Bayi mati dipijak, dipukul dan dicucuh rokok oleh ibu sendiri! Sampainya hatimu wahai ibu....

perkongsian cerita yang sungguh menyayat hati

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lagi kes ibu dera bayi hingga mati...

Kes ibu dera bayi kini semakin berleluasa di kalangan masyarakat kita. Apakah anda sanggup melihat anak kecil anda menangis dan meratap memohon simpati daripada anda?

Bagaimana seorang ibu boleh mendera bayi sendiri sedangkan ibu itu yang penat-penat mengandungkan anaknya selama 9 bulan???!!!

Tapi inilah yang terjadi kepada bayi berusia 15 bulan, Kalista Geysa Oktavia apabila ibu kandungnya Sinta, 27 tahun mendera bayi tersebut kerana masalah kewangan keluarga. Kejadian berlaku di Karawang Indonesia.

Menurut laporan Tribunnews dan media tempatan, bayi malang itu turut didera oleh teman lelaki ibunya dengan pelbagai bentuk penderaan termasuk tubuhnya digigit, dipijak, dipukul dan dicucuh puntung rokok.

Akibat daripada itu, Kalista dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital kerana mengalami kecederaan teruk.

Penyeksaan anak kecil itu berakhir apabila beliau menghembuskan nafas terakhir pada 25 Mac lalu selepas dimasukkan ke hospital sejak 10 Mac.

Selepas disiasat pihak polis, Sinta mengaku bersalah dengan pertuduhan ibu dera bayi itu kerana ingin melepaskan tekanan yang dialami. Lantas dia dibawa ke muka pengadilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalista merupakan anak hasil perkongsian hidup ibunya dengan suami pertama. Hasil daripada perkahwinan itu, Sinta ada seorang lagi anak berumur 6 tahun dan anak itu kini di bawah jagaan pusat perlindungan sementara sehingga kes selesai.

Ibu dera bayi punca dari masalah ekonomi? 

Tak masuk dek akal apabila masalah ekonomi menjadi punca ibu dera bayi ini. Tidakkah ibunya punya sifat perikemanusian terhadap insan sekecil itu?

Bahkan, dengan penderaan, masalah kewangan keluarga tidak akan jumpa jalan keluar.  

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hentikan penderaan terhadap kanak-kanak!

Melindungi kanak-kanak daripada keganasan seperti ibu dera bayi memerlukan penglibatan semua pihak. Ibu bapa berperanan menyediakan keperluan asas anak-anak dari sudut mengasuh, bimbingan dan perlindungan.

Mendidik dan membesarkan anak-anak adalah satu tugas mencabar. Adakalanya, orang dewasa berkelakuan tidak baik hingga membahayakan diri anak-anak.

Seperti kes ibu dera bayi ini. Ia berlaku disebabkan tekanan, emosi yang tak stabil dan kurangnya didikan agama.

Masalah yang dihadapi mungkin terselindung dan tidak disuarakan lantas jalan terakhir membuat penderaan terhadap anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut antara 13 bentuk penderaan fizikal pada kanak-kanak

  • Pukulan yang sebabkan lebam dan pendarahan
  • Memukul bayi kecil untuk melatih dan memahami yang betul dan salah.
  • Menendang dan menumbuk
  • Menolak pada objek keras hingga terjatuh
  • Membengkok atau memusingkan tangan dan kaki
  • Meletakkan tubuh si kecil pada objek panas, atau bahan yang mudah lecur kulit. Contohnya meletakkan seterika pada kulit atau menggosok cili pada bibir.
  • Memukul kerana marah dan kecewa terhadap sesuatu perkara yang tak ada kene mengena dengannya.
  • Menghukum secara keterlaluan. Contohnya anak membuang air kecil dalam seluar.
  • Memukul di bawah pengaruh dadah dan alkohol.
  • Mendera dengan cara tidak memberikan kanak-kanak makan atau minum.
  • Menyuruh berdiri di luar panas matahari.
  • Menarik kasar rambut
  • Mengunci di ruang sempit

Layan anak dengan penuh kasih sayang

Perhatian dan layanan kasih sayang adalah wajar buat bayi kecil. Adakalanya tangisan bayi yang berterusan membuatkan ibu bapa kurang sabar.

Tapi cubalah beristighfar dan bertenang terlebih dahulu serta cuba penuhi apa yang anak kecil minta seperti mungkin dirinya lapar atau mengantuk.

Jangan sekali-kali menggoncang, menumbuk atau memukul bayi untuk menghentikan mereka daripada menangis. Tindakan tersebut berbahaya dan boleh mengakibatkan kematian!

5 contoh penderaan emosi

  • Memarahi dan mengkritik
  • Sentiasa membuat perbandingan antara kanak-kanak yang baik dan tidak atau pandai dan kurang bijak.
  • Tidak mempedulikan kanak-kanak seperti tidak memberi makanan dan minuman.
  • Menggunakan kata-kata kasar kepada anak seperti tidak berguna, bodoh dan sebagainya.
  • Membiarkan anak melihat babak ganas dan menakutkan.

Sebagai masyarakat perihatin, sekiranya terdapat kes ibu dera bayi ini berleluasa di kawasan anda, segera buat laporan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak terbabit. Tindakan pantas anda boleh membantu menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak.

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Tribunnews, Astro Awani, My Positive Parenting

Kredit foto: Tribunnews

 

Baca juga: