Bolehkah Ibu Hamil Pakai Koyok Plaster? Apakah Kesannya Kepada Janin?

Apabila tubuh lenguh, kita akan menggunakan koyok untuk merasa lega. Tetapi bagaimana pula ibu hamil pakai koyok plaster, adakah ia dibolehkan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadangkala tubuh rasa sakit dan lenguh pada bahagian tertentu, dan koyok plaster akan menjadi pilihan untuk mengatasinya. Tetapi bagaimana pula jika ibu hamil pakai koyok plaster, adakah ia dibolehkan?

Menurut Dr. Mega Muzdalifah dari laman Alodokter, sehingga kini masih belum ada kajian medikal dan kenyataan dari mana-mana sumber yang menyatakan ibu hamil pakai koyok plaster itu adalah tidak berbahaya.

Malah ada yang menyatakan adalah lebih baik bagi ibu hamil mengelakkan penggunaan koyok plaster ketika hamil.

Ibu Hamil Pakai Koyok Plaster: Kandungan Dalam Koyok

Hal ini adalah kerana koyok mengandungi menthol dan analgesik (methyl salisailat). Begitu juga krim analgesik yang biasanya mengandungi salisilat, diklofenak atau jenis ubat antiinflamasi nonsteroid (OAINS) lainnya.

Buat pengetahuan ibu, penggunaan OAINS baik dengan cara diminum atau melalui suntikan pada ibu hamil adalah tidak disarankan sama sekali kerana ia memicu gangguan kehamilan dan kecacatan janin.

Walaupun demikian, produk dengan kandungan OIANS jika dipakai pada bahagian kulit adalah dibenarkan, kerana ubat sapu hanya akan memberi kesan pada bahagian atas kulit.

Namun sebaiknya digunakan secara berhati-hati dan tidak berlebihan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bolehkah Ibu Hamil Pakai Koyok Plaster?

Para doktor dan bidan seringkali menasihati wanita hamil untuk sentiasa berhati-hati apabila menggunakan apa jua sumber yang menghasilkan sumber panas.

Contohnya, mandi air panas ataupun berendam dalam hot bath semasa kehamilan.

Suhu panas dipercayai berbahaya kepada ibu hamil kerana boleh mempengaruhi perkembangan janin, malah peningkatan suhu tertentu boleh menyebabkan kelainan pada bagi setelah dilahirkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu, beberapa wanita hamil risau untuk memakai koyok kerana ia juga dapat menyalurkan suhu panas kepada mereka, yang mungkin boleh memberi kesan kepada suhu bayi juga.

Namun berbeza dengan berendam dan mandi dengan air panas, penggunaan koyok pada bahagian tubuh yang lenguh atau krem tidak akan menaikkan suhu tubuh anda. Namun sekiranya penggunaan koyok terasa menyakitkan atau tidak selesa, hentikan penggunaan dengan serta merta.

Mengurangkan Risiko Pada Janin Sekiranya Ibu Hamil Pakai Koyok Plaster

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kurangkan penggunaan koyok pada trimester pertama kerana ini adalah waktu paling berisiko tubuh mengalami kenaikan suhu.
  2. Jika anda merasa terlalu panas dan keluar peluh semasa menggunakan koyok, sebaiknya berhentilah menggunakannya.
  3. Pakai koyok hanya 10 minit atau kurang.
  4. Sekiranya ibu hamil pakai koyok dan merasa ada perubahan pada gerakan bayi, hentikan segera pemakaian koyok.
  5. Hindari penggunaan sumber panas lainnya pada waktu serentak. Misalnya, jangan menggunakan pengering rambut dan koyok pada masa yang sama.
  6. Ibu hamil yang mengalami perdarahan atau pecah air ketuban disarankan untuk tidak menggunakan koyok kecuali mendapat keizinan doktor.

Semoga bermanfaat.

Kenapa saya selalu sakit badan menjelang malam hari?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Finna Prima Handayani dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comubat-batuk-untuk-ibu-mengandung/

Penulis

Beto Rahman