Mata Macam Panda Sebab Dapat Baby Baru? Ini 5 Tips Untuk Ibu Bapa Tak Cukup Tidur

undefined

Apabila baru dapat bayi, sudah pasti ibu bapa tak cukup tidur. Tetapkan rutin tidur bayi sangat membantu ibu ayah depatkan rehat.

Memiliki anak yang baru lahir memang menuntut pengorbanan cukup besar termasuklah tidur anda yang akan terkorban. Topik biasa bagi mereka yang bari menimang cahaya mata baru adalah ibu bapa tak cukup tidur!

Ada yang datang ke pejabat dengan mata panda kerana anak meragam di malam hari tidak mahu tidur. Jadi mahu tidak mahu kerana anda perlu bekerja, tahanlah juga mata.

Lebih teruk, ada yang sampai demam kerana tidak biasa berjaga malam, tapi bila sudah ada anak terpaksa juga berjaga malam kerana uruskan keperluan anak.

Apakah maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Mengapa ibu bapa tak cukup tidur bila ada anak?
  • Kesan tak cukup tidur
  • Tanda tidak cukup tidur
  • Tanda tidak cukup tidur
  • Tips untuk tidak rasa penat

Mengapa ibu bapa tak cukup tidur bila ada anak?

ibu bapa tak cukup tidur

Apabila menjadi ibu ayah ini bermakna anda mempunyai banyak tanggungjawab baru dan pengalaman yang manis. Namun ia juga bermakna tidur anda bakal terkorban kerana bayi baru lahir anda itu memerlukan penjagaan yang kerap dan mungkin masih perlu menyusu pada waktu malam. 

Jadi ada sebab mengapa ibu ayah baharu ini sering tidak cukup tidur bila baru timang cahaya mata:

#1. Tidak tidur bila anak tidur

Ada ibu ayah yang ambil masa mengemas dan sebagainya semasa anak tidur. Dalam keadana anak menyesuaikan diri ini, adalah lebih baik untuk anda pentingkan kualiti tidur dan masa rehat anda.

Bukanlah bermakna biar rumah tidak berkemas langsung, tetapi jika anak jaga nanti anda boleh kemas. Tips ini dikongsikan ramai ibu ayah yang lebih berpengalaman.

Nasihat mereka, jika anda mahu rehat, tidurlah ketika anak anda tidur. Tak lari ke mana rumah anda jika anda tidak berkemas pun. Dapatkanlah rehat secukupnya bagi memastikan badan anda cukup bertenaga untuk menjaga anak atau bagi suami yang sudah mula bekerja ia bagi memastikan anda boleh fokus di pejabat.

#2. Terlalu risau

Ada ibu ayah yang terlalu risau. Maklumlah baru dapat bayi baharu, semuanya perlu dalam perhatian. Tidak salah untuk anda berikan perhatian, tetapi eloklah berpada-pada.

Jika bayi boleh bermain sendiri, biarkan dia sendirian sementara anda buat kerja anda. Tidak perlu temani dia sepanjang masa. Cuma pastikan persekitarannya selamat dan jika ada anak lain, pastikan bayi anda diletakkan di tempat selamat. 

#3. Menyusu badan

Ada bayi baru lahir yang memang jenis high need baby. Jadi dia biasanya akan mengempeng pada malam hari dan menyebabkan si ibu tidak cukup tidur.

Ada juga bayi yang bangun banyak kali untuk minum susu pada waktu malam. Ini akan menyebabkan ibu ayah tidur tidak lena dan sering terjaga yang akhirnya menyebabkan berlakunya tidur yang tidak berkualiti.

#4. Postpartum depression

Ada ibu yang mengalami postpartum depression akibat daripada terkejut dan perlu sesuaikan diri dengan keadaan baharu. Jadi perkara ini akan membuatkan ibu imsomnia dan sudah pastilah menjadikannya tidak cukup tidur.

Ada juga ibu ayah yang mengalami baby blues. Jadi perkara ini antara perkara yang akan memberi kesan kepada tidur mereka. 

Kesan tak cukup tidur

Ada beberapa kesan yang akan berlaku sekiranya anda tidak cukup tidur. Disebabkan itulah doktor sentiasa menyarankan agar anda dapatkan tidur yang cukup.

Antara kesan sekiranya tidak cukup tidur termasuklah:

  • Kurang fokus – Badan yang tidak segar akan membuatkan anda kurang fokus. Anda akan tidak waspada dengan keadaan sekeliling kerana keadaan mental yang tidak dapat fokus sepenuhnya berikutan tidak cukup tidur
  • Kepala berat – ada kemungkinan anda akan rasa pening kepala, migraine dan sebagainya. Ini kerana badan yang tidak cukup rehat juga boleh memberi kesan kepada perjalanan darah dan sebagainya.
  • Daya ingata terjejas – Disebabkan tidak boleh fokus, boleh jadi anda akan mudah lupa kerana ia akan menjejaskan keupayaan anda untuk berfikir, mengingat dan memproses maklumat
  • Tekanan dalam perhubungan – anda mungkin akan menjadi lebih tertekan dalam perhubungan dan mempunyai konflik dengan orang lain termasuklah pasangan anda
  • Kualiti hidup terjejas – Anda mungkin menjadi kurang mengambil bahagian dalam aktiviti harian biasa atau bersenam.
  • Kemalangan – anda mungkin boleh terlelap ketika memandu dan sebagainya yang akan menjadi punca kepada kemalangan. 
  • Kurangnya keinginan seks – badan yang penat akan menyebabkan anda hanya rasa nak tidur. Jadi ia akan mengurangkan keinginan anda untuk melakukan seks

Tanda tidak cukup tidur

Ada beberapa tanda yang boleh anda kesan sekiranya anda tidak cukup tidur. Antaranya termasuklah:

  • Mengantuk berlebihan pada siang hari – Mengantuk pada siang hari adalah perkara biasa, namun sekiranya anda tidak cukup tidur, anda akan lebih cepat mengantuk dan ia akan menjadi sangat teruk.
  • Berat badan bertambah – ada kemungkinan akan berlakunya pertambahan berat badan dan yang akan menyebabkan anda jadi lebih stres!
  • Badan lesu dan lemah
  • Cepat marah
  • Tidak bersemangat dalam melakukan sebarang perkara

Tips untuk tidak rasa penat

ibu bapa tak cukup tidur

Usahalah lakukan tips yang dikongsikan ini supaya ia dapat membantu anda untuk kurangkan rasa penat dengan kehadiran cahaya mata baharu. Antara perkara yang boleh anda lakukan adalah:

1. Latih anak untuk tidur awal

Ibu kepada anak tunggal, Jamie Koh, berkongsi tip ini untuk ibu bapa yang tak cukup tidur:

Apabila anak tidur lebih awal, ibu bapa juga bolehlah berehat dan tidur dengan lebih baik. Cabaran paling besar untuk ibu bapa ialah semasa bulan pertama, apabila mereka perlu bangun 2-3 jam sekali untuk menyusu anak.” 

Menurut Dr. William C. Dement, doktor pakar dan pakar tidur, ibu bapa dengan bayi baru lahir akan kehilangan tidur sekurang-kurangnya untuk 2 jam setiap malam sehingga bayi mereka berusia 5 bulan. Selepas itu ibu ayah akan kehilangan tidur selama 1 jam untuk setiap malam sehingga anak itu mencapai umur 2 tahun.

Jadi, latihlah anak untuk tidur lebih awal atau kalau boleh, latih anak untuk tidur sepanjang malam.

2. Buat kerja secara serentak!

Ibu Evelyn Cheo memberi nasihat untuk ibu bapa tak cukup tidur:

Untuk ibu menyusu yang perlu bangun pada waktu malam, anda boleh cuba co-sleep atau tidur bersama bayi sambil menyusunya. Anda pasti akan kekurangan tidur, terutamanya jika anda pilih untuk beri susu badan. Jangan berputus asa, keadaan ini akan bertambah baik!

Bayi biasanya akan tertidur selepas menyusu. Anda sudah pun berbaring atas katil, jadi rehatlah, biarpun untuk seketika. Jika anda memilih untuk tidur bersama bayi anda, berhati-hati ya, supaya tidak memudaratkan bayi sendiri.

3. Tetapkan rutin tidur bayi anda

Nasihat ibu Divya Sharma kepada ibu bapa tak cukup tidur:

Sudah lama saya terpaksa bertahan kerana tidur selama 3-4 jam saja. Tapi semua ini boleh jadi lebih senang jika anda tetapkan rutin tidur, dan ajar anak untuk mengikutinya. Selepas itu, ibu bapa bolehlah ikut rutin tidur anak.

Semasa bulan pertama, memang ibu ayah tak cukup tidur disebabkan anak yang belum lagi mempunyai rutin yang tetap.  Apabila bayi anda semakin berkembang dan mula mengikut rutin tidur yang lebih tetap, ibu bapa boleh menjangka dan merancang masa untuk berehat. 

4. Tidur apabila anak anda tidur

ibu bapa tak cukup tidur

“Tidur apabila bayi anda sedang tidur,” kongsi ibu Diana Lai. Ini adalah tip yang selalu diberi oleh ibu-ibu yang berpengalaman.

Cuba rehat sebanyak mungkin terutamanya ketika 2 bulan selepas melahirkan anak. Badan anda perlu rehat untuk pulih sepenuhnya. Jika anda ada anak lebih tua di rumah, dapatkan pertolongan dari ahli keluarga lain supaya anda boleh mendapat rehat yang diperlukan.

Ibu-ibu baik ingat nasihat ini ya. Saya tahu masih ada banyak lagi kerja lain yang perlu disiapkan. Ajak suami untuk bantu buat kerja rumah dan menjaga anak. Jangan lupa untuk rehat juga. Rehat amat penting agar anda kembali cergas untuk menjaga anak dan menguruskan keluarga seperti sediakala.

5. Jangan malu untuk minta pertolongan

Marielle, ibu kepada anak tunggal, berkongsi strategi untuk ibu bapa tak cukup tidur:

Kami kini tinggal di rumah ibu bapa saya. Apabila saya atau suami saya rasa sangat letih dan betul-betul perlu tidur, saya akan minta pertolongan dari ibu saya apabila anak saya tidak mahu tidur lagi.

Ini adalah nasihat yang bagus terutamanya saat anda terlalu letih dan memerlukan pertolongan orang lain supaya anda boleh tidur biarpun sekejap sahaja.

Jangan malu untuk meminta pertolongan, anak anda memerlukan ibu bapa yang sihat dari segi mental dan fizikal untuk menjaganya.

Selamat mencuba ibu ayah baru semua!

Rujukan:

  1. American Academy of Pediatric (2011). . Sleep deprivation and breastfeeding. www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/breastfeeding/Pages/Sleep-Deprivation-and-Breastfeeding.aspx
  1. Sleepfoundation (May 5, 2022). How Does Being a New Parent Affect Sleep?www.sleepfoundation.org/sleep-deprivation/parents#:~:text=New%20mothers%20are%20also%20at,of%20sleep%20decisions%20and%20challenges.
  1. Clevelandclinic (March 25, 2022). Here’s What Happens When You Don’t Get Enough Sleep (and How Much You Really Need a Night). health.clevelandclinic.org/happens-body-dont-get-enough-sleep/#:~:text=Some%20of%20the%20most%20serious,function%20and%20lower%20sex%20drive.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Koleksi Gambar Tidur Anak Dan Bapa Yang Lucu & Mencuit Hati, Macam-Macam Gaya!

Baca juga: 6 Tips Agar Bayi Baru Lahir Tidur Sendiri Tanpa Ibu Di Sebelah, Mudahkan Kerja Anda!

Baca juga: Langsir Tingkap Blackout Mampu Buat Si Manja Tidur Dengan Tenang, Ini Antara Yang Terbaik!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!