Hukum Bagi Duit Raya Adalah Harus, Jangan Beri Kalau Ungkit Atau Riak

Hukum bagi duit raya yang asal adalah harus. Ia sekadar amalan yang menceriakan suasana hari raya dan memberikan kegembiraan kepada penerima.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila tiba hari raya, kanak-kanak lah yang paling teruja nak dapat duit raya. Cuma, yang tak berapa sedapnya apabila ada yang mula menghina duit raya yang diterima. Jadi, apa hukum bagi duit raya yang asal menurut islam?

Hukum Bagi Duit Raya Ketika Hari Raya

Konsep memberi duit raya kepada ibu bapa, kaum kerabat serta kanak-kanak adalah bertepatan dengan perbuatan sedekah dalam Islam.

Bahkan, kita boleh bersedekah tidak kira siapa pun.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, berdasarkan hukum asal bagi setiap sesuatu yang bukan ibadah adalah harus hukumnya.

‎الأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءِ الْإِبَاحَة

Maksudnya: Hukum asal bagi setiap sesuatu (yang bukan ibadah) adalah harus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pun begitu, ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan hukum bagi duit raya bertukar mengikut situasi seperti berikut.

Wajib: Sekiranya seseorang itu bernazar untuk memberikan duit raya kepada orang yang dia telah janji.

Harus: Tambahan nafkah daripada suami kepada isterinya.

Makruh: Jika mengungkit-ungkit pemberian duit raya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Haram: Niat untuk menunjuk-nunjuk atau riak atau duit yang diberi dari sumber haram.

Tiga Bentuk Pahala Bila Bersedekah

Amalan ini menghasilkan tiga bentuk pahala kerana:

  • Berbuat baik kepada ibu bapa
  • Mengeratkan silaturrahim
  • Bersedekah

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sa’d bin Abi Waqqas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلَّا أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتَّى مَا تَجْعَلُ فِي فَمِ امْرَأَتِكَ

Maksudnya: Sesungguhnya kamu tidaklah membelanjakan nafkah yang kamu harapkan redha Allah dengannya (nafkah tersebut) melainkan kamu akan diberikan ganjaran ke atasnya, sekalipun jua nafkah yang kamu jadikannya di dalam mulut isteri kamu – Riwayat Al-Bukhari 

Ia dilihat sebagai usaha untuk menzahirkan syiar Islam menerusi kegembiraan memberi dan menerima sedekah, mengeratkan silaturrahim serta ziarah-menziarahi sanak saudara atau jiran tetangga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiada masalah untuk berkongsi rasa seronok pada hari raya dengan memberi duit raya kepada orang yang kita mahu. Asalkan tidak bercanggah dengan syariat dan hukum asal.

Pemberian duit raya haruslah dilakukan mengikut kemampuan dan bukan kerana terpaksa. Tidak kiralah sama ada RM3, RM5 atau RM10 sekali pun janji ikhlas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hukum Guna Duit Raya Anak Mengikut Mufti WP, Parents Kena Take Note

Baca juga: Hukum Meminta Duit Raya Berdosa & Dilarang Di Sisi Agama

Baca juga: Didik Anak Adab Terima Duit Raya, Jangan Didik Anak Jadi Pengemis Kata Ustaz Ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah