Seorang sukarelawan di tempat perlindungan mangsa keganasan domestik telah menulis dan mengkaji beberapa perkara tentang ibu-ibu dari tempat perlindungan dan perbezaan antara ibu gembira dan ibu pemarah.
Menurut pemerhatiannya, ini adalah beberapa perkara yang ada pada ibu gembira yang tak ada pada ibu pemarah.
8 perkara menarik yang ada pada ibu gembira dan tak ada pada ibu pemarah:
Ibu gembira tak mengharapkan kesempurnaan. Ini juga termasuk pada diri mereka sendiri.
Ibu yang gembira mengharapkan yang terbaik untuk diri dan anaknya. Tak ada orang yang sempurna. Ibu yang gembira tahu yang kita perlu belajar dari kesilapan.
Ibu gembira pentingkan kebahagiaan dan keceriaan. Orang yang gembira umumnya menjadi punca keseronokan.
Ibu gembira bukan saja menceriakan tempat dengan sikap positif mereka, tapi mereka juga sumber terbaik untuk kasih sayang. Kegembiraan mereka mudah berjangkit.
Ibu gembira pilih perjuangan mereka dengan hati-hati. Ibu yang gembira tak mengecilkan atau cari gaduh dengan perkara kecil dalam kehidupan anak mereka.
Ibu yang gembira tahu bila masa yang terbaik untuk masuk campur atau bertegas dan menghormati anak mereka. Anak-anak perlukan ruang untuk membesar dan ibu gembira akan membiarkan anak mempunyai sempadan mereka sendiri.
Ibu gembira adalah ibu yang jujur. Ibu yang gembira selalunya sentiasa berpegang pada janji dan mereka jujur dengan keluarga mereka.
Ibu gembira gemar bermain. Ibu bapa yang bermain dengan anak akan dapat masa merapatkan hubungan yang terbaik dengan anak mereka. Ibu gembira tak pernah takut atau tak mahu bermain dengan anak mereka di rumah atau di taman.
Ibu gembira adalah pendengar yang baik. Ibu gembira mempunyai kemampuan untuk memahami dan membantu anak-anak mereka. Bagaimana? Dengan mendengar dan ambil berat dengan masalah anak.
Ibu gembira menyampaikan kebihaksanaan mereka. Ibu gembira membantu anak mereka untuk mengembangkan minda mereka.
Mereka lakukan ini dengan belajar dengan anak mereka dan mengajar anak. Mereka tak lokek berkongsi ilmu dan bersemangat untuk belajar dengan anak mereka bagi membantu mereka.
Ibu gembira suka bergembira. Ibu yang gembira mahu bergembira dan mempunyai sikap yang positif. Sebab itu penting untuk ibu gembira kekal gembira kerana anak mereka akan mengikut contoh dari mereka!
Jadi, adakah anda ibu gembira atau ibu pemarah?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Penulis asal Santiago Santa Cruz dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.
Baca juga:
Nak Anak Gembira Dan Sihat? Keluarga Kena Kurang Guna Teknologi!