Hukum Bersahur Dalam Islam, Disunatkan Untuk Melewatkan Sahur

Hukum bersahur dalam Islam adalah sunnah yang digalakkan kerana membawa keberkatan, memberi tenaga dan menjadi waktu mustajab untuk berdoa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bersahur adalah salah satu amalan yang sangat dianjurkan dalam Islam ketika berpuasa. Namun, apakah hukum bersahur dalam islam? Adakah ia wajib atau sekadar sunnah?

Dalam hadis, Rasulullah SAW menekankan kepentingan sahur dengan menyebut bahawa terdapat keberkatan dalamnya.

Hukum Bersahur Dalam Islam

Bersahur adalah salah satu amalan sunnah dalam berpuasa yang sering disebut-sebut tentang keberkatannya. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum bersahur dalam islam adalah sunat muakkad, iaitu sangat digalakkan dalam Islam.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: “Bersahurlah kamu, kerana dalam sahur itu ada keberkatan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jelas daripada hadis ini bahawa sahur bukanlah satu kewajipan, tetapi satu amalan yang sangat digalakkan kerana terdapat keberkatan di dalamnya.

Kepentingan Bersahur

Sahur bukan sekadar mengisi perut sebelum puasa, tapi ada banyak keberkatan bersahur yang ramai tak sedar. Antaranya:

1. Membawa Keberkatan

Bersahur adalah amalan sunnah yang mendatangkan ganjaran bagi mereka yang melakukannya.

2. Memberi Tenaga

Sahur bukan sekadar persediaan fizikal untuk menghadapi puasa, tetapi juga membantu tubuh kekal bertenaga sepanjang hari, mengurangkan keletihan dan menjadikan ibadah lebih lancar.

Sahur membantu memberikan tenaga sepanjang hari untuk berpuasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Menjadi Waktu Mustajab Untuk Berdoa

waktu sahur adalah salah satu waktu terbaik untuk berdoa kerana ia termasuk dalam sepertiga malam terakhir, di mana doa lebih mudah dimakbulkan.

Inilah saat yang penuh keberkatan untuk memohon keampunan, hidayah serta kebaikan dunia dan akhirat.

Waktu Terbaik Untuk Bersahur

Dalam Islam, waktu sahur yang paling baik adalah di penghujung malam sebelum azan Subuh. Rasulullah SAW bersabda:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ

Maksudnya: “Perbezaan antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab ialah makan sahur.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sahur yang dilakukan pada waktu hampir dengan Subuh memberikan lebih banyak manfaat kerana ia membolehkan seseorang bertahan lebih lama sepanjang hari.

Apakah Hukum Tidak Bersahur?

Walaupun sahur sangat digalakkan, tetapi tidak sempat bersahur tidak membatalkan puasa. Seseorang tetap boleh berpuasa walaupun tidak bersahur, namun mereka mungkin akan mengalami keletihan yang lebih cepat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu, Islam sangat menggalakkan umatnya untuk bersahur agar dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik.

Hukum bersahur dalam Islam adalah sunat muakkad tetapi bukanlah wajib. Bersahur bukan sekadar makan sebelum puasa, tetapi ia membawa keberkatan dari sudut fizikal dan spiritual.

Oleh itu, umat Islam disarankan untuk tidak meninggalkan sahur agar dapat memperoleh keberkatan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ganti Puasa, Bukan Hanya Untuk Wanita, Lelaki Pun Kena Ganti Kalau Tinggalkan!

Baca juga: Bolehkah Wanita Hamil Buka Puasa Jika Tak Larat Atau Keletihan?

Baca juga: Hukum Telan Kahak Ketika Puasa, Batal Jika Sudah Keluar Dari Mulut Dan Ditelan Dengan Sengaja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah