7 Rahsia Menjadi Ibu Bapa Hebat & Terbaik Untuk Anak-Anak, #5 Ramai Ambil Mudah!

Dalam membentuk sesebuah keluarga, ibu ayah perlulah menguasai beberapa ilmu parenting bagi melalui proses membesarkan anak-anak dengan baik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak-anak diibaratkan seperti sehelai kain putih, maka ibu bapalah yang mencorakkannya untuk menjadi insan hebat ataupun sebaliknya. Tidak dinafikan ilmu parenting dalam membentuk keperibadian si manja amat penting seawal usia mereka.

Jangan harapkan isteri semata-mata, para suami juga perlu memainkan peranan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak sebaik mungkin. Kehidupan anak kecil yang dibesarkan dalam keluarga penuh kasih sayang membuatkan mereka yakin untuk melangkah lebih jauh.

Tips ilmu parenting menjadi ibu bapa yang hebat

Berdasarkan perkongsian oleh salah seorang doktor, Ahmad Luqman Bukhari, terdapat beberapa teknik mudah untuk anda menjadi ibu bapa yang hebat. Antaranya ialah:

#1. Sentiasa bermanis muka

credit to sources

Ibu ayah hendaklah sentiasa memperbanyakkan senyuman dan bercakap dengan lemah lembut. Ada waktunya anda mungkin perlu bersikap lebih tegas, namun ia tidak bermakna ibu ayah mesti meninggikan suara terhadap si manja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anak-anak ada melakukan kesilapan, tegur mereka dengan cara yang baik dan terangkan secara jelas sebab mengapa mereka tidak boleh mengulanginya. 

Jika anda perasan, ada sesetengah kanak-kanak dia suka sangat terjerit-jerit. Sebenarnya sifat itu boleh diwarisi daripada ibu ayah yang kerap meninggikan suara ketika bercakap.

#2. Menjaga tutur kata

Tidak kiralah pada waktu berkenaan ibu berasa amat marah sehingga hilang rasa sabar. Kata-kata yang keluar dari mulut anda sekaligus menjadi sebuah doa. Ia mampu memberikan kesan berpanjangan dalam hidup anak.

Justeru, sentiasalah menjaga mulut dan mengawal emosi. Sekiranya rasa terlalu geram, gunakanlah perkataan yang baik seperti ”Bertuah anak ibu” atau ”Baiknya kamu!”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Kerap peluk dan cium anak

credit to sources

Pelukan dan ciuman mampu membuatkan si manja sentiasa rasa disayangi. Hatinya juga akan terasa dengan ibu ayah. Kesannya, mereka akan mudah untuk menerima setiap nasihat yang diberikan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu setiap kali berpelukan dan cium anak, hormon dopamine akan mula dirembeskan oleh otak yang meningkatkan perasaan cinta, sayang serta tenang apabila bersama.

#4. Luangkan masa untuk bercerita

Meskipun sibuk dengan tugasan seharian, ibu ayah hendaklah meluangkan sekurang-kurangnya 15 minit sehari untuk bersama dengan anak. Anda boleh memperbanyakkan sesi bercerita dengan si kecil dan mendengar juga apa yang mereka ingin kongsikan.

Ilmu parenting ini sekaligus dapat mengelakkan anak-anak leka dengan dunia sendiri sehingga tidak sedar mereka sudah bertukar liar. Perkara yang amat sedih adalah bila anak menjadi lebih rapat dan cenderung menceritakan masalah dengan orang luar berbanding ibu ayah.

#5. Jadi contoh yang terbaik

Sebenarnya ramai ibu ayah tidak sedar bahawa anda perlu lakukan dahulu apa yang kita nak anak-anak buat. Sekiranya inginkan mereka rajin belajar, kena tunjukkan bahawa anda juga rajin mencari ilmu baharu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika nak anak rajin baca al-quran, kita dulu yang kena selalu baca al-quran. Sekiranya nak anak ringan tulang rajin mengemas, kita pun kena sama ringan tulang dan selalu ajak mereka melakukannya bersama.

#6. Jangan membandingkan anak

credit to sources

Tahukah anda bahawa setiap anak memiliki kelebihan dan kekurangan diri masing-masing? Mungkin anak pertama anda seorang yang jenis lambat belajar, namun dia mampu melakukan pelbagai perkara seperti menjaga adik-adiknya, mengemas rumah atau menjadi ”runner” terbaik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sentiasalah memuji setiap kelebihan dan kekurangan anak. Mereka adalah pelengkap keluarga menjadi lebih harmoni.

#7. Memanfaatkan fasa enam tahun pertama (golden age)

Tidak dinafikan, kajian membuktikan bahawa usia enam tahun pertama anak adalah sangat penting. Ibu ayah perlulah mengisi dan memenuhi tahun-tahun pertama anak dengan pelbagai ilmu memandangkan fasa ini otak mereka berkembang dengan pesat dan pantas.

Setiap ilmu dan rangsangan yang diberikan mempunyai potensi yang tinggi untuk tersimpan dalam memori jangka panjang (long term memory) otak anak-anak.

Justeru pada waktu ini didiklah anak dengan nilai-nilai murni untuk menjadi seorang yang sensitif terhadap perkara di sekeliling mereka. Selain itu luangkan masa bersama anak untuk melayan mereka bermain atau berlakon menjadi watak yang disukainya.

Cara ini mampu meninggalkan kesan kenangan paling manis dalam hidup anak-anak apabila mereka dewasa kelak. Mereka tidak mengingati ‘harga’ sebuah permainan, tetapi ingatan ketika bermain bersama-sama ibu ayah akan sentiasa diingati sampai bila-bila.

Sumber: Ahmad Luqman

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Anak Aktif Bercakap & Sering Emosi Antara Bukti Anda Adalah Ibu Bapa Yang Terbaik