Di kala kita merasakan ibu adalah insan yang paling penyayang dan pelindung kepada anak-anak, namun siapa sangka tergamak kes ibu cabul anak 2 tahun dan merakam adegan tersebut semata-mata demi duit.
Isi Kandungan
Ibu Cabul Anak 2 Tahun & Rakam Demi Duit
Video tersebut memperlihatkan seorang wanita mencabuli anak lelakinya sehingga kanak-kanak tersebut mengadu sakit ketika membuang air kecil.
Difahamkan, perbuatan tersebut telah berlaku di Tangerang Selatan, Banten, Indonesia pada tahun lalu.
Ia disahkan pihak berkuasa berikutan tindakan suspek yang berusia 22 tahun menyerahkan diri di balai polis selepas videonya dengan anaknya tular baru-baru ini.
Ibu Diperdaya Kenalan Maya, Anak Jadi Mangsa
Suspek yang dikenali sebagai “R” sanggup membuat video lucah yang ditawarkan oleh individu yang menggunakan nama akaun Icha Shakilla dengan bayaran wang sebanyak 15 juta rupiah (RM4,344).
Ternyata individu tersebut hanya memperdaya R dan kembali mengugut mahu menyebarkan gambar bogel miliknya jika enggan membuat video lucah bersama suaminya yang ketika itu tiada di rumah.
Disebabkan tiada pilihan lain, dia terpaksa membuat video bersama dengan anaknya sebagai ganti namun setelah memperoleh video pornografi tersebut wang yang dijanjikan tidak dibayar malah akaun miliknya telah disekat.
Bagaimanapun, kesemua video pemilik akaun Icha Shakilla telahpun dipadam dan sedang diburu pihak berkuasa.
Tips Elak Jadi Mangsa Penipuan Pornografi
Terdapat beberapa tips yang boleh membantu untuk mengelak menjadi mangsa penipuan pornografi, antaranya:
1. Berhati-hati Dalam Berinteraksi Di Media Sosial
Jangan mudah percaya kepada orang yang tidak dikenali di media sosial, terutamanya jika mereka menawarkan wang atau hadiah dalam pertukaran untuk gambar atau video lucah.
2. Peka Dengan Kaedah Penipuan
Sentiasa peka dengan kaedah penipuan atas talian seperti permintaan untuk gambar atau video lucah, ancaman untuk menyebarkan bahan sensitif jika tidak mematuhi permintaan dan tawaran wang yang tidak masuk akal.
3. Menjaga Privasi Dalam Talian
Jangan berkongsi maklumat peribadi atau gambar sensitif dengan orang yang tidak dikenali dalam talian. Pastikan untuk mengawal pengaturan privasi pada platform media sosial anda.
4. Jangan Beri Maklumat Peribadi Sesuka Hati
Hindari memberikan maklumat peribadi seperti nombor telefon, alamat rumah atau butiran perbankan kepada orang yang tidak dikenali secara dalam talian.
5. Ketahui Cara Untuk Bertindak Bila Perlu
Jika anda merasakan diri anda menjadi mangsa penipuan pornografi, segera laporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa tempatan dan jangan mematuhi permintaan penipu dengan mudah.
6. Dapatkan Nasihat Orang Terdekat
Jika anda ragu-ragu tentang sesuatu situasi dalam talian, sebaiknya berbincang dengan orang dewasa yang terdekat seperti ibu bapa atau penjaga untuk mendapatkan nasihat.
Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan menjaga privasi adalah penting untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan pornografi apatah lagi melibatkan maruah anak sendiri. Pastikan sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran yang mencurigakan.
Sinar Harian
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kesan Screen Time Kepada Anak Mungkin Lebih Teruk Dari Lambat Bercakap, Ibu Bapa WAJIB Ambil Tahu
Baca juga: 3 Sebab Kenapa Anda Perlu Berhenti Sebut “Bebird” & “Nenen” Pada Anak
Baca juga: Guru Perempuan Dipenjara Akibat Mencium & Meraba Murid Lelaki Berusia 14 Tahun