Ibu Hamil Tidur Terlentang Tinggi Risiko Bayi Lahir Mati, Ini Yang Perlu Anda Tahu!

Ibu hamil tidur terlentang tidak digalakkan kerana boleh memberikan kesan sampingan terhadap janin dalam kandungan. Ini perkara yang mungkin anda tidak tahu!

Mendapatkan posisi tidur yang selesa apabila usia kandungan semakin meningkat mungkin menjadi masalah buat anda. Namun, perlu berhati-hati kerana ibu hamil tidur terlentang boleh mendatangkan kesan bahaya terhadap bayi dalam kandungan.

Berdasarkan sebuah kajian dari negara New Zealand yang diterbitkan dalam Journal of Physiology, posisi tidur terlentang ketika kehamilan trimester terakhir meningkatkan risiko bayi lahir mati. Apakah puncanya?

Kesan buruk ibu hamil tidur terlentang

#1. Boleh menyebabkan risiko kehilangan nyawa

credit to sources

Menurut jumlah yang dikeluarkan oleh WHO, angka kelahiran bayi lahir mati mencecah 2.6 juta setiap tahun di seluruh dunia terutamanya negara berpendapatan rendah dan menengah.

Lahir mati adalah suatu keadaan di mana bayi meninggal dunia dalam kandungan ibu setelah usia kehamilan 20 minggu. Sekiranya bayi mati sebelum kandungan mencapai 20 minggu, ia dipanggil sebagai keguguran.

Salah satu punca risiko ini terjadi berkait rapat dengan tabiat ibu hamil tidur terlentang. Pasukan peneliti dari University of Auckland dalam Journal of Physiology mendapati bahawa ibu mengandung trimester ketiga yang menikmati waktu tidur dengan posisi terlentang dapat memberikan tekanan pada janin.

#2. Masalah sukar bernafas ketika tidur (sleep apnea)

Selain itu, tabiat tidur secara terlentang ketika mengandung turut menyebabkan anda mengalami masalah sukar mendapatkan tidur yang berkualiti.

Posisi tidur dengan terlentang ini akan memburukkan lagi keadaan, di mana pernafasan menjadi terganggu (berulang kali terhenti) sepanjang malam. Sekiranya kandungan anda dalam kategori berisiko tinggi, bekalan oksigen tidak mencukupi boleh meningkatkan kemungkinan bayi lahir mati.

Apabila bayi dalam kandungan anda semakin membesar, dia akan lebih kerap menendang. Memandangkan waktu rehat ibu dan bayi tidak sama, tidur anda mungkin akan terganggu oleh tendangannya pada waktu malam.

#3. Risiko kelahiran bayi tidak cukup bulan

Kedudukan tidur terlentang semasa hamil turut dikatakan dapat meningkatkan risiko kelahiran pramatang.

Walau bagaimanapun, ia masih memerlukan penyelidikan lebih lanjut memandangkan terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkannya berlaku seperti komplikasi kehamilan, merokok atau gaya pemakanan tidak sihat ketika mengandung.

#4. Menghalang peredaran darah dalam tubuh

credit to sources

Menurut laman WebMD, ibu hamil tidak digalakkan tidur terlentang setelah usia kehamilan mencecah 5 bulan. Hal ini kerana ia memberikan tekanan berlebihan pada saluran arteri dan vena cava sehingga menghalang peredaran darah ke badan dan janin.

Keadaan ini turut memberikan kesan terhadap usus dan saluran darah dan mungkin mengakibatkan beberapa masalah seperti:

Kesan buruk atau bahaya wanita hamil yang tidur dengan posisi ini tidak akan terjadi dengan segera jika anda berada dalam tempoh kurang dari 2 jam. 

#5. Menyebabkan bayi kurang aktif bergerak

Salah satu tanda kehamilan anda mengalami masalah atau gangguan ialah bayi kurang aktif bergerak berbanding biasa. Menurut laporan oleh The Bump, janin yang tidak menerima bekalan darah dan oksigen mencukupi akan berisiko lahir mati.

Jika anda menyedari bahawa terdapat perubahan dalam gerakan bayi, cuba angkat kaki ke atas dan bertenang. Kadang-kala bayi akan tidur dan berehat panjang sehingga 45 minit menjelang penghujung kehamilan. 

Bukan itu sahaja, anda juga dinasihatkan untuk buat bunyi bising seperti mainkan muzik dengan kuat atau menghempas pintu, kemudian lihatlah tindak balas daripadanya.

Kedudukan tidur yang disyorkan dan dijamin selamat

credit to sources

Anda dinasihatkan untuk mengubah gaya tidur ke arah lebih selamat dengan mengiring ke kiri dan membengkokkan lutut sedikit. Posisi ini adalah yang terbaik kerana ia dapat memberikan keselesaan kepada ibu dan bayi.

Bukan itu sahaja, janin turut terhindar dari sebarang tekanan pada saluran darah besar di bahagian perut anda. Ia turut membantu fungsi jantung dan aliran darah dengan mudah ke semua bahagian organ badan yang penting.

Bukan itu sahaja, kedudukan mengiring ini turut dapat meningkatkan jumlah darah dan nutrisi sampai ke plasenta dan janin.

Jika anda memerlukan sokongan, anda boleh menggunakan bantal kehamilan bagi membolehkan anda tidur mengiring secara lebih lena. 

Sumber: Alodokter, Hello Sehat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.composisi-tidur-yang-betul