X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ini 7 Bukti Ibu Anda Adalah BFF Terbaik Di Seluruh Dunia!

4 min bacaan
Ini 7 Bukti Ibu Anda Adalah BFF Terbaik Di Seluruh Dunia!

Anda tahu tak anda ada ibu yang terbaik di dunia? Ibu anda itu merangkap penasihat, BFF dan wanita hebat yang sungguh tak ternilai! Ini 7 buktinya.

Hubungan antara seorang anak dengan ibunya mungkin kelihatan tak cukup rapat, tapi semua anak tahu nilai kasih sayang seorang ibu. Apabila kita sudah semakin besar dan bekeluarga ini, kita sedar ibu merupakan ibu yang terbaik kita pernah dapat!

Oleh sebab itu apabila kajian mengatakan ibu adalah BFF terbaik yang anak pernah dapat, saya setuju sangat! Masih ingat BFF anda? Kalau ada apa-apa, anda akan report pada BFF dulu. Dialah teman bergosip dan meluahkan perasaan. 

Well, guess what - ibu anda itu adalah BFF terbaik anda! Dan ini antara 7 bukti mengapa anda juga patut merasainya seperti itu juga:

1. Ibu BFF yang hebat sebab dia mahu yang terbaik untuk anda

ibu yang

Tiada siapa sehebat wanita ini. Orang lain mungkin akan ada hasad dengki tidak mahu anda berjaya atau "lebih" dari orang lain. 

Namun bukan dia! Sebab itu dia BFF terbaik yang anda pernah ada! Dia sanggup buat (berkorban) apa saja demi mendapatkan yang terbaik untuk anda. Semuanya demi anak-anaknya.

2. Ibu yang hebat akan selalu ada bila anda memerlukan

Waktu kita susah, siapa yang kita cari dulu? Tak kisahlah waktu malam atau siang, kita selalu bergantung pada ibu jika kita amat memerlukannya. Nak cari barang yang tak dijumpa dulu pun kita cari ibu dulu!

Sesiapa yang sudah kehilangan orang tua pasti akan merasai kesakitan kehilangan insan terbaik ini. Mereka pasti rindu nak telefon dan mengadu semua hal...

3. Dia tak pernah menipu kita

Kadang-kadang, kita mungkin akan berbeza pendapat dengan ibu kita dalam beberapa perkara. Tapi hati dan naluri ibu ini kuat dan lain macam, tahu? Apa yang mereka rasa/kata selalunya tepat.

Ingat tak bila kita tak minta pun pendapat ibu kita, tapi mereka tetap nak beri pendapat dan bantu kita? Itu sebab mereka tak mahu menipu dan inginkan yang terbaik.

4. Ibu yang terbaik sebab dia sanggup berkorban SEGALA-GALANYA!

ibu yang

Tiada orang lain yang mengandungkan kita selama 9 bulan selain si ibu. Tiada orang lain yang sanggup berjaga siang malam untuk mendodoi dan menyusukan kita selain si ibu.

Tiada siapa yang sanggup bersusah payah menguruskan rumah tangga dengan membesarkan anak-anak, melainkan si ibu. Dia sudah banyak berkorban untuk kita, anak-anaknya. 

5. Dia tak pernah bagi nasihat yang memburukkan keadaan

Tak seperti sesetengah BFF yang kita ada, ibu telah melalui pelbagai cabaran dalam hidupnya. Beliau sungguh bijak mengharungi cabaran itu dan akan menurunkan segala petua atau tips buat kita.

Percayalah ibu anda. Mereka beri nasihat kerana "sesuatu". Sesiapa yang sudah tiada ibu pasti akan merindu saat-saat menelefon ibu untuk meminta nasihat....

6. Dia tahu semua benda tentang anda

Tak payahlah nak menipu ibu kita. Semua benda dia sudah tahu dari anda, anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu. 

Apa saja yang anda buat, sama ada salah atau tidak, sudah diketahui oleh si ibu. Mereka ini lebih power dari BFF yang kita ada sampai tiada rahsia kita boleh sorok dari mereka!

7. Dia sayang kita walau apapun yang terjadi

Ini 7 Bukti Ibu Anda Adalah BFF Terbaik Di Seluruh Dunia!

Walaupun kita terlibat dengan pelbagai masalah, walaupun kita selalu tak dengar nasihat, walaupun kita selalu meninggikan suara pada parents kita... tapi si ibu itu tetap sayang akan kita.

Dan kasih sayang itulah yang patut kita pegang. Kita tahu, walau apapun yang terjadi, kita tetap ada ibu yang takkan meninggalkan kita. Kita tahu mereka akan sayang kita.

Inilah keistimewaan seorang ibu terbaik. Mereka ibarat BFF hebat yang pernah kita ada. Mereka adalah wanita mulia yang tidak ternilai kasih sayangnya. Merekalah syurga kita.

Buat pembaca yang masih mempunyai orang tua, hargailah mereka. Hormat dan curahkan kasih sayang kita pada mereka pula. Entah berapa lama Tuhan pinjamkan mereka pada kita.

Bila tiba masanya nanti, hilanglah satu nikmat dunia yang amat bernilai itu. Selagi nyawa dikandung badan, curahkan segala yang kita ada untuk ibu bapa.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: “Mak kata saya bodoh” Rintihan seorang murid

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Ini 7 Bukti Ibu Anda Adalah BFF Terbaik Di Seluruh Dunia!
Kongsikan:
  • Wanita Jepun Ini Beri Ganjaran Pada Suaminya Kerana Menjadi Seorang Ayah Yang Baik, Wah!

    Wanita Jepun Ini Beri Ganjaran Pada Suaminya Kerana Menjadi Seorang Ayah Yang Baik, Wah!

  • Wanita Ini Berkongsi Pengorbanan Ibu Dalam Menyusukan Bayi, Ia Bukanlah Sesuatu Yang Mudah

    Wanita Ini Berkongsi Pengorbanan Ibu Dalam Menyusukan Bayi, Ia Bukanlah Sesuatu Yang Mudah

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Wanita Jepun Ini Beri Ganjaran Pada Suaminya Kerana Menjadi Seorang Ayah Yang Baik, Wah!

    Wanita Jepun Ini Beri Ganjaran Pada Suaminya Kerana Menjadi Seorang Ayah Yang Baik, Wah!

  • Wanita Ini Berkongsi Pengorbanan Ibu Dalam Menyusukan Bayi, Ia Bukanlah Sesuatu Yang Mudah

    Wanita Ini Berkongsi Pengorbanan Ibu Dalam Menyusukan Bayi, Ia Bukanlah Sesuatu Yang Mudah

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.