Ramai ibu menyusu yang mengharapkan susu mereka banyak. Dengan itu, ibu pastinya akan mencari penggalak susu ibu atau nama lainnya milk booster bagi memastikan beliau akan sentiasa ada susu badan yang mencukupi untuk diberikan kepada si kecil. Jadi, tak hairanlah pelbagai milk booster yang ada dan muncul di pasaran sekarang ini sampai pening nak pilih.
Maka, dengan niat untuk memudahkan kerja ibu-ibu menyusu yang tengah mencari milk booster untuk tambah susu badan, kami telah mengumpulkan 6 produk milk booster yang popular dan terbaik di pasaran kini.
Tetapi, sebelum itu, ibu juga harus ambil tahu sedikit sebanyak tentang nutrisi penting yang perlu diambil bagi ibu menyusu dan bagaimana untuk memilih milk booster yang terbaik untuk anda.
Milk Booster: Nutrisi Penting Untuk Ibu Menyusu

Makanan yang kaya dengan nutrisi memang sangat diperlukan oleh ibu terutamanya untuk menambah tenaga. Seperti mana yang kita tahu, perjalanan breastfeeding ini banyak menggunakan tenaga fizikal dan mental ibu menyusu. Oleh itu, 5 nutrisi ini sangat penting untuk anda ambil dan ianya juga boleh menambah pengeluaran susu badan anda juga tau!
Protein
Sejak dari kehamilan lagi, ibu memang memerlukan sumber protein untuk membantu perkembangan bayinya di dalam badan. Pengambilan protein juga sama penting ketika menyusukan bayi.
Antara makanan yang mempunyai kandungan protein yang tinggi adalah seperti telur, tauhu, tempe, daging tanpa lemak, daging itik dan juga ikan.
Karbohidrat
Selain protein, ibu juga sangat memerlukan sumber karbohidrat di dalam dietnya bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi.
Antara sumber karbohidrat yang disyorkan untuk ibu menyusu masukkan dalam diet harian mereka adalah seperti nasi, ubi, bijirin dan kentang.
Kalsium
Kalsium diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat untuk ibu dan si comel. Ianya juga bertindak dalam membantu pengaliran darah, menguatkan otot serta saraf.
Sumber kasium yang sihat boleh didapati daripada susu tanpa lemak, sayur bayam, jus dan broccoli.
Zat Besi
Untuk pengetahuan anda, makanan yang kaya dengan zat besi mampu mencegah masalah anemia dan kekurangan zat besi dalam kalangan ibu yang menyusukan bayi. Ibu yang menyusukan anak memerlukan sekurangnya 9mg zat best setiap hari.
Sumber zat besi boleh didapatkan dari daging tanpa lemak, kekacang, biji-bijian dan sayuran hijau.
Vitamin D
Wanita yang menyusukan anak juga perlu meningkatkan pengambilan vitamin D terutamanya bagi mereka yang inginkan menyusukan anak secara eksklusif. Ini kerana vitamin D boleh membantu menyerap kalsium untuk menguatkan tulang dan gigi bayi.
Sumber vitamin D boleh didapati di dalam susu, jus oren, telur dan salmon.
Memilih Milk Booster Terbaik Untuk Ibu Menyusu

