7 posisi hubungan intim yang selesa dan selamat untuk ibu selepas czer

Hubungan kelamin selepas czer mungkin agak sakit jika suami isteri tak betul-betul memilih posisi seks. Ini 7 posisi seks yang selamat dan tak menyakitkan.

Pembedahan caesarean atau czer adalah salah satu cara bersalin yang selalu dijalankan. Namun, ibu-ibu yang bersalin dengan cara ini pasti pernah terfikir apa cara hubungan kelamin selepas czer yang selamat?

Hal ini kerana ramai ibu risau walaupun luka bekas pembedahan sudah kering, tapi adakah luka boleh kembali terbuka atau sakit jika hubungan kelamin dilakukan dengan ganas?

Jangan risau ibu. jika anda khuatir bekas luka anda terbuka atau sakit kembali, berikut kami senaraikan 7 posisi hubungan kelamin selepas czer yang selamat untuk anda.

Lepas ini tak adalah nak risau lagi untuk berasmara dengan pasangan.

7 posisi hubungan kelamin selepas czer yang selamat

#1 Doggy sambil berdiri

Posisi doggy style merupakan kegemaran semua wanita. Namun selepas caesar, ramai ibu yang rasa sakit sebab ada tekanan pada bahagian perut.

Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh cuba berdiri di tepi katil atau meja, sebelum suami melakukan penetrasi.

Tapi hati-hati ya! Jangan sampai tergesel bekas luka atau memberi tekanan berlebihan pada bawah perut anda itu. 

#2 Hot Hula

Posisi wanita di atas atau woman on top memberikan sedikit kawalan untuk kaum isteri. Tapi, posisi ini kadang-kadang boleh membuatkan ibu yang bersalin czer sakit juga.

Penyelesaiannya? Ibu boleh duduk di atas suami, namun tak payah melakukan pergerakan ke atas dan ke bawah. 

Sebaliknya, lakukan posisi hot hula dengan menggerakkan punggung ke kiri dan kanan.

#3 Posisi duduk

Jika anda duduk di pangkuan suami dengan rapat, ia mampu mencegah perut anda mengalami tekanan berlebihan.

Jadi, posisi duduk adalah posisi hubungan kelamin selepas czer yang paling selamat untuk anda.

Dengan dada kalian saling bersentuhan, kalian pasti lebih senang meneroka satu sama lain.

#4 Posisi kaki silang X

Untuk posisi hubungan kelamin selepas czer yang selamat no #4, anda boleh cuba berbaring di tepi katil dan membiarkan suami berdiri di depan anda.

Kemudian, silangkan kaki dalam bentuk X. Penetrasi suami akan dirasai lebih dalam melalui posisi ini. Malah, tekanan pada perut ibu juga tidak terlalu berat.

#5 Reverse cowgirl

Posisi hubungan kelamin selepas czer yang selamat biasanya melibatkan posisi yang boleh didominasi wanita.

Contohnya seperti posisi reverse cowgirl ini. Ia membolehkan anda belajar apa yang anda suka dan apa yang anda mahukan.

#6 Straddle his saddle

Ini pula posisi woman on top yang telah diubahsuai sedikit. Caranya dengan suami duduk bersila dan meletakkan beratnya pada kedua tangan yang ditampan ke belakang.

Kemudian, isteri boleh duduk di pangkuan suami sambil memegang bahunya.

#7 Posisi air terjun

Jika anda ingin melakukan posisi hubungan kelamin selepas czer yang sedikit lain dari yang lain, cubalah posisi air terjun ini.

Ia dilakukan dengan suami di bawah manakala isteri pula di atas. Anda perlu melakukannya di tepi katil. 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel ini ditulis oleh Fitriyani dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Kredit gambar: Melli and Shayne

Baca juga:

 

Penulis

Ayu Idris