Apa Jadi Pada Bayi Jika Ibu Hamil Tidak Menjaga Pemakanan?

Semua wanita tahu mereka perlu mengamalkan pemakanan yang sihat ketika hamil. Tapi, tahukah anda apa kesannya pada bayi jika ibu hamil tak jaga pemakanan?

Kepentingan Pemakanan Yang Sihat Ketika Hamil

Antara perkara yang sering ditekankan oleh mana-mana pihak kepada wanita hamil, ialah PEMAKANAN.

Pemakanan pula bukan makan secara sembarangan! Tapi, wanita hamil kena mengamalkan pemakanan yang sihat.

Ya, dari doktor, jururawat hinggalah ke bidan. Semuanya akan menekankan tentang pentingnya untuk ibu hamil menjaga pemakanan.

Sudah tentu anda tahu, mengapa pentingnya untuk ibu hamil menjaga pemakanan mereka.

Kaitan:

Mitos Ibu Hamil Perlu Makan Untuk Dua Orang

Selain untuk kesihatan si ibu yang hamil, pemakanan yang sihat amat penting untuk tumbesaran dan kesihatan si kecil yang ada dalam rahim ibu itu.

Namun, tahukah anda apa yang terjadi jika anda tidak menjaga pemakanan anda ketika hamil?

Berikut adalah beberapa contoh kesan kepada bayi jika ibu hamil tidak menjaga pemakanan:

4 Kesan Daripada Pemakanan Ibu Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan

1 – Kematian

Ia memang boleh jadi seteruk ini, percayalah!

Ibu hamil yang kurang zat atau kurang makan, boleh membawa kepada kematian bayi di dalam kandungan atau lebih malang – wanita tersebut akan melahirkan anak yang tidak cukup zat lalu meninggal. 

Walaupun kes seumpama ini sangat jarang berlaku, namun ia tetap boleh terjadi. 

Contohnya ibu hamil yang mengalami masalah pemakanan seperti aneroksia atau bulimia mempunyai risiko kematian bayi yang sangat tinggi.

Selalunya, jika tidak menyebabkan kematian, kekurangan zat akan membawa kepada kecacatan neurologikal atau fizikal. Kecacatan ini boleh membawa maut.

2 – Tumbesaran Si Kecil Terbantut

Jika anda cukup makan namun tidak memenuhi keperluan zat, masalah lain pula boleh timbul!

Bayi di dalam kandungan anda mempunyai risiko terbantut pertumbuhannya.

Terbantut pertumbuhan boleh dilihat sama ada saiz kanak-kanak terbabit akan menjadi terlalu kecil atau menghadapi komplikasi kesihatan lain.

3 – Kecacatan neurologikal

Nutrisi sangat mempengaruhi pertumbuhan otak bayi.

Nutrisi yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kecacatan neurologikal. Antara kesan kecacatan otak ialah mengalami masalah pembelajaran.

4 – Berat bayi tidak mencukupi ketika lahir

Bayi yang lahir akan ditimbang dan bayi mempunyai skala berat minimum. Namun berat yang ringan tidak semestinya tidak cukup nutrien.

Tetapi bagi bayi yang memang tidak cukup nutrien, sangat tinggi kemungkinannya untuk mereka tidak cukup berat badan.

Mereka akan terpaksa dimasukkan ke dalam wad khas bagi memantau kesihatan mereka.

Ini hanyalah sebahagian sahaja kesan yang menimpa pada kandungan jika ibu hamil tidak menjaga pemakanan.

Tetapi dari sini kita sudah boleh lihat mengapa semua pihak sangat mementingkan pemakanan ibu hamil. 

Sumber Rujukan: love to know

Anda nak tahu apa yang perlu dimakan ketika anda hamil? Cuba baca kajian seperti di bawah:

Berapa Berat Badan & BMI Ideal Untuk Ibu Hamil Agar Tidak Menjejaskan Diri & Janin?

Anak Mungkin Obese Jika Ibu Hamil Selalu Minum Air Gas

 

Penulis

Aqma