Guna Ayat Pendek, Dapatkan Perhatian Anak Dahulu, Antara Teknik Berkesan Buat Anak Ikut Arahan

Ramai ibu bapa yang mengadu anak sukar ikut arahan mereka. Cakap berulang kali pun masih sukar untuk dia patuh. Mungkin ada kesilapan yang dilakukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai ibu bapa yang mengadu anak susah ikut arahan mereka. Ada juga yang mengadu sukar betul untuk anak ikut apa yang mereka minta.

Cuba semak balik bagaimana cara anda memberi arahan kepada anak terutama yang masih kecil. Adakah betul cara ajar anak anda atau sebaliknya? 

Semak semula cara anda beri arahan pada anak selama ini. Mungkin ada silap di mana-mana hingga anak sukar benar untuk patuh pada arahan yang diberikan. 

Anak susah ikut arahan, semak cara anda

kredit:pa&ma

Menurut Terapis Cara Kerja, Aiisyah Sairi, ada ibubapa mengadu, anak mereka tidak mahu ikut arahan mereka. Anak yang salah atau ibubapa tidak tahu teknik memberi arahan?

Katanya, sebelum kita marah-marah kepada anak, sebelum kita membebel kepada anak, eloklah kita semak cara kita memberikan arahan kepada anak.

Strategi anak ikut arahan

Strategi ini katanya ini terpakai sama ada anak tipikal mahupun anak berkeperluan khas. Mungkin boleh cuba. Berkomunikasi dengan anak kecil ada caranya tersendiri.

Lebih penting, cara ibu atau ayah mendidik anak dengan memberikan arahan kepada anak supaya mereka lebih berdikari. 

#1. Dapatkan perhatian anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: siraplimau

Dapatkan perhatian anak terlebih dahulu. Panggil namanya, pandang matanya dan sentuh tubuhnya. Ingat PPS (panggil, pandang, sentuh).

#2. Berikan arahan pendek

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: momqhalef

Berikan arahan pendek. Untuk anak kecil, kebanyakan mereka hanya mendengar tiga hingga empat patah perkataan sahaja. Sekiranya kita berikan arahan yang panjang, mereka hanya akan ingat sama ada perkataan di awal, perkataan di tengah atau di hujungnya sahaja.

Contoh ayat yang sesuai: 
“Tolong ambil buku mama”
“Simpan mainan semua”
“Tutup tv, pergi mandi”
“Ambil towel, pergi mandi”

#3. Jangan membebel

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadang-kadang kita beri arahan dalam bebelan. Ibu-ibu selalunya buat begini.

“Abang, dah dah lah tengok tv. Lama dah ni. Pergi ambil buku, baca buku tu. Buat apa nak tengok tv lama sangat ni. Mama dah siap masak semua awak masih tengok tv. Dah, dah. Tutup tv tu.”

Andaikata kita biasa berikan ayat di atas, ada dua kemungkinan yang biasa anak akan buat:

  1. Buat tak tahu
  2. Tutup TV

Adakah anak ikut semua arahan yang kita berikan? Tidak. Dia tidak buat arahan ambil buku dan baca. Ini kerana anak tidak mendengar arahan tersebut.

Kita sebagai orang yang dewasa pun tidak suka orang membebel. Sama juga seperti kanak-kanak atau anak anda. Mereka juga manusia yang ada hati dan perasaan. Jadi layanlah mereka seperti manusia. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan sekali-kali pandang rendah pada emosi anak. 

#4. Beri arahan pada nada biasa

Beri arahan pada nada biasa tanpa perlu menjerit supaya anak tahu membezakan antara nada arahan dan nada kecemasan. Jerit gunanya jika ada kecemasan sahaja atau anda jauh.

Elakkan tinggi suara pada anak. 

#5. Jangan cepat melenting bila anak salah buat

Jika anak tersalah atau tak pandai ikut arahan jangan marah atau bekeng kerana itu akan beri ‘penanda aras’ yang salah dalam komunikasi. Dalam minda anak akan tertanam ‘ajaran’ jika orang buat salah kena marah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berbalik pada niat asal, kita minta tolong anak buat sendiri untuk mengajarnya berdikarikan? Jadi buatlah sebaik dan sesabar mungkin. 

#6. Gunakan ayat mesra

Gunakan ayat mesra. Nak beri arahan kan? Siapa saja yang suka dibentak atau dimarah-marah. Jadi gunakan ayat yang mesra. Jangan disulam dengan ugutan dan sebagainya.

Cara anda mungkin berkesan sekali dua jika gunakan ugutan, tetapi jika anda guna bahasa mesra, anak akan lebih suka untuk menerima dan mendengar arahan anda.

Jangan lupa, anak juga ada hati dan perasaan. Mereka faham apa yang diperkatakan kepada mereka. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

kredit foto:ibu dan balita

Baca juga: 9 Cara Ajar Anak Membaca Dengan Mudah & Berkesan Ibu Ayah Wajib Baca!

Baca juga: Tips Mengajar Anak untuk Bercakap

Baca juga: Jom ajar anak memasak dengan anda mengikut 5 panduan umur ini!

Penulis

Lala Annuar