Hukum Suami Larang Isteri Ziarah Keluarga Berdasarkan Pandangan Ahli Agama

undefined

Hukum suami larang isteri ziarah keluarga adalah haram tanpa sebab-sebab yang munasabah di sisi syarak kerana boleh putus hubungan keluarga.

Apakah hukum suami larang isteri ziarah keluarga? Menurut Ustaz Dr. Zulkifli Albakri diharamkan bagi para suami melarang isteri mereka untuk menziarahi ahli keluarganya tanpa sebab-sebab yang munasabah di sisi syarak.

Hukum Suami Melarang Isteri Berjumpa Dengan Keluarganya

Diharamkan bagi para suami melarang isteri mereka untuk menziarahi ahli keluarganya tanpa sebab-sebab yang munasabah di sisi syarak kerana hal tersebut boleh membawa kepada terputusnya hubungan kekeluargaan.

Diharuskan bagi isteri untuk keluar menziarahi keluarganya sekalipun tanpa izin suaminya sekiranya ada hajat yang penting seperti menziarahi ibu bapanya yang sakit atau memberi khidmat kepada mereka sekiranya mereka sangat memerlukan dengan tujuan untuk menyelesaikan hajatnya sahaja.

Adapun pada keadaan yang lain maka ia tidak diharuskan kerana kewajipan isteri kepada suami adalah lebih besar daripada kedua orang tuanya.

Ganjaran Terhadap Isteri yang Mentaati Suami

Pada asasnya, terdapat banyak keutamaan dan ganjaran bagi seorang isteri jika dia mentaati dan melayani suaminya dengan baik.

Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا، دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الجَنَّةِ شِئْتِ

Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulannya (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki.”[7]

Bahkan, isteri yang solehah dapat menggembirakan suaminya kerana jika si suami melihatnya maka akan menyenangkan hatinya.

Adakah Wajib Isteri Mentaati Perintah Tersebut?

Pada asasnya, para ulama’ menyatakan wajib bagi isteri untuk mentaati perintah suaminya selagi mana perintah tersebut tidak bercanggah dengan syarak.

Begitu juga ketika mana suami menghalangnya untuk menziarahi kedua ibu bapanya kerana kedudukan suami lebih tinggi daripada kedua ibu bapa sebagaimana hadis tentang ‘Aisyah yang telah disebutkan sebelum ini.

Namun begitu, sekiranya larangan tersebut boleh menyebabkan hubungan kekeluargaan terputus, atau ibu bapa yang uzur dan memerlukan khidmat anak, maka sesetengah ulama’ menyatakan ia diharuskan bagi isteri untuk keluar sekalipun tanpa keizinan suaminya. Begitulah hukum suami larang isteri ziarah keluarga. 

Disebut di dalam kitab al-Bahr al-Raiq: “Jika bapa isteri sedang sakit atau seumpamanya, dan dia berhajat kepada khidmatnya (anak) sedangkan suaminya melarang untuk menziarahinya, maka hendaklah isteri melanggar larangannya”.

Menurut pendapat yang sahih menyatakan ialah isteri boleh keluar menziarahi kedua ibubapanya setiap Jumaat iaitu (seminggu sekali) sama ada dengan keizinan suaminya ataupun tidak.

Dia juga boleh menziarahi mahramnya setiap tahun sekali samada dengan izin suami ataupun tidak. Adapun keluar menziarahi keluarga melebihi dari yang demikian itu maka hendaklah mendapat keizinan.”[18]

Kesimpulan

Diharuskan bagi isteri untuk keluar menziarahi keluarganya sekalipun tanpa izin suaminya sekiranya ada hajat yang penting seperti menziarahi ibu bapanya yang sakit atau memberi khidmat kepada mereka sekiranya mereka sangat memerlukan dengan tujuan untuk menyelesaikan hajatnya sahaja.

Adapun pada keadaan yang lain maka ia tidak diharuskan kerana kewajipan isteri kepada suami adalah lebih besar daripada kedua orang tuanya.

Diharamkan bagi para suami melarang isteri mereka untuk menziarahi ahli keluarganya tanpa sebab-sebab yang munasabah di sisi syarak kerana hal tersebut boleh membawa kepada terputusnya hubungan kekeluargaan.

Adapun sekiranya larangan tersebut adalah kerana khuatir akan mudarat ke atas isteri atau perkahwinan mereka maka hal tersebut diharuskan. 

Para suami supaya bergaul dengan isterinya dengan cara yang makruf (baik) sebagaimana firman Allah SWT:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْروفِ

Maksudnya: “Dan bergaullah dengan mereka (yakni isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang makruf yakni baik.”[20]

Larangan kepada isteri untuk menziarahi keluarganya apatah lagi ibu bapa yang telah membesarkannya bukanlah satu bentuk pergaulan dengan cara yang makruf kerana hal itu boleh menyakiti pihak isteri dan kaum keluarganya.

Para suami seharusnya membantu para isteri untuk menyambung silaturrahim dengan kaum kerabatnya kerana hal tersebut boleh memasukkan kegembiraan ke dalam hati isteri.

Hal ini juga adalah kerana menyambung tali silaturrahim adalah sebesar-besar ketaatan kepada Allah SWT.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hukum Suami Pukul Isteri Adalah Haram Jika Ikut Emosi & Menyebabkan Kemudaratan

Baca juga: 50 Ayat Manis Untuk Isteri Yang Para Suami Boleh Cuba! Pasti Pasangan Cair!

Baca juga: Hukum Bersetubuh Ketika Haid, Apa Yang Perlu Suami Isteri Tahu Untuk Elak Berbuat Dosa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!