Milk Booster merupakan supplement tambah susu badan untuk ibu yang menyusukan anak dengan membantu melancarkan pengeluaran susu badan. Di pasaran hari ini terdapat pelbagai jenis milk booster yang boleh dicuba. Dengan pelbagai bentuk dan rasa yang ditawarkan ibu boleh memilih mana yang terbaik dan menepati citarasa anda.
Namun begitu, adalah disarankan untuk anda meneliti terlebih dahulu produk milk booster yang ingin dicuba dengan mempertimbangkan beberapa perkara berikut:-
1. Ramuan utama yang terdapat di dalam milk booster.
Pilihlah milk booster yang mempunyai ekstrak daun katuk dan halba yang dikatakan boleh meningkatkan hormon ketika menyusukan anak. Selain itu, disarankan juga memilih milk booster yang mempunyai formulasi kacang badam.
Ini adalah kerana di dalam kacang badam mempunyai asid amino yang dapat membentuk asid serotonin yang dapat meningkatkan pengeluaran susu badan. Jadi ibu, sila teliti kandungan formulasi agar dapat membantu pengeluaran susu badan dengan baik.
2. Pilih milk booster yang menggunakan bahan-bahan semulajadi.
Pastikan ibu memilih produk yang menggunakan bahan-bahan semulajadi dan bebas daripada bahan tambahan yang boleh membahayakan anda dan si comel.
Ibu pastinya akan suka milk booster yang mempunyai rasa yang enak tetapi perlu pastikan perisa yang digunakan adalah dari bahan semulajadi dan bukannya daripada pewarna tiruan. Adalah lebih baik jika ianya diperbuat daripada bahan perisa dari ekstrak buah-buahan.
3. Pilih jenis milk booster yang mudah untuk dinikmati.
Produk milk booster terdapat dalam pelbagai bentuk. Ada yang dalam bentuk serbuk susu, pil mahupun teh. Jadi, pilih yang sesuai dan memudahkan ibu untuk mengambilnya setiap hari.
12 Milk Booster Terbaik di Malaysia
Berikut adalah 12 jenama milk booster yang terbaik dan sangat disyorkan untuk ibu mencubanya bagi membantu menambahkan pengeluaran susu badan.
Milk Booster Terbaik
 | Mama's Choice Almond Milk Booster |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Anmum Lacta Terbaik menyokong keperluan nutrisi ibu menyusu |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Himalaya Shatavari Terbaik meningkatkan paras hormon prolaktin |  | View Details | Beli di Shopee |
 | LactoMomma Cookies Terbaik jenis biskut |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Wildan Mama Premium Terbaik dengan formulasi susu kambing |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Mom More Milk Super Pumping Lactation Brownies Terbaik jenis brownies |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Momma Evermom Non-GMO Soy Terbaik untuk ibu laktosa intoleransi |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Jus Al-Kurma Ajwa (Ener AL’KURMA) Terbaik 100 peratus jus kurma |  | View Details | Buy now |
 | Umma Lacto Terbaik mudah dibancuh |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Moeder Milk Booster Terbaik dengan stevia |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Mamom Milk Booster Milk Booster: Terbaik jenis tablet kunyah |  | View Details | Beli di Shopee |
Mama’s Choice Almond Milk Booster
Milk Booster: Terbaik dengan formulasi badam

Dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi dan halal. Antaranya seperti badam, halba, kurma dan daun katuk. Setiap satu bahan ini mempunyai manfaat yang dapat membantu memperbanyakkan dan meningkatkan kualiti susu ibu. Selain bagus untuk Mama, ianya juga kaya dengan DHA untuk membantu perkembangan otak bayi.
Mama’s Choice Almond Milk Powder ini tidak mempunyai sebarang pengawet, bahan perisa tambahan dan pewarna tiruan menjadikannya selamat untuk ibu menyusu dan bayi. Didatangkan dalam tekstur serbuk halus dengan rasa manis yang sederhana dan mudah larut dalam air. Ianya didatangkan dalam 2 perisa yang lazat iaitu Cokelat dan Matcha. Lepas ni, Mama bolehlah feeling macam berada di Jepun!
Apa yang kami suka?
- Diperbuat daripada bahan semulajadi
- Milk Booster pertama di Malaysia dengan gabungan halba dan DHA!
- Mampu membantu meningkatkan perkembangan otak bayi
- Tidak mempunyai sebarang pengawet dan pewarna tiruan
- Tekstur serbuk yang mudah larut
- Rasa yang lazat dan tidak menimbulkan rasa mual
Anmum Lacta
Milk Booster: Terbaik menyokong keperluan nutrisi ibu menyusu
Anmum Lacta menggabungkan DHA, MGFM+Ganglisodia, prebiotic dengan nutrien penting termasuklah kalsium dan vitamin B untuk menyokong keperluan nutrisi ibu-ibu yang menyusukan anak.
Ramai ibu memilih susu ini bukan sahaja untuk menambah susu tetapi juga membantu ibu sibuk yang kadang-kala tidak sempat menjamah makanan berkhasiat untuk menghasilkan susu yang berkualiti jadi Anmum Lacta menjadi penyelamat kerana kandungan nutrisinya yang diperlukan ibu.
Apa yang kami suka :
- Tak manis dan tak meloyakan! Satu-satunya susu untuk ibu menyusu tanpa gula tambahan, rendah lemak, dan rendah GI
- Mudah dibancuh dan disimpan. 1 kotak susu boleh bertahan lama
- Hanya perlu minum 2 gelas setiap hari bagi membekalkan nutrisi penting
Himalaya Shatavari
Milk Booster: Terbaik meningkatkan paras hormon prolaktin

Produk keluaran Himalaya ni memang tak dapat dinafikan lagi tentang kualiti dan keberkesanannya kepada pengguna, maklum balas yang diterima daripada pengguna juga banyak yang positif.
Menggunakan 100 peratus herba Indian Asparagus dan dijamin halal kerana penghasilannya adalah daripada bahan semulajadi iaitu ekstrak herbal tulen.
Produk ni merupakan produk herba yang paling diperlukan oleh wanita kerana ianya dapat membantu dalam mengembalikan dan menstabilkan sistem hormon dalaman wanita termasuk untuk wanita yang baru bersalin.
Selain itu, kebaikannya juga adalah untuk memastikan penghasilan susu ibu yang konsisten dan berkualiti dengan membantu meningkatkan hormon prolaktin, iaitu hormon pentinguntuk pengeluran susu.
Apa yang kami suka :
- Ianya dalam bentuk kapsul, jadi tak ada masalah nak telan.
- Membantu memberi tenaga ekstra kepada ibu yang menyusu
LactoMomma Milk Booster Cookies
Milk Booster: Terbaik jenis biskut

Siapa yang tidak sukakan biskut? Kalau anda hendak tahu, biskut laktasi sebenarnya lebih sedap berbanding biskut lain kerana kandungan bahannya lebih banyak dan pelbagai.
Biskut keluaran LactoMomma dapat memperbanyakkan susu badan. Kandungan bahan semulajadinya yang diketahui boleh merangsang pengeluaran susu ibu sememangnya diadun khas bagi memberikan para ibu mendapat manfaat dalam penyusuan sambil menikmati rasa yang hebat.
Bila ibu gembira kerana makan biskut yang sedap, pasti mood ibu akan mempengaruhi kelancaran pengeluaran susu juga.
Jika anda ibu yang mengepam susu, anda pasti akan nampak kesannya dengan penambahan kuantiti susu. Apa-apapun, ibu jangan lupa minum air kosong juga dengan mencukupi setiap hari ya.
Apa yang kami suka :
- Selain rasanya yang sangat menyelerakan, LactoMomma menyediakan sehingga 10 jenis perisa, dengan tekstur yang berbeza mengikut pilihan anda seperti separa lembut, rangup dan krackers.
- Didatangkan dalam balang kedap udara comel, dan dengan saiz yang kecil ini ia sangat sesuai diletakkan dalam beg tangan atau beg susu anda.
- Satu balang biskut boleh bertahan selama seminggu, bergantung kepada kekerapan pengambilan anda (cadangan pengambilan adalah 2-3 keping sehari).
Wildan Mama Premium
Milk Booster: Terbaik dengan formulasi susu kambing
Susu kambing jenama Wildan ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Mama Premium adalah produk yang diformulasikan khas untuk kaum ibu bagi meningkatkan penghasilan susu badan, menambah tenaga dan meningkatkan imunisasi tubuh badan selepas bersalin.
Susu ini merupakan adunan daripada beberapa makanan sunnah seperti susu kambing organik, kurma, habbatussauda, dan gam arab.
Susu kambing ini juga mempunyai kandungan serat yang tinggi untuk mengelakkan sembelit. Ia juga dapat membantu mengurangkan kekejangan yang selalu dialami oleh ibu hamil.
Apa yang kami suka :
- Walaupun milk booster ini dihasilkan daripada susu kambing, ia mempunyai rasa yang lazat dan tidak hamis.
- Jika diambil ketika dalam pantang, susu ini dapat mempercepatkan proses penyembuhan.Rendah kalori, tanpa kandungan gula putih sebaliknya menggantikan dengan gula nano sebagai pemanis
Mom More Milk Super Pumping Lactation Brownies
Milk Booster: Terbaik jenis brownies

Makan brownies boleh tambah susu badan? Ya, betul tu. Kreatif kan usahawan lokal kita demi membantu kaum ibu dapat menyusu anak secara eksklusif!
Milk booster ini telah dihasilkan dalam bentuk brownies agar menepati selera anda dengan ramuan alfalfa, halba organik dan kurma.
Alfalfa mengandungi nutrisi tinggi dengan vitamin, mineral, protein, fiber, antioksida dan juga kandungan kolesterol serta lemak tepu yang rendah. Halba digunakan sebagai galactagogue manakala kurma membantu tubuh menghasilkan hormon oxytoxin yang diperlukan semasa penyusuan.
Namun perlu diingatkan, ianya tidak sesuai diambil oleh ibu mengandung, sedang menyusukan bayi pra-matang, rendah kandungan darah atau menghidap G6PD (Jaundice – demam kuning) serta ibu yang mempunyai masalah berkaitan dengan darah.
Apa yang kami suka :
- Rasanya yang enak, sesuai juga untuk kudapan ahli keluarga lain.
- Tektur brownies yang sempurna ranggup di luar dan kenyal di dalam.
- Mudah dibawa ke mana-mana, dipek secara individu.
Nufiya Organic Milk Booster
Milk Booster : Terbaik jenis rebusan herba kering

Mendapat petua dari rakan berbangsa Cina supaya menggunakan buah-buahan herba Cina bagi memperbanyakkan pengeluaran susu, tip tersebut menjadi buat pengasas jenama ini.
Mahu membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah yang sama sepertinya untuk turut sama merasai kebaikannya, beliau mengeluarkan produk dengan jenama Nufiya hanya menggunakan lima herba kering iaitu kurma merah, longan kering, goji berry, kurma hitam dan madu batu.
Dapat memekat dan menambah susu, pengambilan air rebusan herba ini juga dapat memberikan ibu tenaga berpanjangan serta dapat mengurangkan masalah dalaman wanita.
Apa yang kami suka :
- Kelima-lima bahan ini dipek dan ibu hanya perlu merebus sehingga kembang dengan anggaran penggunaan selama 2 minggu.
- Sesuai juga diambil ibu yang mempunyai darah tinggi dan kencing manis.
- Untuk awet muda
Momma Evermom Non-GMO Soy
Milk Booster : Terbaik untuk ibu laktosa intoleransi

Dirumus khas sebagai minuman penggalak susu ibu menyusu, susu ini berfungsi untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti susu ibu.
Pada masa yang sama membantu menjaga kesihatan, kecantikan, tenaga ekstra dan pembesaran bayi yang sihat.
Ia merupakan minuman berasaskan 100 peratus soya non-GMO serta mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti zaitun, habatussauda, saffron, delima, madu, Inulin (Prebiotik), kismis, buah Tin dan kurma.
Apa yang kami suka :
- Perisa vanilla, enak diminum
- Tidak mengandungi gula tambahan, tidak mengandungi krimer dan tidak mengandungi maltodekstrin.
Jus Al-Kurma Ajwa (Ener AL’KURMA)
Milk Booster: Terbaik 100 peratus jus kurma

Jus ini adalah minuman yang berasaskan 100% buah kurma yang diimport dari Arab Saudi. Setiap satu botol mengandungi 7 biji kurma ajwa.
Jus Al-Kurma boleh diamalkan daripada anda mengandung hingga sampai masa anda menyusukan anak. Jus ini juga tidak ada pewarna tiruan atau gula tambahan. Selain daripada menambahkan penghasilan susu ibu, jus ini juga bertindak sebagai ‘energy-booster’ dan ‘brain-booster’ kepada ibu dan bayi.
Apa yang kami suka?
- Diperbuat daripada 100% buah kurma
- Mampu bertindak sebagai ‘energy-booster’ dan ‘brain-booster’ kepada ibu dan bayi
- Tidak mempunyai pewarna tiruan
- Tidak mempunyai gula tambahan
- Boleh diambil daripada peroses kehamilan hingga penyusuan badan
Umma Lacto Milk Booster
Milk Booster: Terbaik mudah dibancuh

Umma Lacto ini memberi khasiat dalam memperbanyakkan susu ibu dan mampu memberikan rasa kenyang kepada ibu menyusu. Ia juga dirumuskan dengan bahan-bahan penggalak susu ibu semulajadi seperti susu kambing, susu skim, kurma, madu, halia, alfalfa, kismis, spirulina, kacang soya, habbatussauda, beras perang, dan bawang putih.
Anda hanya perlu bancuhkan ke dalam segelas air sejuk dan diminum ketika perut kosong.
Apa yang kami suka?
- Mampu memberikan rasa kenyang pada ibu menyusu
- Dirumus dengan susu kambing, kurma dan kismis yang sangat baik untuk kesihatan dan minda
- Mempunyai habbatussauda yang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan
- Mudah dibancuh
- Membekalkan tenaga secukupnya buat ibu menyusu
Moeder Milk Booster
Milk Booster: Terbaik dengan stevia

Moeder juga sejenis milk-booster yang menawarkan pelbagai khasiat khusus kepada ibu menyusu dan bayi serta ibu mengandung. Terdapat 17 ramuan penting yang diformulasikan dalam Moeder. Antara bahan-bahan tersebut ialah susu kambing, madu, kurma, habbatussauda, buah tin dan Arabic gum.
Selain itu, Moeder juga mengandungi ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran seperti tomato, brokoli, lobak, betik, anggur dan aloe vera. Moeder juga berperisa vanila dan menggunakan stevia sebagai pengganti gula.
Apa yang kami suka?
- Mempunyai susu kambing, kurma dan habbatussauda yang baik untuk kesihatan ibu dan bayi
- Dirumus dengan ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran yang bagus untuk tingkatkan tenaga ibu menyusu
- Menggunakan stevia sebagai pengganti gula
- Berperisa vanila yang lazat
- Mampu memekatkan produksi susu ibu
Mamom
Milk Booster: Terbaik jenis tablet kunyah

MaMom adalah tablet kunyah yang bertindak sebagai milk-booster. Ia mengandungi kurma, madu, habbatussauda, susu kambing, ekstrak alfalfa dan spirulina yang berfungsi untuk menambahkan penghasilan susu ibu.
MaMom boleh diambil semasa perut kosong sebanyak 2-3 tablet sehari. MaMom juga mempunyai perisa vanila.
Apa yang kami suka?
- Milk booster dalam bentuk tablet kunyah yang mudah untuk anda ambil pada bila-bila masa
- Boleh diambil semasa perut kosong
- Mengandungi kurma, madu dan susu kambing
- Mengandungi habbatussauda yang baik untuk kesihatan
- Terdapat dalam perisa vanila yang enak
Perbandingan Harga Milk Booster
Jenama |
Harga |
Kuantiti |
Anmum Lacta |
RM34.90 |
650 gram |
Himalaya Shatavari |
RM16.90 |
60 tablet |
LactoMomma Milk Booster Cookies |
RM40 |
500 gram |
Wildan Mama Premium |
RM79 |
22 sachet x 25 gram |
Mom More Milk Super Pumping Lactation Brownies |
RM42 |
220 gram (12 keping) |
Nufiya Organic Milk Booster |
RM25 |
250 gram |
Momma Evermom Non-Gmo Soy |
RM35 |
420 gram |
Momma’s Choice Almond Milk Booster |
RM39.90 |
200 gram |
Jus Al-Kurma Ajwa |
RM22.90 |
300 ml |
Umma Lacto Milk Booster |
RM39 |
15 sachet x 21 gram |
Moeder Milk Booster |
RM69 |
600 gram (30 sachet) |
Mamom |
RM30.60 |
60 tablet |
Jadi, yang mana satu yang menjadi pilihan anda?
Anda boleh pilih produk yang mengikut kesesuaian dan ramuan yang menjadi pilihan anda. Kerap menyusukan anak juga boleh tambahkan susu badan anda tanpa menggunakan milk booster. Jadi ibu jangan mengalah awal ya, teruskan usaha anda untuk menyusu secara eksklusif!
Moga perkongsian ini boleh membantu anda sedikit sebanyak dalam perjalanan penyusuan yang lebih baik dan sihat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 22 Makanan Tambah Susu Badan yang Diakui Berkesan Oleh Para Ibu
Baca juga: Milk Booster Terbaik & Semula Jadi, 7 Jenis Sayuran Ini BERKESAN Banyakkan Susu Badan!
Baca juga: Cara Banyakkan Susu Badan Yang Mudah & Berkesan, No#5 Wajib Para Ibu Cuba!