Johan Pandai Curi Jiwa Isteri & Anak, Ini Sebab Pentingnya Bonding Time Dalam Keluarga!

Meskipun sibuk dengan kerjaya sebagai selebriti, hubungan keluarga Johan dan Ozzlyn dilihat bahagia dengan adanya waktu untuk bersama melayan anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehadiran cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga dianggap sebagai pelengkap hubungan suami isteri. Namun, menjadi ibu ayah bukanlah sesuatu yang mudah kerana perlu memastikan hubungan keluarga sentiasa aman dan harmoni.

Hal ini ditambah pula dengan tuntutan kerjaya harian yang menyebabkan masa untuk diri sendiri dan anak-anak di rumah menjadi begitu terhad.

Hubungan keluarga erat sekiranya ibu ayah saling bekerjasama

Isteri kepada Johan Raja Lawak, Ozlynn dilihat sering memuat naik perkongsian video dan gambar-gambar waktu mereka bersama anak-anak di rumah.

Dalam posting terbarunya sempat merakam beberapa keping gambar anak ke-4 mereka, Chantiq yang sedang melakukan ”posing” diikuti bersama gaya bapanya (Johan) yang berdiri belakang.

Walau bagaimanapun, Chantiq yang memakai gaun singkat berwarna pink tersebut kelihatan sangat terhibur kerana ayahnya mengikut setiap gaya bergambar yang ditunjukkan.

Johan pula hanya berkain pelikat dan singlet sanggup menjadi photobomb di belakang tanpa menghiraukan hasil gambar yang ditangkap meskipun ia kelihatan agak kelakar.

Bukan itu sahaja, Ozlynn juga sempat menulis kapsyen luahan hati yang mengatakan bahawa gelagat suaminya itu sering kali berjaya ‘membeli jiwa’ dia dan seluruh keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bertabahlah wahai anakku.. sesungguhnya makhluk aneh itu wujud.. iya dong.. yg bener!! Aneh2 slalu ya papa nya Hanania.. ke mana tumpahnya sakit jiwa mama kalau bukan pada papa kamu haiii anakku.. bertabah ya.. yg aneh itu la yg bisa bikin mama kamu seperti kesampukan setan!! Adakalanya mama seperti karnivor bila melihat karenah papa kamu.. tp yg pasti papa kamu juga yg bisa bikin mama kamu kelahiran 5 adik bradik kamu.. for sure papa kamu yg mama syg.. yg pandai beli jiwa dgn hadis.. fuhhhhhhh yg itu mama kalah.. tp jaga2 ya papa.. mama jugak ada serangan nyaaaaaa,  mama syg kamu semua termasoklah yg kt blkg si bijak pencuri jiwa.. love u all

Di samping itu, ibu kepada lima orang cahaya mata ini turut memuat naik beberapa gambar, video dan gelagat anak-anak ketika aktiviti keluarga di akaun Instagramnya, @jozlynnhanania

Antaranya ialah menunaikan solat berjemaah, menegur anak yang masih kecil untuk menurut adik-beradiknya sedang solat dan mengajar membaca al-quran.

Patutlah keluarga mereka bahagia, Johan tidak lekang mengajar sendiri ilmu agama, terjemahan al-quran serta membantu isteri menguruskan anak-anak ketika di rumah.

Bonus bila anak dibesarkan dengan penuh kasih sayang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut kajian, terdapat 5 perkara yang anak-anak akan dapat apabila mereka sentiasa terbiasa rutin one-on-one dengan ayah tanpa kehadiran si ibu. Antaranya ialah:

#1. Memiliki daya pemikiran yang lebih tinggi. Anak-anak yang dapat penglibatan secara langsung daripada bapa dalam setiap fasa perkembangannya akan lebih bijak serta berdaya saing.

#2. Memiliki self-esteem dan nilai diri yang lebih tinggi.

#3. Kurang terlibat atau terpengaruh dengan masalah sosial serta mempunyai kawalan emosi yang lebih baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Mempunyai perkembangan saraf, deria dan fizikal yang baik.

#5. Lebih memahami tentang the theory of life dan mampu membuat sebarang keputusan dengan baik.

Manfaat bonding time bapa dengan anak-anak

#1. Bapa yang meluangkan sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari bersama anak-anak akan lebih gembira dan produktif di tempat kerja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Memiliki good sense of coordination and orientation, sama ada di tempat kerja atau di rumah. Diri dan hidup anda akan lebih terurus!

#3. Ayah mampu menonjolkan rasa kasih dan emosi ketika melayan anak-anak. Seperti yang anda tahu, kebanyakan kaum lelaki kurang mengekspresikan perasaannya sebelum memiliki anak.

Namun selepas ada anak dan kerap melakukan hubungan keluarga, kaum bapa akan lebih bijak dalam mengekspresikan kasih sayang dan mempunyai rasa empati. Kadang tengok anak orang lain pun dah boleh teringat dekat anak sendiri!

Sebenarnya, betapa untungnya sesebuah keluarga sekiranya ayah dapat meluangkan masa setiap hari walaupun sekejap. Usahlah mengharapkan sepenuhnya tugas membesarkan anak-anak pada bahu isteri semata-mata kerana ia memerlukan tanggungjawab bersama.

Anda boleh lihat sendiri perbezaan sekiranya ibu ayah berada di rumah, bermain bersama ataupun melakukan aktiviti berfaedah. Anak-anak pastinya akan melompat kegembiraan dan inilah kenangan yang akan diingati sehingga ke akhir hayat mereka.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comkasih-sayang-seorang-ayah