Gambar ibu menyusu dalam MRT telah menjadi viral

Share this article with other mums

Saya faham menyusukan anak adalah perkara yang normal, tetapi fikirkan sebentar jika ia mungkin boleh menyinggung perasaan orang lain, apabila dilakukan secara terbuka.

Gambar seorang ibu yang menyusukan anaknya tanpa menggunakan nursing cover dalam MRT, telah viral di Singapura. Kejadian tersebut telah menimbulkan perdebatan sama ada ibu patut menyusukan anak di khalayak ramai ataupun tidak.

Gambar Cheryl Lee telah diambil oleh seorang penumpang MRT pada hari Selasa (14 Mac), apabila suri rumah tersebut dalam perjalanan pulang selepas penyesuaian pakaian untuk pertandingan Mrs Singapura.

sumber gambar: MSSN

Di dalam gambar tersebut, Cheryl sedang memakai baju tiub, dan seolah-olah sedang memberi tumpuan kepada sesuatu pada telefon bimbit suaminya.

Dia sedang mendukung anak perempuan yang menyusu di dadanya, manakala anak lelakinya duduk bersebelahan dengan si suami.

Diterima dengan positif

Cheryl telah memberitahu akhbar Strait Times yang dia tidak sedar gambarnya telah diambil dan disiarkan di laman Facebook Must See Singapore News (MSSN).

Ibu kepada tiga orang anak tersebut, telah mengatakan bahawa dia “sedikit kecewa (gambar tersebut disebarkan)”, tetapi “sekurang-kurangnya gambar itu telah mendapat sambutan yang positif setakat ini”.

Ramai ibu-ibu telah memuji Cheryl kerana memberi keutamaan kepada anaknya. Ada pula menyeru orang ramai untuk berhenti menganggap ibu yang menyusukan anak sebagai sesuatu yang seksual.

Beberapa pengkritik telah mengatakan dia sepatutnya menyusu dengan kain penutup atau dengan cara lain supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.

Budaya Malaysia

Sebagai seorang ibu yang menyusu, saya bersetuju perbuatan menyusukan anak, tidak patut digambarkan sebagai sesuatu yang mengghairahkan. Sebenarnya, saya juga seorang ibu yang tidak akan rasa gelisah untuk menyusukan anak saya apabila diluar.

Tetapi oleh kerana sikap hormat dan bertolak ansur terhadap agama dan budaya negara kita, saya memilih untuk menyusukan anak dalam carrier atau dalam wrap (kain gendong) secara menutup. Hood yang ada pada carrier tersebut ataupun kain lebihan dari wrap boleh digunakan untuk menutup kawasan dada.

Ini tidak bermaksud semua ibu patut melakukan yang sama. Setiap ibu mempunyai pendirian dan keputusan sendiri untuk menyusukan anak secara terbuka ataupun tidak. Cuma satu je nasihat saya: Kita patut hidup saling menghormati antara satu sama lain.

Saya faham menyusukan anak adalah perkara yang normal, tetapi fikirkan sebentar jika ia mungkin boleh menyinggung perasaan orang lain, apabila dilakukan secara terbuka.

Saya bersimpati dengan ibu-ibu yang mempunyai anak yang tidak suka menyusu dalam nursing cover. Cubalah kaedah lain seperti carrier dengan hood ataupun ringsling. Mudah-mudahan anak akan menyesuaikan diri dan menyusu dengan lebih tenang.

Sumber: Strait Times

Breastfeeding