X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Taska, Tabika KEMAS M40 Akan Diwujudkan Tak Lama Lagi ? Ambil Tahu Risiko Jika Salah Pilih Tadika

1 Jul, 2020
Taska, Tabika KEMAS M40 Akan Diwujudkan Tak Lama Lagi ? Ambil Tahu Risiko Jika Salah Pilih Tadika

Kerajaan bakal mencadangkan pembukaan tabika dan taska seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk membantu golongan M40.

“Mahalnya yuran tadika…tapi nak tak nak kena bayar juga. Tiada pilihan.” Seringkali kita dengar keluhan begini dari ibu bapa. Memang tidak hairanlah  ada cadangan untuk wujudkan tabika dan taska M40.

Berpeluh agaknya ibu bapa memikirkan bayaran untuk menghantar anak ke tadika. Kosnya hampir menyaingi pelajar di institusi pengajian tinggi. Itu belum masuk bayaran pengangkutan dan penjagaan tambahan di rumah transit (penjaga) sebelum ibu dan bapa pulang ke rumah.

Menurut laporan Astro Awani, kerajaan bakal mencadangkan pembukaan taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk membantu golongan itu.

Tabika dan taska M40?

tabika dan taska M40

Kredit foto: bernama

 

Ini bermakna, jika cadangan itu dapat direalisasikan, ia berita gembira buat golongan M40. Ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban golongan M40 yang dikatakan sering ‘tersepit’ sebelum ini. 

Golongan M40 adalah kumpulan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 yang mana mereka ini dikatakan sering tersepit kerana pendapatan hanya terlebih sedikit daripada B40.

Pada masa ini, kadar sumbangan bulanan untuk taska KEMAS adalah percuma bagi ibu bapa dan penjaga berpendapatan di bawah RM1,500, RM10 sehingga RM50 untuk yang berpendapatan RM1,501 sehingga RM2,999 dan RM51 sehingga RM100 untuk pendapatan RM3,000 ke atas.

Bagaimanapun, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad memaklumkan cadangan itu bergantung kepada permintaan selain projek percubaan tabika serta taska persendirian berkenaan.

5 perkara ibu bapa perlu fikir  sebelum pilih tadika anak

Selain faktor yuran dan lokasi ada beberapa aspek penting yang perlu diambil kira dalam pemilihan tadikan atau taska anak. Ia sedikit sebanyak memberi gambaran adakah berbaloi anda menghantar mereka ke sana nanti.

#1. Kenalpasti perkara asas 

Sebelum anda pergi lebih jauh, perkara asas ini paling penting dalam memilih tadika anak. Ia termasuklah lokasi tadika adakah anda perlu ia dekat dengan rumah atau dekat dengan tempat kerja? Selain itu, adakah tadika berkenaan menyediakan khidmat penjagaan selepas waktu sekolah iaitu dari tengah hari ke petang jika anda bekerja.

Anda juga perlu memikirkan berapakah jumlah maksimum yang mampu dibayar setiap bulan. Perkara asas seperti ini yang perlu ibu dan bapa ambil perhatian sebelum membuat pilihan tadika anak.

#2. Kurikulum seimbang

tabika dan taska M40

Ada tadika yang menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) yang mana silibus yang diajar mengikut kepada garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia. Ada pula yang lain menekankan konsep montessori yang mana kaedah pembelajarannya bertumpu kepada keperluan perkembangan penting kanak-kanak.

Sebaiknya, cari sekolah yang mempunyai program-program sosial. Anak perlu diajar untuk kemahiran berkomunikasi dan bekerjasama sebagai sebuah komuniti. Nilai ini adalah penting bagi membentuk keyakinan serta peribadi mereka.

#3. Buat kajian

Senang cerita, buat survey ke sekolah yang anda minat atau dalam senarai akhir. Bawa sekali anak supaya anda boleh lihat bagaimana keadaan di sana. Ada kanak-kanak yang sekiranya dia tidak menggemari persekitaran sekolah dia akan terus tonjolkan. Jadi mungkin boleh ‘pangkah’ tadika itu awal-awal.

Selain itu, cuba bertanya kepada ibu bapa yang menghantar anak ke situ, bagaimana penerimaan dan pendapat mengenai sekolah berkenaan. Jarang ibu bapa lain tidak mahu beri maklum balas, mereka pasti sedia bantu anda.

#4. Tadika berdaftar atau tidak

Ibu bapa perlu menyelidik sama ada tadika berdaftar dengan Kementerian Pendidikan atau sebaliknya. Pendaftaran tadika boleh dikenalpasti melalui sijil pendaftaran oleh Kementerian Pendidikan atau plat yang dipaparkan di pintu tadika.

#5. Bilangan pelajar, guru

tabika dan taska M40

Stories Rakan Kongsi
Building a Better Home: 7 Best Household Items You Need to Invest In
Building a Better Home: 7 Best Household Items You Need to Invest In
Start your day strong with protein from milk
Start your day strong with protein from milk
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Ibu-ibu, dapatkan Baucar RM15 Shopee Anda Sempena "Mom’s Day Off" - Super Brand Day! 19-21 April 2021
Ibu-ibu, dapatkan Baucar RM15 Shopee Anda Sempena "Mom’s Day Off" - Super Brand Day! 19-21 April 2021

Dapatkan maklumat daripada guru berapakah maksimum saiz sesebuah kelas yang diterima oleh sekolah. Saiz sesebuah kelas memainkan peranan kepada pengalaman di sekolah.

Di kelas yang kecil, guru mampu meninjau setiap pelajar dengan lebih kerap setiap hari. Kurikulum pembelajaran turut dapat di sesuaikan dengan perkembangan murid dan pelajar akan lebih terlibat dalam sebarang aktiviti dan kurang kemungkinan daripada disisihkan.

Ini adalah antara elemen penting dalam tips pilih tadika terbaik untuk anak anda.

Tunjang utama dalam pemilihan sesebuah tadika yang tepat untuk anak anda termasuklah gurunya. 

Guru itulah yang akan mendidik dan menjaga anak kita sewaktu kita tiada semasa mencari rezeki. Oleh itu, ibu bapa wajib mengambil masa untuk mengenali guru-guru yang mengajar di tadika berkenaan terlebih dulu.

Sumber:Astro Awani, iluminasi.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comsekolah-dibuka-semula

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Taska, Tabika KEMAS M40 Akan Diwujudkan Tak Lama Lagi ? Ambil Tahu Risiko Jika Salah Pilih Tadika
Kongsikan:
  • 5 kebaikan & keburukan hantar anak ke tadika - Apa pendapat anda?

    5 kebaikan & keburukan hantar anak ke tadika - Apa pendapat anda?

  • Anak Sudah Jejak Usia Masuk Prasekolah? Ibu, Jangan Lupa Ajar Mereka 6 Perkara Penting Ini!

    Anak Sudah Jejak Usia Masuk Prasekolah? Ibu, Jangan Lupa Ajar Mereka 6 Perkara Penting Ini!

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • 5 kebaikan & keburukan hantar anak ke tadika - Apa pendapat anda?

    5 kebaikan & keburukan hantar anak ke tadika - Apa pendapat anda?

  • Anak Sudah Jejak Usia Masuk Prasekolah? Ibu, Jangan Lupa Ajar Mereka 6 Perkara Penting Ini!

    Anak Sudah Jejak Usia Masuk Prasekolah? Ibu, Jangan Lupa Ajar Mereka 6 Perkara Penting Ini!

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.