TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bolehkah Wanita Hamil Buka Puasa Jika Tak Larat Atau Keletihan?

4 min bacaan
Bolehkah Wanita Hamil Buka Puasa Jika Tak Larat Atau Keletihan?

Ibu hamil yang berpuasa jika mereka keletihan bolehkan golongan ini buka puasa? Kali ini kami kongsikan jawapannya, jadi tidaklah anda tertanya-tanya lagi.

Ramai wanita hamil yang ingin berpuasa, tetapi bila sudah puasa mereka rasa terlalu penat dan keletihan. Jadi bolehlah golongan ini buka puasa jika mereka keletihan?

Keletihan ibu hamil ini berbeza dengan orang lain. Mereka ini membawa satu nyawa lain dan sudah pasti keletihan berganda akan dialami.

Buka puasa jika letih, bolehkah ibu hamil lakukannya?

Buka puasa

Kredit: radarsukabumi

Menurut Ustaz Azhar Idrus, wanita yang hamil dan ibu yang menyusu wajib berpuasa seperti orang lain. Ramai orang awam yang berpegang jika bahawa wanita hamil dan ibu mengandung tidak wajib berpuasa.

Ini adalah pegangan yang salah lagi karut kerana keduanya wajib berpuasa dan hanya boleh tidak berpuasa apabila ada keuzuran sahaja.

Wanita hamil dan ibu mengandung yang tidak berpuasa tanpa keuzuran adalah berdosa kerana meninggalkan ibadah yang diwajibkan ke atas mereka.

Wanita yang hamil dan ibu yang menyusu jika mereka bimbang atas diri masing-masing jika meneruskan ibadah puasa akan jadi mudarat maka barulah diharuskan keduanya tidak berpuasa dan wajib atas keduanya qadha.

Dan jika ibu yang menyusu bimbang kekurangan susu kalau berpuasa dan yang hamil bimbangkan mudarat kepada kandungannya kalau berpuasa maka keduanya boleh tidak berpuasa dan wajib qadha dan membayar kafarah.

Ia disebut dalam kitab Fathul Qarib:

والحامل والمرضع إن خافتا على أنفسهما) ضررا يلحقهما بالصوم، كضرر المريض (أفطرتا، و) وجب (عليهما القضاء، وإن خافتا على أولادهما) أي إسقاط الولد في الحامل وقلة اللبن في المرضع (أفطرتا، و) وجب (عليهما القضاء) للإفطار (والكفارة) أيضا. والكفارة أن يُخرج (عن كل يوم مد

Ertinya:

Wanita yang hamil dan ibu yang menyusu apabila keduanya bimbangkan atas diri masing-masing jadi mudarat andainya berpuasa seperti mudarat bagi orang yang sakit maka harus keduanya tidak berpuasa dan wajib atas keduanya qadha.

Dan jikalau keduanya bimbangkan anak mereka yakni yang hamil bimbang keadaan kandungannya dan yang menyusu bimbangkan kekurangan susu maka harus keduanya tidak berpuasa dan wajib atas keduanya qadha kerana tidak berpuasa dan wajib pula bayar kafarah iaitu bagi setiap satu hari secupak beras.”

Diharuskan tidak berpuasa atau berbuka ini bukan semata-mata sebab hamil atau menyusu tetapi sebab bimbangkan kemudaratan andainya meneruskan ibadah puasa.

Jadi kalau tidak dibimbangi diri dan anak mendapat mudarat andainya berpuasa maka haram mereka tidak berpuasa.

Wanita hamil&menyusu wajib berpuasa Ramadan

Buka puasa

Kredit: 9bulan10hari

Wanita yang hamil dan ibu yang menyusu wajib berpuasa Ramadan. Wanita yang hamil yang tidak larat menanggung puasa atau bimbangkan medapat andainya berpuasa maka boleh tidak berpuasa dan wajib atasnya nanti qada.

Wanita hamil yang bimbangkan kesihatan kandungannya kalau ia berpuasa maka boleh ia tidak berpuasa dan wajib atasnya qada dan bayar kafarah.

Ibu yang menyusu yang bimbangkan kesihatan dirinya atau tidak larat berpuasa maka harus ia tidak berpuasa dan wajib atasnya qada.

Ibu yang menysusu yang bimbangkan kekurangan susu bagi anak yang disusunya maka boleh tidak berpuasa dan wajib atasnya qada dan kafarah.

Kenapa ibu hamil cepat letih?

Buka puasa

Kredit: momstobe

Anda tidak keseorangan! Kehamilan meletakkan tekanan yang kuat ke atas seluruh badan kita dan ini boleh membuatkan badan kita sangat cepat letih atau penat. Apa yang kebanyakan wanita ingat pada fasa pertama kehamilan ialah keletihan yang berpanjangan.

Sepanjang kehamilan, terutamanya dalam trimester pertama, badan kita bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan anda sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi kita. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama sahaja.

Ia berbeza bagi setiap individu sebenarnya. Tapi kebiasaanya ibu hamil mengalami keletihan pada trimester pertama dan ketiga.

Bagi kebanyakan wanita dalam trimester pertama, keletihan merupakan salah satu tanda mabuk hamil pagi yang hadir bersama rasa loya,muntah dan hilang selera makan. Jadi tak hairanlah jika kita akan berasa bertambah letih dan tidak selesa.

Mabuk hamil ni biasa akan hilang menjelang 12 minggu kehamilan. Tapi ada juga ibu yang lama mabuk hamil. Jadi bersabarlah wahai ibu.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Jadi jika bimbangkan kesihatan diri dan keselamatan bayi, ibu hamil boleh saja buka puasa.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: akuislam, syamsyima

Baca juga: Ibu Hamil GDM Cepat Rasa Lapar, Doktor Ini Kongsikan Tips Buat Anda Kenyang!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Bolehkah Wanita Hamil Buka Puasa Jika Tak Larat Atau Keletihan?
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham