X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

"Saya Tak Akan Ajar Anak Saya Membaca" Kongsi Ibu Ini Tentang Anaknya Yang Bakal Masuk Tadika

4 min bacaan
"Saya Tak Akan Ajar Anak Saya Membaca" Kongsi Ibu Ini Tentang Anaknya Yang Bakal Masuk Tadika

Ketika ibu lain berasa gementar tentang perkembangan pembelajaran anak mereka, ibu ini memilih untuk tidak mengajar anaknya membaca. Mari baca pendapatnya.

Apabila tiba masa mengajar anak membaca

Di saat ibu bapa di luar sana risau tentang perkembangan pembelajaran anak mereka, ada seorang ibu memilih untuk memegang prinsip yang berlainan.

Dia tidak mahu mengajar anak kecilnya membaca!

Walaupun anaknya bakal masuk tadika tak lama lagi, Crystal Lowery ingin anak kecilnya itu mementingkan “pembelajaran” lain. 

Berbanding membaca, Crystal ingin anaknya menghabiskan masa di luar, belajar tentang alam dan persahabatan.

Apabila membaca pendapatnya yang dipostkan di Facebook, pasti ramai ibu di luar sana yang berasa pelik.

Ada juga beberapa orang yang memberikan komen negatif, mengatakan yang anaknya akan ketinggalan dalam pembelajaran apabila masuk ke tadika, dan seterusnya ke sekolah rendah nanti.

Mari kita baca apa pendapat ibu muda ini dan lihat, adakah ibu semua setuju dengan prinsipnya itu.

Saya tidak mahu mengajar anak saya membaca. Belum masanya lagi…

**

Saya tak akan ajar anak saya yang kini di tadika untuk membaca – belum masanya lagi.

Jangan salah anggap, saya dan suami membaca buku dengannya setiap hari.

Kami membayangkan diri kami dalam karakter cerita Willy Wonka’s Chocolate Factory, dan kini kami sedang membaca buku Harry Potter, The Chamber of Secrets, muka surat 70.

Saya Tak Akan Ajar Anak Saya Membaca Kongsi Ibu Ini Tentang Anaknya Yang Bakal Masuk Tadika

Sumber: Facebook Cyrstal Lowery

Kami mengajar anak kami untuk berasa seronok membaca buku cerita, untuk menghayati watak dalam cerita tersebut.

Tetapi, kami tidak mengajarnya untuk membaca. Belum masanya lagi. Dia masih perlu belajar banyak perkara lain lagi.

Dia sedang belajar untuk menjadi seorang yang baik – menunggu gilirannya untuk dapat gula-gula, dan tidak menyakat kakaknya apabila dia yang dapat King’s Ice Cream Castle dahulu.

Dia sedang belajar bagaimana untuk membina. 

Bongkah, lidi, Lego – dia masih belajar untuk memegang dan merasa pelbagai jenis bahan dengan tangannya yang kecil itu, dan memeriksa keteguhan pelbagai bentuk yang dia bina.

Dia sedang belajar bagaimana untuk bersenam. Dia masih perlu berlari mengejar haiwan peliharaannya, bermain “aci duduk”, memanjat permainan di taman, menari, dan berlatih karate (prestasinya masih belum baik).

Lama lagi untuk dia menggunakan badannya, jadi dia perlu membina segala otot melalui aktiviti aktif, dan bukannya hanya duduk di meja untuk membaca sahaja.

Dia sedang belajar bagaimana untuk menjaga harta bendanya.

Dia masih mengeksperimen pelbagai perkara. Tempoh hari, dia baru belajar yang bukunya akan basah lencun jika dia tinggalkan bukunya di luar rumah!

Dia juga sedang belajar bahawa plastesin PlayDoh akan kering jika dia tinggalkan di atas meja semalaman.

Dia juga sedang belajar bagaimana untuk kekal kreatif.

Dia melukis gambar monsters dalam bukunya, dan belajar bagaimana untuk membina kapal angkasa menggunakan kotak Amazon (menggunakan imaginasinya).

Stories Rakan Kongsi
Reasons Why Parents Don’t Vaccinate - And Why They Should
Reasons Why Parents Don’t Vaccinate - And Why They Should
WIN Applecrumby And Fish products worth RM$305!
WIN Applecrumby And Fish products worth RM$305!
How To Tell If Rashes Are More Than Just A Harmless Rash: Signs To Look Out For In Kids
How To Tell If Rashes Are More Than Just A Harmless Rash: Signs To Look Out For In Kids
Resilient Location Quiz: Where To Bring Your Kids To Build Resilience
Resilient Location Quiz: Where To Bring Your Kids To Build Resilience

Dia juga sedang belajar ekosistem alam. Dia melihat serangga, bunga dan guruh. Dia melihat bagaimana fauna dan flora bersatu dan saling bergantung ketika hidup di alam.

Dia juga belajar yang kunci kepada kebahagiaan adalah memfokuskan kepada segala nikmat yang dia ada, berbanding merungut tentang perkara yang tiada.

Yang paling penting, dia belajar bagaimana untuk memohon maaf. Untuk mengatasi rasa sedih dan berempati dengan kanak-kanak lain apabila bergaduh.

Dia juga belajar bagaimana untuk memaafkan. Untuk memahami yang semua orang ada buat salah, dan dia masih boleh berbaik dengan orang lain walaupun mereka ada kelemahan.

Dia belajar banyak perkara yang lebih penting lagi, setiap hari.

Tetapi, dia masih belum belajar bagaimana untuk membaca.

tip anak membaca tadika

Sumber: Facebook Crystal Lowery

Dan, walaupun dia mungkin akan hadir kelas pertama di tadikanya tanpa sebarang “kemahiran membaca yang mantap”, dia masih lagi dapat menyertai rakannya di tadika itu dengan kemahiran lain lagi.

Kemahiran untuk mencuba benda baru tanpa mudah berasa kecewa apabila gagal.

Kemahiran untuk berkawan, sekalipun persahabatan itu sukar (walaupun untuk kanak-kanak).

Kemahiran untuk mendengar dan mengikut arahan.

Kemahiran untuk menyelesaikan masalah.

Kemahiran untuk memberikan tumpuan dan fokus ketika membuat sesuatu perkara.

Ada banyak lagi perkara lain yang anak-anak kita boleh belajar, tanpa perlu diukur dari sudut ujian standard di sekolah.

Walaupun mungkin waktu belajar anak saya di tadika nanti akan dipenuhi dengan sesi membaca, menulis, dan mengira yang sukar, kami tidak risau tentang hal itu. Tidak hari ini.

Hari ini, dia ada banyak lagi perkara penting lain yang dia perlu belajar!

**

Anak kecil ada banyak perkara penting lain yang perlu dipelajari terlebih dahulu

Saya Tak Akan Ajar Anak Saya Membaca Kongsi Ibu Ini Tentang Anaknya Yang Bakal Masuk Tadika

Memang kagum (dan sedikit terkesima) rasanya apabila membaca pendapat ibu ini.

Di kala anak-anak kita hari ini didedahkan dengan pelbagai silibus pembelajaran yang susah dan mencabar, masih ada ibu yang tidak mahu membebankan anak mereka dengan hal akademik, sebelum sampai waktunya.

Bagaimana pula dengan anda?

Apa strategi ibu ayah semua untuk anak-anak supaya mereka dapat membawa segala silibus sekolah dengan baik, tanpa rasa tertekan atau stress?

Kongsikan pendapat atau pengalaman ayah semua di ruangan komen ya!

Sumber: Facebook Crystal Lowery

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Buku Bergambar Kurang Berkesan Apabila Mengajar Anak Membaca

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Prasekolah
  • /
  • "Saya Tak Akan Ajar Anak Saya Membaca" Kongsi Ibu Ini Tentang Anaknya Yang Bakal Masuk Tadika
Kongsikan:
  • Buku Bergambar Kurang Berkesan Apabila Mengajar Anak Membaca

    Buku Bergambar Kurang Berkesan Apabila Mengajar Anak Membaca

  • Bagaimana nak pilih buku untuk anak yang ada disleksia atau "lambat" belajar?

    Bagaimana nak pilih buku untuk anak yang ada disleksia atau "lambat" belajar?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Buku Bergambar Kurang Berkesan Apabila Mengajar Anak Membaca

    Buku Bergambar Kurang Berkesan Apabila Mengajar Anak Membaca

  • Bagaimana nak pilih buku untuk anak yang ada disleksia atau "lambat" belajar?

    Bagaimana nak pilih buku untuk anak yang ada disleksia atau "lambat" belajar?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.