TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Hukum Suami Pukul Isteri Adalah Haram Jika Ikut Emosi & Menyebabkan Kemudaratan

5 min bacaan
Hukum Suami Pukul Isteri Adalah Haram Jika Ikut Emosi & Menyebabkan Kemudaratan

Hukum suami pukul isteri perlu difahami sebelum anda berkahwin agar ia tidak disalah guna oleh salah satu pihak dalam hubungan.

Hukum suami pukul isteri perlu difahami oleh semua pasangan yang sudah berkahwin. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya salah guna hukum oleh salah satu pihak. Perkongsian kali ini, kami bincangkan hukum suami pukul isteri.

Isi Kandungan

  • Hukum Suami Pukul Isteri Mengikut Islam
  • Larangan Memukul Isteri
  • Kesan Negatif Kekerasan Dalam Rumah Tangga
  • Perlindungan Dan Tindakan

Hukum Suami Pukul Isteri Mengikut Islam

Sebelum menjawab persoalan diatas, Allah SWT berfirman:

وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ

Maksudnya: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).”

(Surah al-Nisa’: 34)

Berkenaan memukul isteri ini juga thabit berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah R.Anhuma , bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَاتَّقُوا اللَّهَ فِي النِّسَاءِ فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللَّهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ وَلَكُمْ عَلَيْهِنَّ أَنْ لاَ يُوطِئْنَ فُرُشَكُمْ أَحَدًا تَكْرَهُونَهُ،‏‏ فَإِنْ فَعَلْنَ ذَلِكَ فَاضْرِبُوهُنَّ ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرِّحٍ

Maksudnya: “Bertaqwalah kepada Allah dalam mengendalikan urusan kaum wanita. Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan dihalalkan bagi kamu kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah mereka tidak membenarkan orang yang kamu benci masuk ke tempat tidurmu. Jika mereka melakukannya, pukullah mereka dengan cara yang tidak menyakitkan.”

Riwayat Muslim (1218)

Benarkah pukulan begini yang dibenarkan oleh Islam? Kami cuba  bawakan beberapa pandangan yang menyebutkan bentuk pukulan yang dibenarkan oleh syara‘.

Antaranya adalah riwayat Jabir bin Abdullah R.Anhuma di atas, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَاضْرِبُوهُنَّ ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرِّحٍ

Maksudnya: “Pukullah mereka dengan cara yang tidak menyakitkan.”

Riwayat Muslim (1218)

Imam Abu bakar al-Jaza’iri ketika menafsirkan ayat di atas berkata, langkah ketiga iaitu memukul isteri dengan pukulan yang tidak menyakitkan, menyebabkan luka dan mematahkan mana-mana anggota. (Lihat Aysar al-Tafasir, 1/474)

Merujuk kepada penjelasan dari Maktabah al-Bakri di atas, terdapat panduan yang jelas dalam Islam mengenai adab memukul isteri. Pukulan dibenarkan hanya setelah suami melakukan beberapa langkah berikut. 

1. Nasihat: Suami wajib menasihati isteri dengan baik jika berlaku perselisihan atau jika isteri melakukan tindakan yang dianggap nusyuz (derhaka).

2. Pengasingan tempat tidur: Jika nasihat tidak berkesan, langkah berikutnya adalah mengasingkan tempat tidur sebagai tanda tidak bersetuju dengan tindakan isteri.

3. Pukulan Ringan: Jika kedua-dua langkah di atas gagal, barulah pukulan ringan dibenarkan, namun hanya dengan tujuan mendidik dan bukan untuk melampiaskan kemarahan atau dendam.

Larangan Memukul Isteri

Memukul isteri dengan tujuan mendidik dibenarkan dalam Islam hanya sebagai langkah terakhir dan dengan syarat tertentu. Pukulan tersebut haruslah ringan dan tidak menyebabkan kecederaan atau kemudaratan.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjelaskan bahawa suami tidak boleh memukul wajah isteri kerana hukumnya adalah haram.

Cara pukulan yang betul ini juga merupakan salah satu hak isteri ke atas suami. Ini berdasarkan Mu‘awiyah al-Qusyairi R.A, Rasulullah SAW ditanya tentang hak isteri. Lalu Baginda SAW bersabda:

تُطْعِمُهَا إِذَا أَكَلْتَ، وَتَكْسُوهَا إِذَا اِكْتَسَيْتَ، وَلَا تَضْرِبِ الْوَجْهَ، وَلَا تُقَبِّحْ، وَلَا تَهْجُرْ إِلَّا فِي اَلْبَيْتِ

Maksudnya: “Berikan dia (isteri) makan jika kamu makan, berikan dia pakaian jika  kamu memakai pakaian, tidak memukul wajahnya, tidak mendoakan keburukan ke atasnya, tidak memulaukannya kecuali di dalam rumah sahaja.”

Riwayat Abu Dawud (2142), Ibn Majah (1850), dan Ibn Hibban (1268)

Pukulan yang dibenarkan hanya bertujuan untuk memperbaiki hubungan dan harus dilakukan dengan penuh kehati-hatian tanpa menyebabkan trauma fizikal atau psikologi.

hukum suami pukul isteri, pukul isteri

Stories Rakan Kongsi
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
What Is Your Money Parenting Style?
What Is Your Money Parenting Style?
A Cruel Awakening - How Dengue Changed Our Lives Forever
A Cruel Awakening - How Dengue Changed Our Lives Forever
Why you should switch to a natural body wash RIGHT NOW
Why you should switch to a natural body wash RIGHT NOW

Kesan Negatif Kekerasan Dalam Rumah Tangga

Kekerasan dalam rumah tangga bukan sahaja memberi kesan negatif kepada mangsa, tetapi juga kepada keseluruhan institusi keluarga.

Isteri yang mengalami kekerasan fizikal atau emosi mungkin menghadapi masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kegelisahan, dan trauma.

Anak-anak yang membesar dalam persekitaran yang penuh dengan kekerasan juga berisiko tinggi menghadapi masalah psikologi dan sosial.

Dalam kes yang dilaporkan oleh JAWI, seorang wanita bersama dua anaknya mengalami kesan buruk akibat kekerasan yang dilakukan oleh suaminya yang tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada wang dari ibu dan isterinya.

Kekerasan berlaku setiap kali permintaan wangnya tidak dipenuhi, yang akhirnya menyebabkan kesihatan fizikal dan mental wanita dan anak-anak tersebut terjejas teruk. Kes ini menunjukkan bahawa kekerasan dalam rumah tangga bukanlah penyelesaian dan sering kali membawa kepada lebih banyak masalah dan penderitaan.

Perlindungan Dan Tindakan

Islam menggariskan bahawa isteri mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan jika mereka menjadi mangsa kekerasan. Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) membolehkan mangsa mendapatkan perintah perlindungan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

JAWI menasihatkan para suami untuk muhasabah diri dan berfikir secara rasional sebelum mengambil tindakan yang boleh memudaratkan.

Suami harus sentiasa berusaha menyelesaikan masalah dengan cara yang aman dan penuh kasih sayang. Islam mengajar bahawa perkahwinan adalah perkongsian hidup yang harus dibina atas dasar cinta dan hormat, bukan kekerasan dan penindasan.

Walaupun ada kebenaran untuk memukul isteri sebagai langkah terakhir bagi mendidik, ia harus dilakukan dengan penuh kehati-hatian dan tidak membawa kecederaan.

Suami perlu memahami bahawa kekerasan bukanlah penyelesaian kepada masalah rumah tangga, dan pendekatan yang lebih lembut dan penuh kasih sayang adalah lebih berkesan untuk memperbaiki hubungan dan membina keluarga yang bahagia dan sejahtera.

Semoga bermanfaat.

Maktabah al-Bakri, Sinar Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tugas Suami Dalam Rumah Tangga Menurut Islam, 5 Perkara Perlu Disediakan Untuk Isteri

Baca juga: Suami Isteri Tidak Digalakkan Cukur Bulu Kemaluan Setiap Kali Sebelum Seks, Ini Sebabnya

Baca juga: Adakah Berdosa Jika Seorang Isteri Berhenti Kerja Dan Tidak Membantu Suami Yang Bergaji Kecil?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Anis

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Hukum Suami Pukul Isteri Adalah Haram Jika Ikut Emosi & Menyebabkan Kemudaratan
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham