Lelaki Ini Melukis Ilustrasi Pahit Manis Seorang Bapa Yang Comel & Tepat!

Bapa kreatif ini melukis ilustrasi pahit manis sepanjang beliau menjadi seorang bapa. Comel dan tepat sangat segala lukisannya! Jom tengok sambil bergelak tawa memikirkan momen indah anda sebagai ibu bapa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pahit manis bergelar seorang bapa

Ibu bapa selalu mendokumentasikan memori tahun-tahun awal anak mereka di dalam bentuk album gambar, video dan buku bayi.

Tapi bagi Jonathan Jui, beliau mempunyai caranya yang tersendiri – iaitu dengan melakar kartun atau ilustrasi.

Jonathan Jui telah melakar ilustrasi tentang perjalanan dirinya sebagai bapa bersama anaknya yang berusia 18 bulan, Milo.

Malah beliau juga telah memuat naik ilustrasi tersebut di instagram miliknya, jonajooey.

Jom tengok apa yang dilukis bapa ini!

Idea datang selepas 24 jam jadi bapa

Menurut Jonathan, dalam tempoh 24 jam selepas menjadi seorang bapa, otak beliau sudah penuh dengan pelbagai idea baru yang kelakar dan menggeramkan. Ini semua berdasarkan kehidupan sehariannya.

Baginya proses keibubapaan ini berlaku dengan begitu pantas hingga beliau tidak sempat mengambil gambar cabaran sebagai ibu bapa atau tiada tenaga untuk menulis jurnal. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hanya kartun saja yang boleh menjadi medium terbaik baginya.

Malah melalui kartun, ia membuatkan dirinya merasai nikmat kegembiraan di sebalik insiden terkena kencing anak atau terpaksa bergantung kepada kopi.

Anda boleh follow Jonathan di Instagram!

Jika anda lihat akaun instagram milik Jonathan, beliau berkongsi tentang semua perkara yang dilaluinya sebagai seorang bapa.
Dari penyusuan badan ibu hinggalah ke melatih anaknya berhenti memakai lampin
Beliau pada awalnya was-was untuk berkongsi detik indah ini di akaun media sosialnya kerana takut dengan pandangan orang luar tentang caranya menjadi bapa. 
Namun, beliau sangat berbesar hati apabila menerima banyak respon positif.
Jom tengok lagi apa yang dilukis beliau! 
 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua gambar comel-comel, kan? Hehe.

Anda boleh follow beliau di Instagram, tau!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber rujukan: Huffington Post

Baca juga:

Anak Lebih Pandai Berbahasa Jika Bapa Yang Membacakan Buku Cerita Sebelum Tidur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkara Yang Seorang Bapa Perlu Buat Jika Mempunyai Anak Perempuan

Penulis

Aqma