Adik-Beradik Dengan Jarak Umur Jauh Sebenarnya Ada Hubungan Kekeluargaan Yang Lebih Unik

Anak-anak yang mempunyai jarak umur yang agak jauh sebenarnya mempunyai hubungan kekeluargaan yang lebih unik! Ketahui keistimewaannya ini...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai yang mengatakan, “baik awak mengandung sebelum 2 tahun lagi, sekurang-kurangnya anak anda ada kawan!”. Anda pasti biasa dengar bukan? Tapi tahukah anda, terdapat pelbagai sebab untuk anda mempunyai jarak umur jauh bagi anak-anak, malah yang pasti, anda akan kagum dengan hubungan kekeluargaan yang mereka dapat tonjolkan!

Hubungan Kekeluargaan Yang Menarik Bagi Anak-Anak Dengan Jarak Umur Jauh

Walaupun agak sukar untuk melakukan aktiviti buat anak dengan jarak umur jauh, contohnya yang berusia 5 dan 11 tahun.

Seolah-olah apabila seorang daripadanya melakukan aktiviti, yang lainnya hanya mengikut untuk melakukan aktiviti yang baginya, mungkin membosankan! Mungkin bagi sesetengah orang memiliki anak dengan jarak umur yang terlalu jauh tidak menyeronokkan, namun biar kami huraikan beberapa sebab.

1. Anak Yang Lebih Besar Belajar Tentang Penjagaan dan Boleh Menjadi Contoh Yang Baik

Memang si sulung mungkin akan mengeluh, tetapi mereka tetap perlu belajar menjaga adik, dan ini merupakan satu perkara yang bagus.

Anda akan melihat si sulung menjadi protective,mengajar perkara-perkara mudah, malah menyampaikan pengalaman mereka dalam hidup. Ini sememangnya sesuatu yang menenangkan.

2. Si Adik Mempunyai Seseorang Untuk Dipandang Tinggi dan Belajar.

Si kecil akan selalu mempunyai “cikgu kecil” dan memberikan nasihat kepada mereka sepanjang masa. Mereka mendapat maklumat tentang kehidupan, malah cara untuk memutarbelit ibu bapa bagi mendapatkan sesuatu!

Dalam kata lain, anda kini ada 2 si bijak yang beregu  untuk mengenakan anda.

3.  Anak Sulung Akan Selalu Menjadi ‘Kanak-Kanak’ Walaupun Setelah Dewasa

Apabila sudah remaja sekalipun, anak sulung tidak akan dimarahi apabila berada di taman permainan dengan adiknya. Dia boleh melakukan aktiviti dengan adiknya tanpa sebarang gangguan kerana dia dianggap ‘menjaga’ adik.

Orang lain akan nampak ianya sekadar hubungan kekeluargaan yang baik, dan bukan untuk merosakkan permainan kanak-kanak tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Si Adik Mendapat Pendedahan Awal Kepada ‘Big Kid Stuff’

Ini bukannya sentiasa merupakan perkara yang baik, terutamanya apabila si sulung sudah meningkat remaja dan mula terdedah dengan pelbagai budaya.

Namun ada baiknya pendedahan awal contohnya si adik lebih cepat bercakap, bermain dengan bijak malah boleh berfikir dengan lebih matang berbanding umurnya.

5. Si Adik Sentiasa Ada Orang Untuk Mempertahankannya

Si kecil, sejak dari lahir lagi sudah mempunyai teman, yang akan selalu mempertahankannya– di rumah, di taman permainan, dan dimana-mana sahaja dia pergi!

Jika ada yang mahu membuli si adik, pasti si abang atau kakak sentiasa bersedia untuk menjaga kebajikannya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Kedua-dua Anak Berpeluang Menjadi ‘Anak Tunggal’

Ini merupakan sebab utama sesetengah pasangan mahukan anak dengan jarak umur yang jauh. Apabila anak sulung sudah cukup matang untuk menjaga diri sendiri, ibu bapa berpeluang untuk memberi lebih perhatian kepada si adik!

Walaupun ia tidak semestinya nampak adil, namun sekurangnya semasa peringkat bayi, kedua-duanya mendapat perhatian yang sebaiknya.

7. Tidak Lama Lagi, Mereka Akan Menjadi Sahabat Karib.

Mungkin semasa kecil minat mereka berbeza disebabkan perbezaan umur yang terlalu jauh,  tetapi pada masa yang sama mereka mengukuhkan hubungan kekeluargaan mereka. Mereka mungkin tidak menunjukkannya, tetapi hakikatnya hubungan mereka penuh dengan kasih sayang dan berkekalan ke akhir hayat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi sekiranya anda merasakan anda terlalu lewat untuk mendapatkan adik untuk si sulung, jangan risau, kerana pastinya ada kebaikan kepada mereka. Anda pastinya berasa seperti ibu sekali lagi!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Scarymommy

Baca juga

https://my.theasianparent.comhubungan-adik-beradik-erat/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman