Jika ibu ayah mempunyai anak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 dan berminat untuk masukkan mereka ke prasekolah boleh daftar prasekolah 2025.
Daftar Prasekolah 2025, Anak Lahir 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021
Ibu ayah yang ingin daftar pra sekolah anak boleh melakukannya dengan dua cara iaitu dalam talian di laman web eprasekolah dan secara manual di sekolah berdekatan.
Cara Daftar Prasekolah 2025
Terdapat dua cara iaitu secara manual dan dalam talian.
1.Manual
- Permohonan bermula 1 Mac 2024 hingga 31 Mei 2024
- Borang permohonan boleh diambil di sekolah yang dipohon
- Bagi permohonan manual permohonan dibuat terus di sekolah yang dimohon. Sila bawa bersama sijil lahir asal ketika mendaftar.
2.Dalam talian
- Permohonan bermula 1 Mac 2024 hingga 30 April 2024
- Layari laman sesawang ePrasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan eprasekolah.moe.gov.my sama ada melalui komputer atau telefon pintar. (Pautan ke portal permohonan dibuka mulai 1 Mac 2024)
Syarat Permohonan Prasekolah 2025
Antara syarat permohonan termasuklah kanak-kanak merupakan warganegara Malaysia dan lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 sahaja.
Cara mendaftar dalam talian senang sahaja. Ikuti langkah ini:
- Layari laman sesawang KPM
- Pautan eprasekolah.moe.gov.my sama ada melalui komputer atau telefon pintar. (Link ke portal permohonan dibuka mulai 1 Mac 2024)
- Daftar dan login
- Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar. Pastikan emel yang didaftarkan adalah emel yang aktif.
- Lengkapkan maklumat
- Muat turun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.
- Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga
- Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
- Pastikan pengguna mengingati kata laluan dan tidak mendedahkan kata laluan kepada orang lain.
- Pastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.
- Kemaskini, cetak dan hantar ke sekolah dipohon
Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen yang berkaitan.
Semakan Status Permohonan
Semak keputusan permohonan kemasukan prasekolah 2025 bermula Ogos 2024.
Bagi permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon, sila cetak surat tawaran. Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat pada tarikh yang akan dimaklumkan.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Get Ready, Ini Perkembangan Anak Umur 6 Tahun, Ibu Ayah Kena Alert!
Baca juga: Sentuhan selamat dan tidak selamat yang WAJIB diajar pada anak seawal 3 tahun
Baca juga: Ada 7 Kesalahan Ajar Anak Membaca Yang Biasa Kita Buat! Tolong Elak Kesilapan Ini Parents!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!