TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Hukum Isteri Minta Cerai Kerana Tidak Bahagia, Ini Alasan Yang Dibenarkan Dalam Islam

4 min bacaan
Hukum Isteri Minta Cerai Kerana Tidak Bahagia, Ini Alasan Yang Dibenarkan Dalam Islam

Hukum isteri minta cerai kerana tidak bahagia adalah antara isu sensitif yang sukar untuk dibincangkan namun anda perlu fahami perkara ini.

Hukum isteri minta cerai kerana tidak bahagia seringkali menjadi perdebatan ramai kerana perceraian adalah isu yang sangat sensitif dalam kehidupan rumah tangga. Dalam Islam, perceraian dibenarkan namun ia merupakan perkara yang paling dibenci Allah walaupun halal. Isteri mungkin menghadapi keadaan yang sukar, menyebabkan dia memilih untuk menamatkan perkahwinan melalui perceraian.

Isi Kandungan

  • Punca Mungkin Isteri Tidak Bahagia Sehingga Minta Cerai
  • Hukum Isteri Minta Cerai Kerana Tidak Bahagia
  • Keadaan Yang Dibenarkan Syarak Untuk Meminta Cerai
  • Seksyen 52: Perintah Untuk Membubarkan Perkahwinan Atau Untuk Fasakh

Punca Mungkin Isteri Tidak Bahagia Sehingga Minta Cerai

1. Perangai Suami

Sikap suami yang kasar, tidak bertanggungjawab, atau tidak menghargai isteri boleh menyebabkan isteri hilang kebahagiaan. Isteri yang berdepan dengan situasi ini sering merasa tertekan dan kecewa kerana suami gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik.

2. Ketiadaan Perhatian

Apabila suami tidak memberikan perhatian emosi dan fizikal kepada isteri, isteri mungkin merasa diabaikan. Kekurangan komunikasi, kasih sayang, dan sokongan emosi boleh menyebabkan hubungan menjadi renggang.

3. Kewangan

Masalah kewangan juga boleh menjadi sebab ketidakbahagiaan dalam perkahwinan. Sekiranya suami tidak menjalankan tanggungjawab dalam menyara keluarga atau tidak berusaha untuk menambah baik keadaan ekonomi keluarga, isteri mungkin merasa tertekan.

4. Campur Tangan Keluarga

Campur tangan dari keluarga suami atau isteri yang berlebihan juga boleh menyebabkan masalah dalam perkahwinan. Isteri mungkin tidak dapat menyesuaikan diri atau merasa tertekan dengan keadaan ini.

5. Keganasan Rumah Tangga

Sekiranya isteri menghadapi keganasan fizikal atau emosi dalam rumah tangga, ini adalah sebab yang kukuh untuk meminta cerai. Islam mengharamkan keganasan dalam perkahwinan, dan isteri mempunyai hak untuk keluar dari perkahwinan yang penuh penderitaan.

Hukum Isteri Minta Cerai Kerana Tidak Bahagia

Dalam Islam, isteri mempunyai hak untuk meminta cerai jika dia benar-benar tidak dapat menahan keadaan yang tidak adil atau zalim. Rasulullah SAW bersabda:

‏”أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا الطَّلاَقَ مِنْ غَيْرِ مَا بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ”‏

Ayyuma imra’atin sa’alat zawjaha al-talaq min ghayri ma’ basin faharāmun ‘alaiha rāiḥatu al-jannah.

Maksud: Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab yang sah, maka haramlah baginya bau syurga. (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Hadis ini menunjukkan bahawa perceraian bukanlah jalan yang digalakkan tanpa sebab yang munasabah. Namun, jika isteri berada dalam keadaan yang tidak bahagia, tertekan, atau dizalimi, Islam memberi kebenaran kepada isteri untuk meminta cerai.

Islam memberi ruang kepada isteri untuk melindungi kesejahteraan fizikal dan emosinya, asalkan alasan itu benar dan tidak dibuat secara sewenang-wenangnya.

Keadaan Yang Dibenarkan Syarak Untuk Meminta Cerai

Antaranya:

  1. Suami tidak menjalankan tanggungjawabnya seperti memberi nafkah yang wajib. (Lihat al-Mughni, 8/204).
  2. Suami memukul/mencederakan tubuh badan isteri tanpa sebab yang sah. (Lihat Hashiah al-Dusuki ‘ala al-Sharh al-Kabir, 2/345)
  3. Suami di penjarakan dalam suatu tempoh masa yang lama dan isterinya menderita kerana darar akibat perkara itu dan menuntut cerai. Pendapat Malikiyyah menunjukkan menuntut cerai itu dibolehkan kerana dianggap hilang tanpa uzur selama setahun. (Lihat Mausu’ah al-Kuwaitiyyah, 29/ 67)

Seksyen 52: Perintah Untuk Membubarkan Perkahwinan Atau Untuk Fasakh

Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu:

1. Keberadaan suaminya tidak diketahui selama lebih daripada satu tahun.

2. Suami cuai atau tidak memberikan nafkah selama tiga bulan.

3. Suami dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih.

4. Suami tidak menunaikan nafkah batin tanpa sebab yang munasabah selama tempoh satu tahun.

5. Suami telah mati pucuk sebelum perkahwinan dan isteri tidak mengetahui perkara itu semasa mereka berkahwin.

6. Suami gila selama tempoh dua tahun atau mengihidap penyakit kusta atau vitiligo atau menghidap penyakit kelamin yang berjangkit.

7. Wanita yang dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur 18 tahun dan belum disetubuhi suami.

8. Suami menganiaya isteri (mendera, berkawan dengan perempuan jahat atau berperangai keji mengikut Hukum Syarak, memaksa isteri hidup secara lucah, melupus atau melarang isteri menggunakan hartanya, menghalang isteri menunaikan kewajipan agama dan tidak berlaku adil terhadap isteri-isterinya sekiranya mempunyai lebih dari satu isteri)

Walaupun perceraian boleh memberi kesan emosi dan sosial yang besar, keputusan ini perlu diambil dengan bijak dan berlandaskan alasan yang kukuh. Setiap pasangan disarankan untuk berusaha memperbaiki hubungan melalui komunikasi dan nasihat sebelum mempertimbangkan perceraian sebagai pilihan terakhir.

Semoga bermanfaat.

Maktabah Al-Bakri

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Punca Penceraian Di Malaysia Bukan Hanya Curang, Masalah Kewangan & Kurang Komunikasi Jadi Sebab

Baca juga: 7 Nafkah Wajib Suami Pada Isteri Dan Anak-Anak Dalam Islam Mengikut Mufti WP

Baca juga: Nusyuz Suami Terhadap Isteri Dalam Islam: Hukum, Tanda Suami Nusyuz & Apa Perlu Isteri Buat

Stories Rakan Kongsi
A Cruel Awakening - How Dengue Changed Our Lives Forever
A Cruel Awakening - How Dengue Changed Our Lives Forever
Adakah Anak Anda Suka Meniru Perangai Orang Lain?
Adakah Anak Anda Suka Meniru Perangai Orang Lain?
Ini Sebabnya Ada Ibu Bapa Enggan Vaksin Anak-Anak dan Mereka Harus Ubah Fikiran
Ini Sebabnya Ada Ibu Bapa Enggan Vaksin Anak-Anak dan Mereka Harus Ubah Fikiran
Is Your Child Allergic to Milk or Lactose Intolerant? Here is the Difference Parents Should Know About
Is Your Child Allergic to Milk or Lactose Intolerant? Here is the Difference Parents Should Know About

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Anis

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Hukum Isteri Minta Cerai Kerana Tidak Bahagia, Ini Alasan Yang Dibenarkan Dalam Islam
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham