Datang Bulan Pada 10 Malam Terakhir Ramadan? Ini Amalan Ibadah Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Memburu Malam Lailatul Qadar

10 malam terakhir Ramadan adalah malam memburu Lailatul Qadar. Bagi wanita yang haid boleh lakukan amalan ibadah ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada 10 malam terakhir Ramadan adalah malam yang paling penting sepanjang bulan puasa ini di mana ramai yang akan berkejar-kejaran untuk melakukan amalan ibadah demi memburu malam Lailatul Qadar.

Bagi wanita yang datang haid, jangan bersedih kerana ada amalan yang boleh dilakukan untuk sama-sama memburu malam yang istimewa ini.

Menerusi akaun Instagram Ustaz Wadi Annuar, dia menjawab satu soalan pengikutnya, yang mana bertanyakan bagaimana bagi wanita-wanita tidak boleh solat untuk mengejar Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan

 
 
 
 
 
View this post on Instagram

Jawabnya, “Bagi wanita-wanita yang tak boleh solat, mereka uzur pada 10 malam terakhir Ramadan, jangan risau. Islam hanya tidak membenarkan solat, baca Al-Quran, puasa, sentuh Al-Quran. Sebenarnya ada lagi berpuluh-puluh ibadah dan kebaikan lain yang semua boleh buat.”

Ini jelas menyatakan yang mana ada banyak lagi amalan baik yang wanita uzur atau datang bulan boleh lakukan, apabila dilarang untuk mengerjakan solat kerana berada dalam keadaan yang tidak suci atas sebab haid. Islam itu mudah bukan?

Katanya lagi, “Contohnya doa. Doa untuk orang Islam, Ya Allah bagilah hidayah untuk orang Islam, Ya Allah, sembuhkanlah orang Islam, apa saja doa. Yang kedua, boleh sedekah. Setiap malam sedekah menerusi transfer macam RM10 dekat sini, RM10 di sana. Yang ketiga, zikir.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara zikir yang Ustaz Wadi kongsikan adalah:

  • لا إله إلا الله

Di baca sebanyak 100 kali

  • سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ

Di baca sebanyak 100 kali

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Di baca sebanyak 100 kali

  • سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Di baca sebanyak 100 kali

  • لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحَدْهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Di baca sebanyak 100 kali

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seterusnya, Ustaz Wadi menambah untuk amalan yang keempat adalah dengan menyediakan sahur atau menyediakan makanan untuk orang yang menghidupkan malam Lailatul Qadar. Sebagai contohnya, anak-anak kita, suami kita, yang bangun pada malam itu untuk Lailatul Qadar. Membuatkan air buat mereka, yang mana seakan berkhidmat untuk mereka yang bangun untuk membuat amalan Lailatul Qadar. 

Ini jelas menyatakan yang mana banyak amalan ibadah yang wanita haid boleh lakukan ketika 10 malam terakhir Ramadan. Semoga amalan kita diterima dan dimakbulkan segala doa-doa kita hendaknya. Selamat beramal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 8 Amalan Sunat Memburu Lailatul Qadar Yang Boleh Dilakukan Pada 10 Malam Terakhir Ramadan

Baca juga: Rasa Tenang & Dingin, Ini 5 Tanda Malam Lailatul Qadar Yang Lebih Baik Dari Seribu Bulan

Baca juga: Senarai Amalan Bulan Puasa Yang Penuh Ganjaran Pahala Mengikut Sunnah Rasulullah

Penulis

Farhana Fuad