Bagi umat Islam, peluang dan rezeki menunaikan ibadah haji adalah yang paling ditunggu-tunggu. Lebih manis apabila panggilan haji itu diterima dalam usia muda.
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Ibadah haji usia muda untuk dua beradik ini berkat usaha ibu
- Pernah dapat panggilan tapi terpaksa tolak
Mendapat panggilan haji dalam usia muda juga dianggap rezeki tidak ternilai kerana ia ibarat satu bonus di saat badan masih lagi kuat untuk menunaikan ibadah.
Ibadah haji dapat ditunaikan pada usia muda berkat usaha ibu menyimpan
Menurut Harian Metro yang memetik laporan Bernama, dua beradik dari Sabah ini, Wan Amier Ashraf Yamin, 21, dan kakaknya Wan Arina Azrinor Yamin, 29, sangat berterima kasih kepada ibu mereka yang bersungguh menabung untuk anak-anaknya di Tabung Haji.
Berkat usaha murni itu, anak-anaknya dapat menunaikan rukun Islam kelima itu pada usia muda.
Difahamkan, ibu kepada adik-beradik ini membuat potongan gaji pada setiap bulan ketika usia Wan Arina Azrinor berusia lima tahun dan adiknya berusia hanya beberapa bulan.
Pernah dapat panggilan tapi terpaksa tolak
Menurut Wan Arina Azrinor beliau sebelum ini pernah mendapat tawaran menunaikan ibadah haji namun dengan berat hati terpaksa menolaknya kerana tiada mahram pada ketika itu.
Untuk tahun ini, adiknya pula mendapat panggilan tetapi Wan Arina cuba membuat rayuan dan rezeki akhirnya berpihak kepadanya untuk menunaikan ibadah haji pada usia muda.
Mengakui gementar untuk ke tanah suci berdua dengan adiknya tanpa ibu ayah di sisi, beliau mengharapkan diberi kesihatan yang baik sepanjang menunaikan rukun Islam kelima itu.
Semoga dipermudahkan urusan semua jemaah haji Malaysia untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun ini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak Secara Online, Mudah Boleh Daftar Haji Sekali!
Baca juga: 5 Sebab Kenapa Mekah & Umrah Harus Jadi Pilihan Honeymoon Pasangan Baru Kahwin
Baca juga: Usah Cemburu Lihat Orang Lain Sibuk Beribadah, Ada PAHALA Yang Lain Buat Para Ibu!