TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Guru Perempuan Dipenjara Akibat Mencium & Meraba Murid Lelaki Berusia 14 Tahun

10 Sep, 2020
Guru Perempuan Dipenjara Akibat Mencium & Meraba Murid Lelaki Berusia 14 Tahun

Kes guru perempuan ditahan kerana serangan seksual ke atas muridnya ini cukup mengejutkan ibu bapa. Kesan gangguan seksual amatlah serius, ia boleh memberi impak hingga dewasa.

Macam-macam kes yang melibatkan guru dan murid, dan kes guru perempuan ditahan kerana serangan seksual ke atas muridnya ini cukup mengejutkan ibu bapa. Kesan gangguan seksual amatlah serius, ia boleh memberi impak hingga dewasa.

Memang kebanyakan murid lelaki di negara barat yang sudah akil baligh selalu berfantasi akan insiden sebegini. Tapi jika ia betul-betul berlaku adakah ia normal? Sudah tentu tidak!

Kejadian yang dilaporkan oleh Daily Mirror UK ini berlaku di Hunter Region of New South Wales, Australia. Katie Smith, guru yang berusia 28 tahun ini pernah menghantar gambar lucah kepada murid lelaki itu di Snapchat. 

Jelas Katie, dia cuma ingin melupakan masalah rumah tangga yang dihadapinya dan “ingin diberitahu yang saya cantik” oleh murid lelaki terbabit.  

Dia pernah menyerang murid lelaki tersebut secara seksual di dalam bilik stor juga di tempat letak kereta berdekatan sekolah. 

Kate dikatakan menangis ketika dijatuhkan hukuman tiga tahun tiga bulan. Dan dia sekurang-kurangnya perlu menduduki hukuman itu selama dua tahun 3 bulan sebelum dia kemukakan rayuan untuk keluar dari penjara. 

Mula berhubungan sejak 2018

kesan gangguan seksual

Guru itu mengemukakan kenyataannya dengan berkata dia sudah berkenalan rapat dengan murid berkenaan sejak hujung tahun 2018. Mereka pernah bercium dan meraba satu sama lain atas kerelaan masing-masing. 

Kejadian itu berlaku di dua lokasi berlainan iaitu di stor dan di tempat letak kereta. Smith juga dikatakan pernah menghantar gambar payudaranya dan video dia menyentuh kemaluannya sendiri kepada murid lelaki berkenaan. Malah murid lelaki itu juga membalasnya dengan gambar lucah murid tersebut. 

Malangnya Kate mendapat tahu gambarnya sudah tersebar ke murid-murid lain di sekolahnya. Dan dari situlah hubungan mereka berakhir.

Murid lelaki itu akhirnya memberitahu ibunya mengenai kejadian tersebut, lantas ibunya terus membuat laporan polis!

Kate akhirnya ditangkap selepas polis membuat siasatan. Guru itu mengaku bersalah dibawah tuduhan jenayah seksual terhadap kanak-kanak, menyerang secara seksual seseorang di bawah umur 16 tahun. 

Dia memberitahu Newcastle District Court bahawa dia tidak mahu mengadakan hubungan seks bersama budak lelaki tersebut, dia cuma ingin mengalih perhatian dia daripada masalah rumah tangga yang dihadapi ketika itu. 

Kata Kate dia kurang keyakinan diri selepas mengalami masalah penampilan diri dan pemakanan, dia cuma mahu berasakan dirinya cantik seperti dulu. 

Ketahui jika anak mangsa seksual 

kesan gangguan seksual

Berikut adalah beberapa tanda penderaan seksual pada anak yang boleh anda perhatikan:

  • Perubahan sikap seperti cepat marah, menangis atau menyendiri
  • Tekanan dan depresi meningkat
  • Takut ketika berseorangan dengan seseorang
  • Menunjukkan sikap yang tidak sesuai dengan umur atau tahu tentang bahasa atau perbuatan seksual

Kesan gangguan seksual yang boleh berkekalan hingga meningkat dewasa adalah:

  • Gangguan tekanan selepas trauma (PTSD)
  • Depresi dan keinginan untuk membunuh diri
  • Masalah dan tekanan seksual
  • Bermasalah dalam berhubungan
  • Kurang keyakinan diri dan tak menjaga penampilan diri
  • Ketagih dadah atau alkohol, suka mencederakan diri sendiri dan gangguan makan

Salah satu cara untuk mencegah penderaan seksual pada kanak-kanak adalah meningkatkan kesedaran dan menyiapkan anak anda dengan skil melindung diri.

kesan gangguan seksual

Bagaimana nak bercakap dengan anak tentang penderaan seksual?

Dalam artikel untuk Huffington Post, Mary L. Pulido, Pengarah Eksekutif Masyarakat New York dari Jabatan Pencegahan Kekejaman Terhadap Kanak-Kanak berkata, ibu bapa perlu mula mendidik anak-anak tentang penderaan seksual dan bagaimana mereka boleh melindungi diri mereka seawal yang mungkin.

Salah satu cara yang anda boleh lakukan dari awal adalah dengan merujuk bahagian peribadi anak anda dengan anatomi yang betul: zakar, faraj, punggung dan payudara.

Jika anda tak selesa, anda boleh rujuk sebagai “bahagian peribadi/sulit”. Ini akan memudahkan anda untuk bercakap tentang cara untuk melindungi diri mereka dari pemangsa bila tiba masa yang sesuai.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Daily Mirror UK

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
How Can I Improve My Child’s Nutrient Absorption?
How Can I Improve My Child’s Nutrient Absorption?
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
The Five Pillars of Resilience – Why We Need Resilient Children Now
The Five Pillars of Resilience – Why We Need Resilient Children Now

Rang Undang-Undang Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Guru Perempuan Dipenjara Akibat Mencium & Meraba Murid Lelaki Berusia 14 Tahun
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham