Antara waktu-waktu penting yang sering kita semak dalam horoskop hari ini adalah seperti bila sepatutnya memulakan hubungan yang serius, bila patut bertunang, bila patut berkahwin, bila patut beli kereta dan macam-macam lagi lah.
Tapi untuk keputusan yang paling besar dalam hidup anda dan pasangan adalah bila sepatutnya menimang cahaya mata?
Ramai pasangan yang baru berkahwin mengalami dilema tentang bila waktu yang tepat untuk menimang cahaya mata. Pasangan yang berbincang dan mencapai kata putus yang sama itu baguslah, namun bagi yang berselisih pendapat bagaimana?
Selain faktor kewangan dan siapa yang akan menjaga bayi setelah lahir nanti menjadi isu, anda juga boleh semak horoskop hari ini untuk mengetahui bila waktu terbaik untuk anda dan pasangan mendapat bayi. Memanglah tidak harus beri kepercayaan 100 peratus pada ramalan, namun mungkin ia sedikit sebanyak boleh membantu?
#1. Gemini, umur 32 tahun, setelah karier anda stabil
Wanita gemini sering disifatkan sebagai seorang yang pintar, berkarisma dan ingin tahu. Mereka selalu ingin ‘upgrade’ kehidupan mereka untuk berasa lebih baik dari sebelum ini. Apa kaitan dengan menimang bayi? Wanita Gemini akan mengembangkan kerja mereka pada sesuatu tahap yang mereka rasakan selesa. Dan bagi mereka itu akan berlaku mungkin pada lewat 20-an atau awal 30-an. Jadi waktu yang baik untuk mereka menimang cahaya mata adalah ketika berusia 32 tahun.
#2. Libra, umur 30 tahun, bila kewangan stabil
Wanita libra selalunya sangat ‘outgoing’ dan disukai ramai. Mereka suka mempunyai perbualan yang hebat dengan orang ramai termasuklah ‘stranger’. Lagi satu mereka ini kuat menganalisa (dan juga menghakimi). Jadi mereka ini sangatlah berhati-hati dalam membuat keputusan lebih-lebih lagi soal bayi. Mereka selalunya akan merujuk kepada rakan-rakan dan keluarga dalam membuat sesuatu keputusan, oh ya, kerana mereka juga seorang yang ‘indecisived’. Namun yang pasti mereka merasakan apabila kewangan sudah stabil barulah boleh untuk menambah tanggungjawab baru. Untuk wanita Libra waktu yang tepat bagi mereka adalah seawal usia 30an.
#3. Aquarius, umur 34, bila terdetik dalam hati
Wanita Aquarius boleh dikatakan seorang sahabat yang setia, pasangan yang setia, dan mempunyai kemahiran sosial yang bagus. Namun sedikit kerisauan adalah kadang-kadang wanita Aquarius ini boleh jadi orang yang suka menyimpan emosi dan sukar dijangka. Jadi mereka ini akan bergantung pada bila mereka akan rasakan sendiri dalam hati, maka barulah mereka membuat keputusan. Jadi untuk wanita Aquarius, ikut kata hati okay?
#4. Pisces, umur 25, secepat yang mungkin
Wanita Pisces adalah wanita yang penuh emosi, dan mereka suka melakukan sesuatu secara spontan! Termasuklah mengenai perhubungan dan menjadi ibu. Mereka seorang yang akan membuat apa saja untuk keluarga mereka, jika mereka mempunyai anak, seluruh jiwa dan raga akan mereka serahkan pada anak mereka. Walaupun mereka tidak mempunyai kedudukan kewangan yang baik atau hidup yang mewah.
