Penyakit meningitis pada bayi mudah tersebar
Sedarkah ibu bapa semua tentang keadaan troli pasaraya yang anda selalu guna itu sebenarnya kotor? Malah, ia juga boleh menyebabkan jangkitan meningitis pada bayi!
Hal ini dialami sendiri oleh seorang ibu yang berasal dari Australia ini. Vivienne Wardrop tidak menyangka anak perempuannya yang baru berusia 10 bulan itu terkena jangkitan meningitis pada bayi gara-gara troli pasaraya.
“Tiba-tiba, anak saya kehilangan hampir 10% berat badannya. Malah, badannya juga membengkak kerana dia tidak dapat menerima air. Saya menangis setiap hari melihat keadaan anak saya,“ luah ibu tersebut.
Setelah pelbagai proses pemeriksaan dan ujian dijalankan pakar, doktor akhirnya mengesahkan Logan, bayi terbabit, telah terkena jangkitan virus adenovirus, rotavirus, keracunan salmonella dan meningitis pada bayi gara-gara troli pasaraya yang tidak bersih.
Tambah doktor lagi, hanya dari troli pasaraya saja yang boleh menyebarkan virus berbahaya ini.
Jangkitan meningitis pada bayi boleh disebar oleh troli pasaraya yang kotor
Sebuah kajian turut membuktikan hampir 50% troli pasaraya mengandungi bakteria E.coli, Manakala, 72% troli ini juga mempunyai kotoran yang mampu menyebabkan ketidakselesaan perut.
“Jika dicampurkan semuanya sekali, terdapat hampir 138,000 bakteria setiap persegi troli pasaraya itu. Ia lebih banyak daripada bakteria dalam tandas awam!” jelas Dr Donna Duberg, pakar dan profesor di Universiti Saint Louis.
Tidak hairanlah jika dengan jumlah yang sebegitu besar, semua bakteria ini mampu membuatkan orang dewasa sakit. Apatah lagi kanak-kanak dan bayi! Bayi mempunyai sistem kekebalan tubuh badan yang masih belum berkembang.
Meningitis pada bayi adalah risiko yang tinggi. Ada kes bayi kehilangan 4 anggota tangan dan kakinya kerana jangkitan ini!
Bahaya jangkitan meningitis pada bayi atau anak anda
Seperti yang kami jelaskan sebelum ini, jangkitan meningitis boleh membawa maut. Menurut pakar, meningitis adalah istilah perubatan yang diguna untuk menggambarkan jangkitan atau keradangan pada bahagian meninges (selaput pelindung).
Selaput ini melindungi otak dan saraf tulang belakang. Meningitis biasanya terjadi akibat jangkitan atau virus.
Ketika meradang, meninges akan membengkak. Sistem saraf dan otak boleh rosak gara-gara jangkitan ini. Antara tanda-tanda meningitis pada bayi yang wajar ibu ayah tahu ialah:
- Demam
- Sakit kepala
- Leher terasa kaku
- Tidak terlalu sedar (atau seperti pening dan kebingungan)
- Muntah
- Fotofobia
- Kepekaan terhadap cahaya meningkat
Biasanya, anak-anak akan cepat meragam dan menangis malah akan sakit kepala jika terkena jangkitan meningitis ini. Umumnya, meningitis disebabkan oleh bakteria streptococcus grup B, Escherichia coli, listeria monocytogenes.
Langkah kebersihan untuk mengelak jangkitan meningitis pada bayi
Selepas mengetahui bahaya yang terdedah pada anak kita ini, ibu bapa pasti akan resah dan ingin membeli tisu basah anti bakteria atau hand sanitizer, kan? Tapi jangan terburu-buru.
Meskipun anda perlu berhati-hati dengan jangkitan yang berbahaya ini, atau kuman-kuman dan virus lain, namun ibu bapa tidak sewajarlah terlalu berlebihan dalam menjaga kebersihan.
Pakar imunologi, Amy Shaw mendedahkan “kebersihan yang terlalu bersih mendorong alahan pada makanan dan asma. Ini kerana imun badan tidak terdedah pada bakteria di peringkat awal.”.
Maksudnya apa? Jangan jaga kebersihan ke? Tidak… Anda harus sedar dan peka tentang kebersihan, tapi jangan terlalu “gila” bersih.
Salah seorang ibu mendedahkan dia akan membawa selimut jika ingin meletakkan anak dalam troli pasaraya. Ini agar anak terlindung daripada menyentuh sebarang kuman atau bakteria.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Sentuh Haiwan Di Zoo, Dua Beradik Ini Maut Kerana Jangkitan E-Coli!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!