Kajian: Anak Akan Lebih Berkelakuan Baik Jika Ibu Ajar Disiplin Dengan Tegas

Adakah ibu anda dulu tegas juga? Bagaimana dengan anda? Adakah anda tegas dengan anak-anak? Kongsi pengalaman anda!

Dulu zaman ibu bapa dengan disiplin yang tegas!

Saya masih ingat cara disiplin ibu saya semasa saya kecil lagi: ibu saya tegas macam naga.

Ironiknya, ibu saya memang lahir tahun naga pun mengikut kalendar cina.

Saya perlu melipatkan selimut apabila bangun, menghabiskan makanan sehingga pinggan saya bersih, menyiapkan semua kerja rumah saya dan sentiasa berkelakuan baik.

Zaman saya masih zaman “makan rotan” dan ibu hanya perlu pakai ekor mata sahaja, dan kami akan menggigil ketakutan. Jangan tanya siapa yang akan kena rotan kalau terdapat tulisan pen merah dan kad laporan. 

Saya mengaku memang sakit telinga ketika membesar, tetapi menurut seorang pakar, ibu yang tegas ada kebaikkannya.

Sumber: Shared

Kanak-kanak akan lebih berjaya jika ibu ajar disiplin dengan tegas

Erica Rascon, seorang professor dari University of Essex telah melakukan kajian dan mendapati ibu-ibu yang tegas telah membesarkan anak yang berjaya

Kajian itu telah mengkaji lebih daripada 15 000 kanak-kanak berumur 13-14 tahun antara 2004 dan 2010. 

Menurut Rascon –  

 “kajian ini juga mengkaji harapan ibu untuk anak-anak mendapatkan pendidikan tinggi.”

Kanak-kanak dengan ibu yang berharapan tinggi akan membesar dengan perasaan dilindungi dan seterusnya menjadi orang yang lebih yakin.

Hasil kajian menunjukkan bahawa anak perempuan dengan ibu-ibu yang tegas mempunyai peluang yang lebih rendah (4%) untuk hamil.

Kanak-kanak dengan ibu yang tegas juga lebih cenderung untuk menghabiskan persekolahan di kolej dan mendapat pekerjaan yang baik

Sumber: Pinterest

Pelbagai kajian juga telah mendapati kanak-kanak dengan ibu bapa yang berwibawa – tegas tetapi juga penyayang– akan menjadi lebih cekap daripada rakan sebaya semasa membesar. 

Kajian itu juga menunjukkan  anak-anak perempuan yang mempunyai ibu bapa yang selalu ‘bersahaja’ lebih cenderung untuk mempunyai harga diri yang rendah atau terjebat dalam kegiatan yang tidak baik.

Faedah jangka panjang bagi ibu yang tegas

Mungkin sesetengah kanak-kanak akan menganggap ibu mereka keterlaluan atau tidak sayang dengan mereka.

Tetapi sebenarnya ibu anda ada sebab-sebabnya. Mungkin anda tidak akan faham mengapa ibu selalu bersikap tegas apabila mendisiplinkan anda, tetapi satu hari nanti anda akan faham.

Masa itu anda akan tahu dan menghargai semua usaha ibu ketika membesarkan anda, dan anda akan turut cuba mengamalkan pendekatan yang sama untuk anak-anak anda.

Sumber: Hangover Cure dan Daily Mail

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Campur tangan ketika pasangan sedang mendisiplinkan anak, perlu atau tidak?

 

Penulis

Rosanna Chio