Seorang Ibu Dicekup Polis Disyaki Buang Bayi Lelaki Dalam Mangkuk Tandas

Tanpa rasa belas kasihan, ibu muda yang berusia awal 20-an ini sanggup buang bayi yang baru dilahirkan dalam mangkuk tandas di sebuah hospital.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kejadian ibu buang bayi semakin meruncing kini. Contohnya seperti yang berlaku di Hospital Selayang baru-baru ini apabila seorang wanita warga tempatan ditahan polis selepas disyaki membuang bayi lelaki di dalam mangkuk tandas di hospital terbabit.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 petang apabila tindakan wanita tersebut disedari seorang pekerja kilang berusia 39 tahun kerana dia berada dalam tandas yang sama.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof, sebaik menyedari tindakan wanita itu, dalam keadaan terketar-ketar dan terkejut, pekerja kilang itu bergegas meminta pertolongan pengawal keselamatan yang berada di luar.

Sementara itu, bayi lelaki tersebut berjaya diselamatkan dan berada di zon merah Hospital Selayang untuk rawatan lanjut. Bayi malang itu disahkan dalam keadaan stabil tanpa sebarang kecederaan serius.

Suspek yang dipercayai ibu kandung bayi tersebut ditahan dengan bantuan pengawal keselamatan. Walau bagaimanapun, suspek tidak mahu dan mengelak untuk bekerjasama apabila disoal siasat.

Namun begitu siasatan lanjut mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan siasatan diteruskan bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana sembunyikan kelahiran dengan niat untuk buang bayi.

Cara menangani kes ibu buang bayi

Berdasarkan rekod yang tertulis dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari 2010 hingga 2015 sebanyak 323,047 kes anak tidak sah taraf direkodkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manakala kes kehamilan remaja belum berkahwin dari tahun 2012 hingga 2015 adalah sebanyak 16,270 orang. Lebih mengejutkan dan menyedihkan, rata-rata kes ibu buang bayi ini membabitkan wanita Islam.

Maka sudah tiba masanya satu kaedah sebagai cara menangani isu ini secara menyeluruh harus dirangka secepatnya supaya kes sebegini tidak lagi menjadi racun dalam masyarakat.

Berikut cara menangani kes ibu buang bayi ini:

Semoga bayi malang itu sihat dan membesar menjadi anak yang baik.  

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Mstar 

Sumber: Kosmo , Utusan , Keusahawanita

Baca juga:

Baby Hatch menyelamatkan 147 bayi dari menjadi mangsa kes pembuangan bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan