Ini Rupanya Perasaan Anak Apabila Ibu Bapa Terlalu Sibuk Bekerja

Memang ibu bapa sibuk bekerja demi anak-anak dan keluarga juga. Tapi sedarkah anda yang anda sebenarnya sedang mengguris hati anak dengan sibuk bekerja?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua ibu bapa sibuk bekerja kerana niat untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka. Ibu bapa mana yang mahu membesarkan anak dalam keluarga yang tak sihat dan serba kekurangan?

Tapi, ramai ibu bapa yang sibuk bekerja ini tidak sedar yang mereka sebenarnya sedang melukakan hati anak sendiri. Kenapa? Kerana anak sebenarnya memerlukan anda.

Jadi hari ini, kami akan membongkarkan apa yang anak rasa sebenarnya apabila ibu bapa sibuk bekerja dan tidak meluangkan masa dengan mereka.

Moga-moga perkongsian ini memberi sedikit pencerahan pada anda.

1. Anak rasa kerja anda lebih penting dari dirinya

Jadi ibu bapa bukan mudah. Bila sudah jadi ibu bapa ini, anda yang kena bertanggungjawab untuk anak-anak, keluarga malah juga karier anda. 

Kalau salah satu daripada tanggungjawab ini ada masalah, maka makin banyaklah masalah yang akan muncul kelak. 

Sebab itu ramai ibu bapa sanggup berkorban masa dengan anak daripada “ponteng” kerja dan balik awal. Ini untuk dapat lebih banyak duit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang di Malaysia, ibu bapa kena sibuk bekerja untuk memastikan anak dapat masa depan yang cerah. Tapi sebenarnya, perbuatan anda itu membuatkan anak fikir yang kerja anda lebih penting daripadanya.

Apa kata anda luangkan lebih masa dengan mereka juga? Mereka bukan memerlukan barang permainan baru setiap minggu pun. 

Mereka hanya mahukan ibu bapa yang memberi perhatian pada mereka!

2. Kerja lebih masa buat anda dan seluruh keluarga stres

Bekerja terlalu keras dan pulang lambat dari kerja memberi stres yang banyak untuk tubuh anda. Malah, hubungan anda dan keluarga atau anak-anak juga boleh terganggu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayangkanlah, anda keluar selama 8 jam setiap hari (itu minimum). Belum masuk lagi perjalanan selama 1 jam nak pergi dan balik kerja. Kalau anda kena kerja overtime pula macam mana?

Kerja pada hari minggu? Aduh! Masa anda dengan keluarga pun tak ada, apatah lagi masa untuk diri sendiri!

Sebab itu jika anda rasa anda telah bekerja terlalu keras, cuba fikir balik dan atur kepentingan dalam hidup anda. Jangan kerana kerja, hubungan dengan keluarga hancur!

3. Anak rasa terasing dan terabai bila ibu bapa sibuk bekerja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi ibu bapa yang prihatin dan mesra ketika tahun-tahun tumbesaran anak adalah amat penting. Ini untuk membina rasa bonding yang kukuh antara anda dan anak.

Waktu mereka membesar adalah waktu yang paling penting untuk mereka melihat anda ada dalam hidup mereka. 

Jika anda sibuk bekerja, mulalah anak anda pun fikir yang mereka ini tak penting dalam hidup anda. Anda tak kisah pun tentang mereka!

Memang dengan bekerja lebih masa menjanjikan lebih banyak duit. Dengan lebih banyak duit, anda boleh membeli macam-macam untuk anak.

Tapi anak sebenarnya tak memerlukan terlalu banyak permainan atau hadiah. Mereka memerlukan kasih sayang.

Mereka perlu ibu bapa yang meluangkan masa dengan mereka, bercakap dengan mereka dan mendidik mereka tentang dunia atau kehidupan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daripada anda asyik sibuk bekerja, apa kata anda khaskan sesetengah hari (contohnya weekend) untu bersama keluarga?

Tiada apa yang lebih bernilai melainkan kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa. Jangan menyesal jika mereka makin renggang dengan anda bila mereka semakin besar kelak.

Tika itu, tiada lagilah tawa riang dan sesi merapatkan hubungan dengan mereka.

Ibu bapa semua setuju, tak?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  9 Pengakuan Jujur Dari Seorang Ibu Yang Bekerja Sambil Mengurus Anak

Baca juga: Ibu Bekerja Lebih Keras Manakala Ayah Pula Bersenang Lenang Pada Hari Cuti – Kajian

Baca juga: Jika Anda Seorang Ibu Bekerja, Pasti 7 Perkara Ini Pernah Terlintas Di Fikiran Anda Kan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris