Susahnya menjadi ibu, terutamanya menjadi seorang ibu yang berjaya membesar dan mendidik anaknya dengan baik.
Demi anak kita rela kekurangan tidur, cepat-cepat makan, dan mengorbankan masa lapang kita sendiri.
Kadangkala kita terpaksa menahan perasaan kerana sering ditegur orang yang lebih berpengalaman.
Berikut adalah 10 ilustrasi betapa susahnya menjadi ibu, lebih-lebih lagi jika bayi masih kecil dan amat memerlukan ibunya. Anda pasti akan setuju dan terhibur dengan ilustrasi ini!
1. Terjaga setiap malam
2. Tugas rumah yang bertimbun
3. Saat menyusu pantang bergerak!
4. Susahnya menjadi ibu. Jangan harap dapat tidur!
5. Hancur badan dan muka ibu
6. Jangan harap boleh tidur lebih lama
7. Ikut menangis saat anak menangis
8. Makan pun cepat-cepat sambil menjaga dan menggendong anak
9. Dua tangan memang tidak cukup. Apalagi saat anak tengah merengek
10. Rambut ibu dah dipotong pendek?
Lucu tapi ada benarnya juga, bukan? Walaupun susah dan penuh cabaran tugas menjadi seorang ibu ini, tapi kita masih cuba yang terbaik untuk jadi ibu pada anak-anak kita.
Cuba tag sikit para suami untuk beritahu mereka cabaran yang dihadapi kita selalu. Manalah tahu mereka selama ini tak sedar pun dengan cabaran kita ini 😛
Sumber: theAsianparent Thailand, Viral Buzz
Baca juga:
Wanita ini berkongsi 5 tips berguna untuk mengatasi stres ibu-ibu baru