Ibu sempat susukan anak ketika tengah ambil peperiksaan penting, kuatnya dirimu ibu!

Ketika mengambil peperiksaan penting, seorang ibu berusia 25 tahun telah berhenti dan menyusukan anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun kita sudah menjadi ibu, kita kena ingat yang anak bukan penghalang untuk kita mneruskan cita-cita. Ibu di Afghanistan ini telah menjadi contoh apabila ibu ini susukan anak semasa peperiksaan di universiti!

Ibu di Afghanistan susukan anak semasa peperiksaan dan harungi perjalanan lebih 6 jam untuk ke universiti!

Jahan Taab, 25, adalah ibu kepada 3 orang anak dari Daerah Miramar di Afghanistan. Jahan telah mengharungi perjalanan selama 6 jam dengan anak kecilnya hanya semata-mata kerana ingin mengambil peperiksaan di universiti.

Hebat kan?!

GAMBAR: @shaharzadakbar

Ibu di Afghanistan susukan anak semasa peperiksaan menjadi inspirasi pada kawan sekelas dan dunia

Pensyarah di universiti tersebut, Yahya Erfan mengagumi kehebatan ibu ini dan mengambil gambar ibu ini ketika memantau peperiksaan tersebut.

Dia kemuadiannya memuat naik gambar tersebut di akaun Facebook-nya dan memuji tindakan Jahan untuk menyambung pelajaran walaupun mempunyai yanggungjawab untuk membesarkan anak.

“Ia memamg menakjubkan, rakan sekelasnya juga turut kagum melihat tidakan Jahan.” Kata Erfan dalam temubual bersama CNN.

Lebih menakjubkan apabila Jahan berjaya lulus dalam peperiksaan Kankor ini!

Walaubagaimanapun, suami Jahan yang bekerja sebagai petani juga berasal dari “keluarga miskin”. Disebabkan itu, dia perlu berusaha untuk mencari duit untuk membayar yuran pengajiannya yang berjumlah RM500 – RM700.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi ada harapan untuk ibu ini! Persatuan Belia Afghanistan telah membuat keputusan untuk membantu ibu yang patut menjadi contoh ini. Organisasi British juga telah membuat halaman GoFundMe untuk mengumpul dana bagi membantu Jahan meneruskan pengajiannya.

Ibu-ibu yang memberi inspirasi seperti Jahan dari seluruh dunia

Seperti Jahan, ibu-ibu di luar sana telah membuktikan yang tiada apa yang dapat menghalang mereka dari menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan berjaya mencapai impian dan cita-cita sebagai wanita.

Seorang wanita dari Hollywood seperti Jahan juga telah menunjukkan dedikasinya apabila dia harus mencipta masa depan untuk anaknya, walaupun sebelum dia menjadi ibu. Dia menghabiskan peperiksaan akhir kolej semasa hendak bersalin!

Jadi, untuk ibu-ibu yang lain, teruskan cita-cita anda, tiada apa yang boleh menghalang anda.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kareena Kapoor, Ibu Kepada Bayi Taimur, Sukar Imbangkan Keluarga Dan Kerjaya

Penulis

Nadia Ghafar