Bagi wanita yang bersalin pada bulan Ramadan, pasti ingin tahu hukum meninggalkan puasa kerana bersalin. Mengikut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan puasa itu wajib diganti dan wanita itu perlu membayar fidyah.
Hukum Meninggalkan Puasa Kerana Bersalin
Berikut adalah beberapa keterangan berkaitan perkara ini berdasarkan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
1.Wanita bersalin yang meninggalkan puasa Ramadan hendaklah menggantikan puasa yang ditinggalkan semasa nifas dahulu.
2.Jika wanita itu melewatkan puasa sehingga masuk ke Ramadan yang baharu, maka hendaklah mereka ganti puasa dan membayar fidyah bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.
3.Jika wanita itu meninggalkan ganti puasa atas sebab keuzuran seperti masih menyusu anak, lalu masuk ke Ramadan yang baharu, maka mereka tidak perlu membayar fidyah tetapi tetap perlu menggantikan puasa.
Keterangan Hukum Meninggalkan Puasa Kerana Bersalin
Menurut laman web itu, pertamanya perlu jelas mengenai maksud ‘pantang’ secara adat dan syariat. Dalam adat Melayu pantang selepas bersalin memiliki beberapa tempoh yang masyhur antaranya 44 hari dan 100 hari.
Manakala menurut syariat, berpantang ini boleh dikaitkan dengan hukum keluarnya darah nifas. Hukum nifas, adalah seperti hukum haid pada perkara-perkara yang haram dilakukan seperti solat, puasa, membaca al-Quran, menyentuh dan membawanya, menetap di dalam masjid, bertawaf dan berjima’, bermesraan suami dan isteri di antara pusat dan lutut. Tempoh kebiasaan nifas adalah 40 hari, manakala maksimumnya pula adalah 60 hari.
Hukum Meninggalkan Puasa Kerana Bersalin, Wajib Qada’
Menurut Imam al-Syarbini al-Khatib orang perempuan yang bernifas haram menunaikan ibadah puasa Ramadan. Jika dia berpuasa juga maka puasanya tidak sah dan wajib diqada’.
Ini berbeza dengan solat fardu yang tidak perlu diganti. Perkara ini berdasarkan hadis Muslim riwayat Aisyah R.Anha bahawa kaum wanita diperintahkan untuk mengqadhakan puasa Ramadan yang ditinggal akibat haid dan nifas tetapi tidak bagi solat fardu.
Pada asalnya hukum wanita yang menangguh qadha puasanya sehingga masuk ke Ramadan tahun seterusnya adalah haram dan wajib ke atasnya untuk qadha puasa dan membayar satu mud (secupak makanan ruji seperti beras dalam zakat fitrah) bagi setiap puasa yang ditinggalkan dan tidak sempat diganti sebelum tiba Ramadan bagi tahun yang baru. Namun begitu pengecualian diberikan jika penangguhan itu bersebabkan uzur syarie.
Syeikh Muhammad al-Zuhaili di dalam al-Muʿtamad berkata “Jika seseorang wanita itu melewatkan qadha’ puasanya kerana uzur seperti berterusan sakit, menyusukan anak, hamil dan musafir, sehingga masuk ke Ramdhan yang baru, maka tidak wajib fidyah kerana kelewatan ini dan wajib qadha’ sahaja.”
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tidak Perlu Bayar Fidyah Jika Ibu Mengandung Atau Menyusu Tidak Sempat Ganti Puasa
Baca juga: Tip Untuk Para Ibu yang Berpuasa Ketika Mengandung
Baca juga: 11 Menu Makanan Sahur Untuk Ibu Hamil Yang Mudah Dan Kenyang Lama