadap Ni?

Kredit: Pexels

  1. Jangan tambah kemarahannya. Kemarahan selalunya bersifat sementara. Jadi biarlah dia melepaskan kemarahannya dan dia akan tenang akhirnya.
  2. Tunggu sehingga dia tenang. Biasanya, ia mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk adrenalin kembali normal.
  3. Tahu sempadan anda. Pasangan perlu tahu had masing-masing, dan apa yang tidak perlu diperkatakan semasa sedang marah.
  4. Pilih topik yang bersesuaian dengan keadaan. Jangan cuba menaikkan kemarahan dengan bercakap topik yang menyebabkan lebih banyak perbalahan.

    suami pemarah

    Kredit: Pexels

  5. Jangan biar pasangan tidak menghormati anda. Jangan biarkan diri didera secara emosi, sebaiknya beritahu bahawa anda tidak bertolak ansur dengan sikap tidak menghormati pasangan.
  6. Mohon maaf apabila diperlukan. Minta maaf dengan ikhlas. Jika anda menggunakan “tetapi” maka anda menafikan permintaan maaf tersebut.
  7. Kawal dietnya. Jika dia memakan makanan yang kurang nutrien (goreng, diproses, berlemak, hal-hal manis), maka tidak hairanlah dia sering naik angin!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: pairedlife

Baca juga: Ibu Ayah Yang Panas Baran, Selalu ‘Naik Tangan’ Membentuk Anak Pemarah & Degil

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Suami Pemarah & Kaki Baran, Isteri Pun Sama Naik! Macam Mana Nak Hadap Ni?
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham