Bolehkah Seorang Ibu Benci Anak Sendiri?

Perasaan negatif seperti benci anak sendiri adalah normal, terutamanya jika ibu bapa tertekan. Anda pernah alaminya? Apa anda buat untuk atasi perasaan itu?

Ibu benci anak sendiri apabila tertekan membesarkan mereka?

Apabila saya membaca tentang ibu yang mengadu kesulitan menjaga anak sehingga mereka benci anak sendiri, saya betul-betul terkejut!

Mana ada ibu yang akan benci anak sendiri di dunia ini?

Mungkin ibu ini sedang menghadapi masalah kemurungan.

Tapi selepas saya mempunyai anak sendiri dan mengalami cabaran untuk membesarkan mereka, saya mula faham mengapa sesetengah ibu bapa boleh berfikiran negatif terhadap anak sendiri.

Ibu bapa lain jangan salah anggap. Walaupun berfikiran negatif terhadap anak sendiri, ia tidak bermaksud untuk menyakiti sesiapa pun.

Ia hanya perasaan sahaja. Namun rasa letih dan benci ini perasaan yang kuat dan perasaan yang biasa dialami ibu bapa.

Pakar kaunseling sudah banyak kali menolong ibu bapa dengan perasaan negatif terhadap anak mereka yang terpendam. 

Sumber gambar: Twiniversity

Mengapa masalah ini tidak dibincang secara terbuka?

Sebagai ibu bapa, kita selalu digalakkan untuk tunjuk perasaan yang positif seperti kesabaran, penerimaan, rasa sayang tanpa batas, kebanggaan, dan lain-lain.

Adalah tugas ibu bapa untuk membesarkan anak dengan baik, maka, kita jarang mahu bersikap negatif di depan anak. Ibu bapa selalu rasa tertekan dan perlu mengikut harapan orang lain.

Mengapa ibu boleh benci anak sendiri?

Sekiranya anda mengorbankan masa berjam-jam, hari demi hari, tahun demi tahun untuk menjaga anak yang sering mendesak dan menyebabkan anda marah, ini sudah pasti akan menimbulkan perasaan negatif.

Donald Winnicott (seorang ahli psikoanalisis) menerangkan beberapa sebab mengapa seorang ibu mungkin akan benci anaknya:

  • masalah kehamilan dan anak telah membahayakan nyawa ibu semasa kelahiran.
  • anak itu mengganggu kehidupan 
  • anak yang menyakitkan ibu, contohnya mengigit puting semasa menyusu atau cara lain.
  • ibu berasa diri seperti hamba kepada anak.
  • anak seperti menguasai segalanya dan ibu terpaksa sentiasa mengikut keperluan anak.
  • apabila orang lain tidak tahu pengorbanan ibu itu untuk menjaga anaknya.

Tetapi Donald turut berkata, seorang ibu mesti mengawal perasaan ini tanpa bertindak dalam bentuk kasar. 

Patutkah ibu bapa menunjukkan perasaan yang negatif terhadap anak?

Sumber gambar : prozeny.blesk.cz

Apabila kita marah di depan anak, kita menghantar mesej:

  • kita tidak dapat mengawal perasaan negatif kita,
  • perasaan negatif adalah menakutkan dan tidak baik,
  • apa-apa perasaan yang mereka miliki harus ditunjukkan dalam cara yang sama

Tetapi jika ibu bapa menyembunyikannya, anak akan menganggap perasaan negatif bukannya sesuatu yang senang diterima

Mereka akan fikir ia salah. Akhirnya perasaan negatif ini akan menjadi sesuatu yang dipendam dan disembunyikan.

Penyelesaian sebenarnya sangat senang

Psikoanalisis mengajar ibu bapa yang perasaan ini adalah normal. Jangan rasa bersalah atau malu apabila anda merasai perasaan negatif. 

Bercakap dan berkongsi perasaan dengan ibu bapa lain adalah satu cara untuk melepaskan tekanan.

Anda akan sedar yang ramai lagi ibu bapa sedang menghadapi situasi yang sama dan buka kita saja yang sedang menghadapi cabaran ini. Seringkali, kesedaran ini sudah memadai untuk menolong mengawal perasaan negatif kita terhadap anak.

Kadang kala, tidak cukup untuk hanya menahan perasaan negatif tanpa menunjukkannya di depan anak. Anda boleh terlepas marah anak-anak, tapi ia harus dilakukan dengan cara yang terkawal.

Penerimaan tugas sebagai seorang ibu bapa

Sekumpulan ibu bapa sedang berkongsi pengalaman mereka membesarkan anak. Sumber: Amy Behrens

Sebenarnya tiada jalan yang lurus dan senang apabila membesarkan anak.

Sebagai manusia; sesiapa pun boleh hilang kawalan.

Kadang-kadang sebagai ibu bapa kita akan hilang kawalan, ataupun anak yang akan hilang kawalan.

Mungkin sesetengah ibu bapa boleh mengawal rasa benci dan perasaan negatif tanpa bantuan psikoanalisis.

Apabila ibu bapa tahu cara untuk mengendali perasaan mereka, mereka akan menjadi lebih selesa dan membantu kita menjadi ibu bapa yang baik.

Sumber: Good Therapy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Anak Kerap Mengamuk Tiba-Tiba? Cuba Sebut 9 Ayat Ini Pada Mereka

Penulis

Rosanna Chio