Ibu Tunggal Kepada 5 Anak Hilang Pekerjaan Ketika Pandemik, Terpaksa Minta Beras

Bukan mudah menjadi ibu tunggal, apatah lagi tiada sumber pendapatan, kesukaran seorang ibu tunggal bantuan yang kurang, ini kisahnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akibat kesan pandemik yang berpanjangan ini, tidak disangkal banyak golongan yang terkesan malah tidak terhad hanya pada golongan bawahan, golongan M40 juga terkena tempiasnya. lagi-lagi ibu tunggal yang perlukan bantuan. 

Itulah yang terjadi kepada buat ibu tunggal dengan 5 orang anak, Siti Suzanne Anton, yang pernah bertugas sebagai penganalisis di sebuah syarikat cari gali.

Hilang pekerjaan, ibu tunggal perlukan bantuan

Foto: Astro Awani

Apa yang terjadi adalah lebih kurang lapan bulan yang lalu, dia telah kehilangan pekerjaan. Ekoran kejadian itu, ia memberi impak yang besar pada kehidupannya sekeluarga.  

Sudahlah ibu tunggal yang perlu menyara 5 orang anak, kini hilang satu-satunya punca pendapatan. Bak kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga. 

Daripada seorang yang bekerjaya, Suzanne kini tergolong dalam kategori orang susah. Hanya berbekalkan RM500 daripada bantuan zakat, dia terpaksa menyara 5 orang anaknya serta perlu membayar kos-kos kehidupan lain. 

Menurut laporan Astro AWANI yang menemuramah ibu malang tersebut, Suzanne menyatakan “ada masa (keadaan) saya memang teruk, tiada beras, dan lain-lain keperluan. Saya terpaksa bertanya pada orang ramai di mana boleh dapatkan beras.

Kalau kita buat hantaran di Facebook, meminta bantuan, biasanya ada pihak yang akan respons balik. Alhamdulilah ada yang bagi makanan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Pernah dua tiga kali beras habis, duit pun tiada. Terpaksa tanya siapa yang ada beli beras,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di kediamannya di Petaling Jaya.

Siti Suzanne Anton, 45, bekas Penganalisis di syarikat cari gali yang dahulunya dari golongan M40 kini statusnya serta merta bertukar ke B40. 

Lima anaknya berusia 21, 17, 13, 11 dan 10 tahun, masing-masing masih bersekolah sementara anak sulungnya ketika ini menjadi pelatih di sebuah syarikat.

Kisah Siti Suzanne ini mampu mengusik sesiapa saja, beruntunglah yang masih ada pekerjaan, masih punyai sumber pendapatan dan makanan tanpa putus. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menghidap penyakit jantung

Foto: Astro Awani

Lebih menyedihkan, Suzanne yang menghidap penyakit jantung terpaksa menunda pengambilan ubat-ubatannya demi mendahulukan wang yang ada untuk memastikan makanan tersedia buat anak-anaknya.

“Saya mengalami serangan jantung (lapan bulan lepas), tetapi saya tidak beli ubat-ubat saya sebab tak mampu. Jadi, peruntukan untuk ubat saya tukar ke makanan anak-anak. Itu paling penting bagi saya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Sebenarnya saya bergantung kepada ubat, saya sudah buat pembedahan masukkan belon di urat jantung. Jadi, saya memang mengharapkan ubat.

“Tetapi ternyata buat waktu ini saya tak mampu beli ubat, kecuali ubat cair darah sahaja. Ubat lain saya tak mampu beli sebab agak mahal,” kata Siti Suzanne lagi.

Ketika menceritakan keadaannya, air matanya berlinang mengenang nasib dirinya juga anak-anak.

Walau bagaimanapun semangatnya tidak pudar untuk mendapatkan pekerjaan baru meskipun meskipun sudah lebih lapan kali permohonannya tidak berjaya.

“Walaupun banyak saya mohon kerja, tetapi tiada rezeki. Memang sedih. Tiada sokongan. Dan memang saya tertekan juga. Mencari kerja sekarang tidak macam dulu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Bagi saya, yang paling utama untuk dapat kerja, kemudian saya nak dapatkan hidup saya macam dulu.
“Sebenarnya, semangat saya sudah tiada, tetapi anak-anak yang buatkan saya kuat semangat untuk lalui dugaan ini,” jelasnya.

Walaupun terpaksa melalui hari-hari sukar, Siti Suzanne tidak mendapat bantuan seperti golongan B40 kerana malangya dia masih dikategorikan sebagai M40 namun hidup bagai orang susah. 

Apa yang diharapkan supaya ada pihak yang prihatan akan membantu kehidupan ibu tunggal ini. 

Inilah realiti kehidupan golongan M40 yang turut terkesan akibat pandemik COVID-19. Ibu tunggal bantuan yang diberi sepatutnya lebih banyak diberi perhatian. 

Bersyukurlah bagi anda yang masih mempunya pekerjaan, walaupun tertekan dengan norma bekerja dari rumah, memantu urusan anak belajar dalam talian dan sebagainya, sekurang-kurangnya anda masih punyai mata pencarian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi sesiapa yang ingin berkongsi rezeki bagi meringankan beban Siti Suzzanne boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB miliknya bernombor 7629047415.

Sumber: Astro Awani

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bukan Mudah Menjadi Ibu Tunggal, Ini Apa Yang Berlaku