Tahukah anda bagaimana untuk mendapatkan hubungan suami isteri yang sihat? Kajian mendapati bahawa hampir 44 peratus pasangan berkahwin yang kerap bergaduh dalam seminggu mempunyai potensi untuk hidup lebih bahagia dengan pasangan masing-masing.
Salah faham dan pergaduhan adalah merupakan asam garam dalam kehidupan rumah tangga. Malah, ianya juga boleh menjadi punca rumah tangga anda berkekalan. Pergaduhan itu kan tanda sayang? Walaupun bertengkar pasti tercebis rasa bersalah dan kasihan kepada pasangan.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Hubungan suami isteri yang sihat sekali-sekala kena bergaduh
- Tips mengendali pergaduhan antara suami isteri
Hubungan suami isteri yang sihat sekali-sekala kena bergaduh
#2. Tanda hubungan akan kekal lama
Menurut kajian, pasangan yang sering mengelak daripada berbincang mengenai masalah hubungan mereka boleh menyebabkan perpisahan. Sebaliknya, pergaduhan pula boleh menyebabkan hubungan anda kekal lama kerana ianya memulakan komunikasi dua hala antara pasangan.
Pergaduhan sebenarnya membantu anda dan pasangan mengenal kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Konflik-konflik inilah yang akan membantu pasangan suami isteri untuk menambah rasa kasih dan sayang antara satu sama lain. Kan comel bila pasangan memujuk anda bila anda merajuk!
#4. Wujudkan hubungan yang sihat
Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Pergaduhan sebenarnya mewujudkan dinamik hubungan sihat antara suami isteri. Tetapi ingat, jangan pula sengaja nak cari gaduh dengan pasangan secara tiba-tiba. Parah nanti.
#5. Menjadikan pasangan lebih intim
Walaupun pergaduhan ini kelihatan seperti sesuatu yang negatif, sebenarnya ia boleh membuatkan pasangan menjadi lebih intim tau!
Apabila anda dapat memahami kemahuan dan kehendak masing-masing, pastinya akan menghangatkan hubungan asmara antara suami isteri.
Tips mengendali pergaduhan antara suami isteri
- Meminta maaf setelah berbuat salah atau setelah meninggikan suara tanpa sengaja. Jangan menangkan ego anda.
- Sentiasa hormat pasangan. Pergaduhan bukan tiket untuk anda berbuat sesuatu yang boleh menyakiti pasangan anda.
- Jangan diungkit kesilapan lama pasangan. Fokus kepada isu semasa.
- Jangan libatkan campur tangan orang ketiga kerana adalah lebih baik anda menyelesaikan masalah anda sendiri.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ramai Isteri Tidak Bahagia & Makan Hati Dengan Suami, Hanya Pendam Elak Pergaduhan
Baca juga: Suami Isteri Asyik Bergaduh Setiap Hari? Ini 5 Cara Tangani Konflik Rumah Tangga Dengan Aman
Baca juga: Stres Gaduh Dengan Isteri, Lelaki Nekad Berjalan Kaki Lebih 400km Untuk Cari Ketenangan