Kembar usia 6 bulan didera dan hampir mati dicekik oleh ibu sendiri!

Beberapa video tular menunjukkan seorang ibu dera anak kembarnya dan cuba untuk membunuh salah seorang dari mereka dengan mencekik leher bayi usia 6 bulan.

Beberapa video telah tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan sepasang kembar didera oleh ibu sendiri.

Tak ada siapa yang tahu apa yang sebenarnya berlaku dan dari mana datangnya video ini. Netizen telah berkongsi video ini sehingga tular dengan harapan ibu dera anak ini akan ditangkap.

Ibu dera anak kembar dengan kejam

Video-video ini dirakam sendiri oleh ibu ini sambil berulang-kali menampar dan memukul bayi kembarnya di kepala dan mencampak mereka ke atas lantai.

Kedua-dua bayi perempuan kembar ini baru saja berusia enam bulan. Salah satu dari video ini menunjukkan ada darah keluar dari mulut salah seorang dari mereka.

Bayangkan, bayi yang hanya berusia 6 bulan menjerit dan menangis kerana didera tanpa henti oleh ibu sendiri…

Bukan itu saja, dalam video yang lain pula, anda boleh dengar suara ibu ini memberitahu salah seorang dari bayinya “Hari ini, aku akan bunuh kau!” sambil mencekik bayi yang masih rapuh ini.

Ibu kejam itu kemudiannya mencekik anaknya dengan kuat sehingga bayi ini tak mampu untuk menangis. Apa yang dapat didengar dari video ini adalah beberapa cubaan untuk bernafas sambil mata bayi berusia 6 bulan ini berkaca dan mula hilang fokus.

Ibu dera anak: Penguatkuasa Saudi menyelamatkan kembar malang ini

Berita kemudiannya melaporkan video ini asalnya dari Arab Saudi. Video ini kemudian tular di Twitter dan rakyat mula tag Menteri Perkembangan Buruh dan Sosial Saudi supaya mengambil tindakan.

Pencarian mula dijalankan oleh penguatkuasa Saudi di atas media sosial. Mereka akhirnya dapat mengenalpasti orang yang memuat naik video-video ini.

Mohamad Al Hashdi memberitahu penguatkuasa yang dia mengenali keluarga bapa kembar ini. Dia juga mengatakan yang video-video ini dirakam oleh wanita dari Somalia yang tinggal di Arab Saudi.

Semasa memuatnaik video-video ini, Mohamad Al Hashdi merayu kepada orang-orang Saudi untuk menyelamatkan kembar malang ini kerana atuknya tak boleh mengambil mereka.

Rupa-rupanya, ibu bapa bayi kembar ini telah bercerai dan ibu ini tak mendapat sebarang bantuan kewangan dari bapa mereka. Oleh kerana itu, ibu ini membuat keputusan untuk merakamkan video dia mendera anak-anaknya.

Dia kemudiannya menghantar video-video ini kepada bekas suaminya untuk mendesak bekas suaminya untuk memberinya duit.

Pihak berkuasa akhirnya berjaya mengetahui lokasi kembar ini di Jeddah. Mereka diambil dari ibu ini dan dihantar ke hospital untuk rawatan. 

Ibu dera anak: Keganasan dosmetik

Kembar yang didera oleh ibu mereka sendiri ini kemudiannya diserahkan kepada saudara bapa mereka.

Dalam temubual bersama Alekhbariya TV, jurucakap dari kementerian mengatakan yang ini adalah kes keganasan domestik dan kembar ini tak akan berjumpa dengan ibu mereka lagi.

Setakat ini, keadaan kesihatan mental si ibu belum diketahui. Walau bagaimanapun, apa pun alasannya, kekejaman ibu ini memang tak dapat nak dibayangkan.

Video-video penderaan ini sangat mengganggu dan tak akan ditunjukkan di sini. Tapi jika anda sanggup untuk melihatnya, anda boleh tengok video-video ibu dera anak ini di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Artikel asal ditulis oleh Rosanna Chio; diterjemah dengan keizinan dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtrauma-tumpul-kes-kematian-bayi

Penulis

Nadia Ghafar