Isu keselamatan anak-anak sepatutnya menjadi keutamaan kita para ibu bapa. Salah satu aspek penjagaan bayi yang kita patut kita berikan perhatian adalah isu pertolongan cemas.
Adakah anda tahu cara-cara untuk mengendalikan bayi yang terhenti nafasnya? Adakah anda tahu apa hendak buat apabila bayi anda tidak sedarkan diri? Di sini, kami ingin kongsikan dengan anda teknik CPR untuk bayi, yang kami rasakan penting untuk anda, sebagai ibu bapa, tahu!
Apakah itu CPR?
CPR, atau nama panjangnya cardiopulmonary resuscitation, merupakan satu kaedah pertolongan cemas yang diberikan kepada seseorang yang tidak bernafas.
Ia menggunakan teknik tekanan pada dada pesakit dan memberikan bantuan penyaluran oksigen kepada seseorang yang tidak sedarkan diri.
Jika bayi anda berhenti bernafas secara tiba-tiba, ia adalah sangat penting untuk anda memberikan CPR kepada si kecil ini. Ini adalah supaya bekalan oksigen dalam sistemnya dapat dikekalkan.
Jika bekalan oksigen ini terhenti, ia boleh mengundang bahaya. Seperti contoh kerosakan otak, dan yang paling teruk, kematian.
Perbezaan CPR Untuk Bayi, Kanak-Kanak dan Orang Dewasa
Kalau anda hendak tahu, CPR yang diberikan kepada seseorang itu adalah berbeza mengikut umur pesakit tersebut. Kenapa kita tidak boleh memberikan teknik CPR orang dewasa kepada anak kita?
Ia adalah kerana struktur fisiologi dan tulang mereka berbeza. Jadi, jika anda menggunakan CPR orang dewasa kepada si kecil anda, sebenarnya ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.
Untuk memudahkan anda faham, berikut merupakan antara contoh perbezaan fisiologi antara kanak-kanak dan orang dewasa:
- Tulang kanak-kanak lebih fleksibel dari orang dewasa
- Salurang pernafasan kanak-kanak lebih kecil
- Lidah kanak-kanak lebih panjang, secara kadarannya, berbanding dengan saiz mulut mereka
Begitu jugalah dengan bayi. Disebabkan struktur badan mereka yang lebih kecil dan rapuh, maka, teknik seperti menekan tangan pada dada kecil mereka adalah tidak sesuai kerana ia mampu mencederakan mereka.
Jadi, Apakah Teknik CPR Untuk Bayi?
Untuk bayi anda yang berusia di bawah umur setahun, berikut merupakan teknik CPR yang patut anda pelajari.
- Langkah 1 – Telentangkan bayi anda di atas lantai (permukaan yang rata dan keras).
- Langkah 2 – Lihat sama ada bayi itu bernafas. Turunkan kepala anda, letakkan telinga anda pada mulut mereka. Rasai pernafasan mereka. Lihat dada bayi, lihat sama ada ia bergerak ke atas dan ke bawah.
- Langkah 3 – Setelah anda pastikan si kecil anda tidak bernafas, segera telefon talian kecemasan 999.
- Langkah 4 – Sementara menunggu pihak ambulans sampai, lakukan teknik CPR.
- Langkah 5 – Letakkan dua jari pada dada bayi. Tekan jari anda sedalam lebih kurang 1 setengah inci pada dadanya. Ulang sebanyak 30 kali.
- Langkah 6 – Selepas itu, tekan kepala bayi ke belakang sedikit.
- Langkah 7 – Berikan pernafasan sebanyak 2 kali hembusan ke mulut bayi anda. Lihat sama ada dada bayi naik sewaktu anda memberikan hembusan.
- Langkah 8 – Ulangi langkah 5 ke 7 sehingga bayi anda kembali bernafas atau sehingga pihak ambulans sampai.
Seperti yang anda lihat, teknik CPR untuk bayi adalah mudah. Namun, impaknya kepada bayi yang tidak bernafas sangat besar – ia dapat mengelakkan kecacatan otak dan menghindari kematian!
Kalau anda hendak melihat demo cara-cara memberikan bantuan pernafasan kepada anak kecil, tonton video tutorial CPR untuk bayi di bawah ini.
Nombor talian kecemasan
Selain 999 untuk panggilan sebarang kecemasan sama ada bahagian kesihatan atau keselamatan.
Nombor kecemasan Malaysia yang lain harus diingat supaya dapat membantu individu yang berada dalam keadaan tertentu yang memerlukan bantuan 24 jam.
Operator yang bertugas di bawah Telekom Malaysia TM akan memberi respon terhadap setiap panggilan kurang dari 10 saat dan mengambil beberapa maklumat ringkas. Setelah itu, mereka akan mengalihkan panggilan kepada unit berkenaan.
Talian NUR
Ini kerana, risiko untuk mendapat kecederaan atau sesuatu yang mengancam kehidupan dan keselamatan kanak-kanak harus diutamakan.
Meskipun tidak terdapat tanda fizikal namun kanak-kanak tersebut mungkin boleh merasa rendah diri atau menjadi ganas atau kasar akibat pengabaian dan penderaan yang dilakukan terhadap mereka.
Nombor talian – 15999
Persiapkan diri anda dengan teknik pertolongan cemas yang penting ini dan pastikan anak anda berada dalam keadaan yang selamat sentiasa!
Baca juga: Nombor Talian Kecemasan Malaysia Yang Anda Perlu Tahu!