Kareena Kapoor hadapi cabaran sebagai ibu baru
Menjadi ibu buat pertama kali bukanlah satu tugas yang mudah.
Dan, apabila anda juga seorang selebriti popular, sudah pasti segala penumpuan akan diberikan kepada anda. Itulah yang berlaku kepada ibu baru, Kareena Kapoor Khan.
Pelakon Bollywood popular ini sudah pun bergelar ibu kepada bayi comel (dan popular di India!) bernama Taimur.
Kini, dia masih dalam fasa membiasakan diri dengan gelaran baru yang ditimangnya itu.
Pelakon berumur 36 tahun ini dilaporkan menjalani rakaman iklan bersama kakaknya, Karisma Kapoor, dan ibunya, Babita.
Semasa rakaman, Kareena telah berkongsi kisah tentang masalah dirinya dalam mengimbangkan masa antara kerjaya dan kehidupan berkeluarga.
Sumber: Timesofindia.com
“Ia sukar sebab Taimur masih kecil”
Ketika berkongsi tentang susah payahnya menjadi seorang ibu, Kareena berkata:
“Dulu mudah untuk menguruskan kehidupan profesional dan peribadi saya. Tetapi, sekarang lebih sukar sebab Taimur masih kecil. Saya masih cuba mencari keseimbangan.”
Beliau menambah bahawa walaupun ia susah, tetapi beliau semakin selesa dengan gelaran ibu yang disandangnya.
Keluarga sebagai penguat semangat dan pemberi sokongan
“Saif dan keluarga saya banyak membantu.”
Kareena turut berkata yang menjadi seorang ibu telah membuatkan dirinya menjadi seorang wanita yang kuat.
“Saya sangat berbangga kerana dapat berkahwin, kekal berdikari dan bekerja. Saya bawa tugas saya dengan penuh bangga dan penghormatan. Walaupun sudah berkahwin, saya masih bekerja dan mempunyai identiti saya yang tersendiri.”
Walaupun Kareena bergelut untuk menyeimbangkan masa antara kerjaya lakonan dan menguruskan keluarga kecilnya itu, beliau tidak mahu berhenti kerja.
Malah, dia ingin terus bekerja supaya anaknya, Taimur, dapat belajar tentang kekuatan wanita yang mempunyai karier dan menjaga keluarga pada masa yang sama.
Sumber: Timesofindia.com
Taimur membesar melihat wanita bekerjaya
“Taimur akan membesar melihat saya, makciknya (Karisma), dan neneknya bekerja untuk menampung keperluan keluarga.
Harapnya, dia akan membesar dan membina rasa hormat pada wanita yang bekerja dan membantu keluarga. “
Kareena berasakan yang setiap ibu yang baru menimang cahaya mata memerlukan sokongan dan kasih sayang dari keluarga terdekat.
Suami merupakan antara orang penting yang patut membantu para ibu yang sedang bergelut untuk mengimbangkan antara keluarga dan kerja.
Ibu bekerja boleh jadi contoh positif untuk anak-anak
Ramai yang menyangka ibu bekerja tidak dapat memberikan banyak penumpuan pada anak-anak.
Mereka kononnya terlalu sibuk dengan kerja, sehinggakan anak terabai di rumah.
Namun sebenarnya, jika si ibu pandai membahagikan masa dan mengetahui kepentingan utamanya, para ibu bekerja boleh menjadi role model dan contoh terbaik untuk anak-anak.
Ini adalah sebabnya:
Sumber: Freepressjournal.in
3 cara ibu bekerja dapat menjadi contoh untuk anak mereka
1. Mereka menjadi sumber inspirasi
Ibu bekerja boleh mengajar anak mereka tentang kepentingan menguruskan masa.
Malah, ia turut boleh mengajar anak-anak tentang kepentingan kerjaya, supaya anak perempuan dapat mencontohinya serta anak lelaki dapat memahami tentang keperluannya.
2. Mereka melahirkan anak yang berdikari
Apabila anak-anak membesar dan melihat ibu mereka menguruskan hal dan masalah kerja serta rumah tangga pada masa yang sama, mereka akan faham erti kematangan dan berdikari.
Apabila ibu tiada di rumah untuk membuat segala benda untuk mereka, anak-anak pasti akan mengambil beberapa tugas ibu dan membantu dalam hal memasak, mengemas, mahupun menjaga adik-adik.
3. Mereka melahirkan anak-anak yang mementingkan akademik
Ibu yang bekerja juga cenderung untuk membesarkan anak-anak yang berjaya dari segi akademik. Kajian ada membuktikan tentang hal ini.
Kenapa ini cenderung untuk terjadi? Ia adalah kerana ibu yang bekerja faham tentang kepentingan pendidikan dan boleh mempengaruhi anak-anak mereka untuk lebih cemerlang di sekolah.
Ibu yang berusaha demi anak-anak – sama ada di pejabat atau di rumah – adalah ibu yang hebat!
Segala penerangan di atas tidaklah bermakna yang ibu yang menjadi suri rumah tidak dapat menghasilkan anak-anak yang berjaya.
Cumanya, artikel ini ingin mengetengahkan beberapa perkara positif jika ibu di luar sana memilih untuk menjadi ibu bekerjaya dan tahu bagaimana untuk menyeimbangkan antara hal pejabat dan hal rumah tangga!
Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda ibu yang bekerja atau suri rumah yang banyak meluangkan masa bersama anak-anak?
Sumber: The Indus Parent
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
8 Perkara Yang Selalu Dikatakan Kepada Ibu Bekerja Yang Membuatkan Mereka Rasa Dihakimi
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!