#5. Kanser, umur 31, bila mereka lebih matang
Bukanlah nak cakap wanita berbintang Kanser ini tidak matang. Namun sifat azali mereka sebenarnya agak mementingkan diri mereka sendiri. Mereka selalu fikir akan diri mereka berbanding orang lain. Jadi itu agak sukar jika mereka mempunyai bayi dalam usia yang muda bukan? Seeloknya untuk wanita Kanser adalah bila mereka lebih berasa yakin dengan diri sendiri dan mampu bersifat lebih ‘tolerate’ dengan orang lain. Dan apabila wanita Kanser peroleh semua itu mereka akan menjadi ibu yang luar biasa dan hebat.
#6. Skorpio, umur 24, sedia atau tidak
Wanita skorpio selalunya mereka tahu apa yang mereka mahukan sejak awal lagi. Jadi sedia atau tidak, apabila mereka mahukannya mereka akan usaha untuk mendapatkannya. Jadi mereka akan menimang bayi pada usia yang sangat muda, dan apa yang berlaku seterusnya mereka akan ikhtiar sebaik mungkin agar kehidupan anak mereka lebih baik.
#7. Capricorn, umur 26, nekad
Wanita Capricorn juga sejenis yang tahu apa yang mereka inginkan. Mereka bukan orang yang suka membuat atau menukar keputusan di saat-sat akhir. Mereka akan menjadikan keputusan untuk menimang bayi itu sesuatu yang diteliti dengan betul. Dan itu tidak mengambil masa yang lama. Elok juga kalau sentiasa semak horoskop hari ini, bagi menentukan keputusan anda. Mereka akan mahukan bayi sebaik berkahwin dengan pasangan yang dipercayai mereka.
#8. Taurus, umur 30, bila perkahwinan stabil
Setiap perkahwinan pada awalnya tentu akan ‘struggle’. Jadi wanita Taurus ini bijak mengorak langkah dalam hidupnya. Dia tidak akan membuat keputusan yang dia tidak pasti masa depannya. Jadi disebabkan itu wanita Taurus akan memastikan hubungannya dengan pasangan betul-betul serasi, rumah tangga yang bahagia serta kewangan yang stabil barulah dia akan membuat keputusan untuk mempunyai cahaya mata.
#9. Virgo, 27 tahun, sukakan kejutan
Wanita Virgo boleh dikatakan seorang yang ‘adventurous’! Waktu terbaik mereka untuk mempunyai bayi adalah pada pertengahan 20-an. Malah berita kehamilan yang tidak dijangka juga menjadikan wanita Virgo teruja. Walaupun tidak bersedia dari segi emosi, atau kewangan, wanita Virgo akan terus bersedia secara fizikal dan mental untuk menimang cahaya mata!
#10. Leo, umur 33 tahun , bila mereka betul-betul mahu
Wanita Leo seorang yang suka berkerja keras. Mereka sentiasa ingin lakukan yang terbaik dan mereka sentias mengecapi kemenangan. Mereka ini selalunya menjadi ketua, CEO sebuah syarikat atau ketua pengawas ketika sekolah dulu. Jadi mereka ini sangat bersabar dalam keputusan untuk menimang bayi. Namun apabila mereka ini menjadi ibu, mereka sangat strict dalam masa yang sama cukup penyayang! Mereka juga sentiasa mahukan anak mereka menjadi seorang ketua.
#11. Aries, umur 35, bila mereka yakin
Wanita Aries sering dikaitkan dengan sifat yang bebas, bertenaga dan tegas. Namun apabila bercakap soal bayi, mereka selalunya tidak pasti. Jadi usia yang agak lewat dapat menentukan keyakinan mereka dalam membuat keputusan.
#12. Sagittarius, umur 28, sentiasa berani!
Wanita Sagittarius selalunya berani dan tidak mempedulikan apa yang orang kata. Mereka juga sukakan kejutan dalam masa yang sama lalai. Mereka mungkin akan dapat khabar berita yang mereka hamil dengan mengejut. Jadi usia hujung 20-an adalah tepat untuk wanita ini. Anda juga akan menjadi ibu yang fun!
Sumber: justin feed
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Adakah Anda Ibu Terbaik? Ketahui Melalui Ramalan Zodiak Ini, Gemini Anda Salah Satu!