Anak Sakit Perut & Infeksi Pencernaan: Kenali 5 Jenis Masalah Penghadaman, Gejala & Rawatan

Infeksi pencernaan pada anak atau gastroenteritis adalah masalah biasa di mana saluran pencernaan anak meradang atau mengalami jangkitan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sistem penghadaman kanak-kanak adalah halus dan selalunya boleh menjadi punca kebimbangan ibu bapa. Dari peringkat bayi hingga kanak-kanak, pelbagai faktor boleh menyumbang kepada infeksi pencernaan pada anak.

Memahami isu ini adalah penting bagi ibu bapa untuk menyediakan penjagaan dan sokongan yang sesuai untuk kesihatan pencernaan anak-anak mereka

Infeksi Pencernaan Pada Anak

Masalah usus boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatan anak. Namun tahukah ibu ayah bagaimana cara untuk membezakan sama ada si manja mengalami sakit perut biasa atau melibatkan infeksi pencernaan?

Biasanya, anak yang sering mengalami sakit perut atau kronik mungkin menunjukkan tanda-tanda masalah pencernaan.

Adakah Jangkitan Pencernaan Bahaya Pada Kanak-Kanak?

Masalah yang berkaitan dengan jangkitan pencernaan pada kanak-kanak sering dianggap serius. Secara umumnya, gangguan usus berkait rapat dengan kesihatan sistem gastrousus.

Gangguan ini boleh melambatkan fungsi dan menjejaskan perkembangan kanak-kanak.

Sama ada si manja mengalami gejala muntah, cirit-birit, atau hanya mengeluh, jika ada kebimbangan, adalah penting untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

Ini amat penting jika kanak-kanak kelihatan sakit, tertekan, kehilangan berat badan, demam, atau mengalami perubahan dalam pergerakan usus.

Tanda Infeksi Pencernaan Kanak-Kanak

Berikut beberapa tanda dan ciri ciri infeksi pencernaan kanak-kanak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Muntah

Gejala infeksi pencernaaan pada anak yang pertama adalah muntah. Muntah adalah cara badan mengeluarkan bahan berbahaya atau toksin dari perut. Ia boleh disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria yang menyerang saluran penghadaman.

Muntah yang berterusan boleh menyebabkan dehidrasi, terutamanya jika disertai dengan cirit-birit. Ini memerlukan penggantian cecair dan elektrolit segera.

  • Kekerapan dan Kuantiti: Muntah yang berlaku berulang kali dalam tempoh yang singkat. Jumlah muntah mungkin besar dan mungkin mengandungi makanan atau cecair yang baru dimakan.
  • Bahan-bahan: Kadang-kadang muntah mengeluarkan cecair kuning kehijauan atau darah, yang menunjukkan keterukan masalah pencernaan.
  • Keadaan Fizikal: Selepas muntah, si manja mungkin kelihatan letih dan lesu.

2. Sakit Perut

Kesakitan pada bahagian abdomen pada kanak-kanak boleh menunjukkan pelbagai jenis masalah usus. Sakit mungkin dirasai di seluruh perut atau di kawasan tertentu seperti perut bawah atau sekitar pusat.

Si manja yang mengalami sakit perut mungkin memegang perut mereka, meringkuk, atau mengadu tentang kesakitan berulang kali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut adalah beberapa punca biasa sakit perut:

  • Sembelit
  • Cirit-birit
  • Keracunan makanan
  • Gastroenteritis (selesema perut)
  • Gastritis (keradangan lapisan perut)
  • Makan berlebihan

Terdapat juga masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan sakit perut pada kanak-kanak. Gejala ini mungkin disertai dengan kembung, kekejangan, mual, dan ketidakselesaan umum.

Antara penyebab sakit perut yang jarang berlaku termasuk:

  • Alahan makanan
  • Sindrom rengsa usus (IBS)
  • Apendisitis
  • Halangan usus
  • Pneumonia

3. Sembelit Dan Cirit-birit

Masalah cirit birit pada kanak-kanak terjadidisebabkan oleh jangkitan virus, bakteria atau parasit yang menyebabkan usus gagal menyerap air dan nutrien dengan betul. Ini boleh menyebabkan kehilangan cecair penting dan elektrolit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara gejala sembelit adalah najis cair dan berair, biasanya lebih daripada tiga kali sehari. Ia mungkin disertai dengan bau busuk dan mungkin mengandungi darah atau lendir.

Manakala bagi sembelit, ia boleh berlaku disebabkan oleh gangguan dalam pergerakan usus atau ketidakseimbangan elektrolit akibat cirit-birit yang teruk.

Antara ciri-ciri anak sembelit adalah sukar membuang air besar, dengan najis yang keras dan kering. Si manja juga mungkin mengalami sakit perut yang berterusan.

#4. GERD (Penyakit Refluks Gastroesophageal)

GERD berlaku apabila asid perut naik semula ke dalam esofagus, menyebabkan kerengsaan. Ini boleh disebabkan oleh kelemahan pada otot sfingter esofagus bawah yang sepatutnya tertutup selepas makanan memasuki perut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak dengan GERD mungkin lebih terdedah kepada jangkitan gastrousus kerana kerengsaan berterusan pada saluran penghadaman atas.

Gejala GERD pada kanak kanak biasanya termasuk:

  • tak makan
  • Sendawa
  • muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Sedu
  • Tercekik atau tersedak

5. Keengganan Makan Atau Menyusu

Jangkitan pencernaan boleh menyebabkan anak enggan makan atau menyusu kerana ketidakselesaan yang dialami seperti sakit perut, kembung perut atau kekejangan.

Ketidakselesaan ini boleh menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesa untuk makan atau menyusu. Sakit perut mungkin lebih ketara selepas makan, menyebabkan si manja takut untuk makan lebih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Punca Ketidakselesaan Penghadaman pada Kanak-Kanak

Sakit perut atau kolik pada kanak-kanak boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, tetapi beberapa punca yang paling biasa termasuk:

  1. Jangkitan Gastrointestinal: Jangkitan virus seperti gastroenteritis atau jangkitan bakteria seperti salmonella atau E. coli sering menjadi punca utama sakit perut pada kanak-kanak. Gejala termasuk sakit perut, kembung perut, cirit-birit, dan muntah.
  2. Sembelit: Masalah sembelit boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan perut pada kanak-kanak. Apabila najis tersumbat di dalam usus, ia boleh menyebabkan tekanan dan kesakitan di kawasan perut.
  3. Kembung: Kembung adalah keadaan di mana gas terperangkap di dalam perut, menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan. Ini boleh disebabkan oleh pengambilan udara semasa makan, tidak bertoleransi terhadap makanan tertentu, atau gangguan pencernaan.
  4. Gangguan Pencernaan: Gangguan pencernaan seperti sindrom usus besar (IBS), penyakit seliak, atau intoleransi laktosa juga boleh menyebabkan sakit perut pada kanak-kanak.
  5. Tahap Asid Perut Tinggi: Asid perut yang berlebihan boleh menyebabkan sakit perut atau refluks asid pada kanak-kanak. Ini terutamanya sering berlaku selepas makan.

Sakit Perut Berpunca Oleh Virus

Infeksi pencernaan pada anak disebabkan oleh virus boleh membuatkan si manja mengalami cirit-birit berair. Najis jarang mengandungi lendir atau darah.

  • Rotavirus boleh bertahan 5 hingga 7 hari pada bayi dan kanak-kanak kecil. Muntah berlaku pada kebanyakan kanak-kanak, dan ada yang mengalami demam. Cirit-birit berair tetapi tidak mengandungi darah. Cirit-birit lebih berkemungkinan pada kanak-kanak menyebabkan dehidrasi teruk dan juga kematian.
  • Norovirus menyebabkan lebih banyak muntah daripada cirit-birit pada kanak-kanak dan berlangsung 1 hingga 3 hari. Kanak-kanak mengalami kekejangan perut dan mungkin mengalami demam, sakit kepala, dan sakit otot.
  • Adenovirus menyebabkan muntah ringan 1 hingga 2 hari selepas cirit-birit bermula. Cirit-birit boleh bertahan 1 hingga 2 minggu.

Sakit Perut Berpunca Bakteria

Bakteria berkemungkinan menyebabkan demam dan cirit-birit berdarah dan beberapa jenis menyebabkan kekejangan perut.

Jenis bakteria tertentu, seperti beberapa strain E. coli dan Shigella, menghasilkan toksin yang boleh menyebabkan komplikasi yang dipanggil sindrom hemolitik-uremik.

Sakit Perut Berpunca Parasit 

Infeksi pencernaan pada anak yang berpunca daripada parasit boleh menyebabkan cirit-birit.

Kanak-kanak mungkin sangat letih dan kehilangan berat badan apabila mereka mengalami cirit-birit berpanjangan yang disebabkan oleh jangkitan parasit.

Cara Mengatasi Anak Sakit Perut

Menangani anak sakit perut dan muntah memerlukan perhatian khusus untuk memastikan mereka mendapat penjagaan yang diperlukan.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk membantu si manja kekal selesa:

  1. Rehat: Pastikan kanak-kanak mendapat rehat yang mencukupi. Biarkan mereka berehat di atas katil atau di tempat yang selesa.
  2. Cecair: Sediakan cecair yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Air, larutan elektrolit oral atau jus yang dicampur dengan air boleh membantu menggantikan cecair yang hilang akibat muntah dan cirit-birit.
  3. Pantau Pemulihan: Pantau simptom anak anda dengan teliti. Jika mereka muntah berulang kali atau tidak dapat menahan cecair, perhatikan tanda-tanda dehidrasi seperti bibir kering, mata cekung, atau kurang membuang air kecil.
  4. Penyusuan: Biarkan anak makan atau minum dalam kuantiti yang sedikit dan kerap. Elakkan memberi makanan atau minuman yang terlalu berat untuk dihadam. Makanan ringan seperti roti putih, biskut atau sup ayam boleh membantu.
  5. Jauhi makanan berat: Elakkan memberi makanan berat, pedas, berlemak atau tinggi serat kepada kanak-kanak yang mengalami sakit perut dan muntah. Ini boleh membebankan sistem pencernaan mereka dan memburukkan gejala.

Bila Perlu Jumpa Doktor

Walaupun banyak isu pencernaan boleh diuruskan dengan penjagaan di rumah, namun situasi tertentu memerlukan penilaian doktor.

Berikut beberapa situasi anda perlu bawa anak berjumpa doktor:

  1. Gejala Penghadaman Berterusan: Jika anak anda mengalami gejala penghadaman yang berterusan seperti sakit perut, kembung perut, cirit-birit, sembelit atau muntah yang tidak bertambah baik, bawa si manja segera berjumpa doktor.
  2. Penurunan Berat Badan: Jika anak anda mengalami pertumbuhan yang lemah, penurunan berat badan, atau kegagalan untuk berkembang walaupun pemakanan dan rawatan, doktor perlu menilainya dengan teliti.
  3. Masalah Berulang: Keadaan penghadaman kronik seperti penyakit radang usus (IBD), penyakit seliak, penyakit refluks gastroesophageal (GERD), atau gangguan hati kronik mungkin memerlukan pemantauan dan pengurusan berterusan oleh pakar untuk mengoptimumkan hasil rawatan dan mencegah komplikasi.
  4. Gejala yang Tidak Dapat Dijelaskan: Jika anak mengalami gejala yang tidak dapat dijelaskan seperti darah dalam najis, demam berterusan, keletihan melampau atau sakit perut teruk, doktor boleh melakukan penilaian lanjut, termasuk ujian diagnostik dan kajian pengimejan, untuk menentukan punca asas.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga:  Vitamin C Untuk Kanak-Kanak: Kebaikan, Dos Pengambilan & 14 Makanan Tinggi Vitamin C

Baca juga: Protein Separa Hidrolisis Untuk Anak: Kenali Apa Itu PHP, Sebab Perlu Ambil Protein Lembut & Manfaat

Baca juga:  Alergi Kanak-Kanak: Jenis Alahan, Simptom & Cara Mengatasi Dengan Berkesan