TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Luar Nikah Tidak Boleh Bin/Binti Nama Bapa, Perlu Guna ''Abdullah'' Atau 99 Nama Allah

4 min bacaan
Anak Luar Nikah Tidak Boleh Bin/Binti Nama Bapa, Perlu Guna ''Abdullah'' Atau 99 Nama Allah

Anak luar nikah tidak boleh bin atau binti nama bapa bagi menjaga keturunan atau nasab seseorang. Perlu guna nama Abdullah atau 99 nama Allah

Isu mengenai anak luar nikah sering kali menjadi topik sensitif dalam masyarakat, terutamanya dalam konteks agama dan budaya. Dalam Islam, ada pelbagai pandangan dan hukum yang berkaitan dengan status dan hak anak luar nikah, termasuk anak luar nikah boleh bin nama bapa atau tidak.

Apa Itu Anak Luar Nikah

Anak luar nikah atau anak tidak sah taraf adalah anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.

Dalam banyak masyarakat, termasuk masyarakat Islam, kelahiran anak luar nikah sering dianggap sebagai aib dan membawa stigma kepada individu yang terlibat.

Adakah Anak Luar Nikah Boleh Bin Nama Bapa?

Mahkamah Persekutuan, dalam keputusan majoriti 4-3 memutuskan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf tidak boleh dibin atau binti dengan nama bapanya.

Namun nama bapa boleh dimasukkan pada ruangan maklumat yang terdapat dalam sijil kelahiran.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Muhamad Hisham Marzuki menjelaskan, perkara itu sudah diputuskan Mahkamah Persekutuan secara majoriti dalam kes Bin Abdullah 2020 berkenaan anak tidak sah taraf meletak nama bapa dan kedudukan berdasarkan Seksyen 13A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (APKK) 1957.

“Mahkamah dalam kes itu memutuskan keputusan berdasarkan majoriti 4-3, (bahawa) anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, tidak boleh di bin atau di binti nama bapanya.

“Malah, tindakan Ketua Pengarah JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) tidak membenarkan permohonan bapa agar kanak-kanak itu di bin dengan namanya, betul dari segi undang-undang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam pada itu Muhamad Hisham menjelaskan, Seksyen 13A APKK 1957 tidak terpakai pendaftaran individu berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Menurutnya, akta tersebut tidak membenarkan anak untuk dinamakan oleh nama ayah kandung kerana individu berkenaan tidak diiktirafkan sebagai nama keluarga.

“Namun sekiranya mereka mengaku bapa dan ibu dalam sijil lahir anak tidak sah taraf terlibat, kemungkinan sebelum ini ada kesilapan dalam sijil lahir asal. Tetapi nama anak tersebut masih kekal bin atau binti Abdullah bagi anaknya,” jelas beliau.

Perlu Dibin Atau Binti ‘Abdullah’

Sementara itu berdasarkan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang 1993, fatwa di bawah Seksyen 37 menetapkan, anak tidak sah taraf sama ada diikuti dengan perkahwinan pasangan terlibat atau tidak, perlu di bin atau di binti kepada ‘Abdullah’.

Fatwa itu turut menetapkan, anak itu tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut.

Oleh demikian, tidak boleh mewarisi harta pusaka dan tidak menjadi mahram antara keduanya.

Boleh Guna 99 Nama Allah

Anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, boleh di bin atau binti dengan 99 nama Allah atau Asmaul Husna, selain nama Abdullah.

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, berkata langkah itu bagi mengelak anak tidak sah taraf berasa teraniaya atau menanggung aib pada masa hadapan jika mereka hanya dibenarkan di bin atau binti dengan nama Abdullah sahaja.

Katanya, Johor juga sangat mengalu-alukan langkah Mahkamah Persekutuan semalam yang memutuskan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, tidak boleh di bin atau binti dengan nama bapanya.

“Alhamdulillah, Johor sudah mewartakan fatwa anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, tidak boleh bin atau binti bapa biologinya sejak 21 Mei 2018 lagi.

“Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebagai Ketua Agama Islam negeri juga sudah menitahkan supaya fatwa yang dibuat dahulu tidak sehingga menzalimi anak tidak sah taraf sekali gus mengaibkan mereka pada masa hadapan.

“Di Johor, kita memutuskan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, boleh dinamakan (di bin atau binti) dengan 99 nama Allah atau Asmaul Husna, selain nama Abdullah, menjadikan 100 nama bin atau binti untuk dipilih,” katanya.

Perkara Yang Tidak Boleh Anak Luar Nikah

  1. Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut.
  2. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai
  3. Tidak menjadi mahram
  4. Tidak boleh menjadi wali.

Siapakah Wali Untuk Anak Tidak Sah Taraf?

Hukum sesuatu perkahwinan adalah sah sekiranya menepati syarat-syarat serta rukun yang ditetapkan oleh syarak. Namun bagi anak tidak sah taraf, walinya adalah wali sultan atau wali hakim.

Mufti WP, Sinar Harian, Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Luar Nikah/ Anak Tak Sah Taraf: Ketahui Kedudukan Mereka & Hubungan Dalam Keluarga

Baca juga:  Ini Cara Buat Surat Beranak Untuk Anak Luar Nikah (Anak Tak Sah Taraf)

Baca juga:  Ini Prosedur Buka Buku Pink Bagi Kehamilan Luar Nikah, Hindari Rasa Takut Nurse Marah!

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Anak Luar Nikah Tidak Boleh Bin/Binti Nama Bapa, Perlu Guna ''Abdullah'' Atau 99 Nama Allah
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham