Dalam aspek pemakanan kanak-kanak, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting untuk perkembangan yang sihat. Namun tidak semua protein adalah sama, antara yang disarankan adalah protein separa hidrolisis atau gentle protein (PHP).
Apa Itu Protein Separa Hidrolisis (PHP)?
Protein Separa Hidrolisis adalah protein susu lembu yang dipecahkan agar perut lebih mudah hadam.
Hidrolisis ialah proses yang memecahkan protein kepada kepingan (10 kali lebih kecil) dan oleh itu, susu formula yang mengandungi PHP adalah lebih lembut untuk perut yang kecil.
Lebih penting lagi, protein terhidrolisis separa ini kurang risiko merengsakan usus dan menyebabkan reaksi alahan. Inilah sebabnya mengapa formula yang mengandungi protein terhidrolisis separa juga biasanya dirujuk sebagai formula hipoalergenik.
Protein separa hidrolisis ini biasanya diperoleh daripada sumber yang kurang menyebabkan reaksi alahan atau ketidakselesaan penghadaman berbanding sumber protein tradisional.
Ia selalunya bersifat hypoallergenic dan mengandungi profil seimbang asid amino penting yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan.
Mengapa Formula PHP Disyorkan?
Kajian tentang formula yang mengandungi protein terhidrolisis separa telah terbukti baik untuk masalah pencernaan dan imunisasi.
Oleh kerana sifat molekul proteinnya yang lebih kecil, formula PHP adalah kurang alergenik dan lebih sesuai untuk kanak-kanak yang sensitif atau alahan, terutamanya ekzema.
Kajian yang dilakukan oleh German Infant Nutritional Intervention Study (GINI) menyokong saranan menggunakan formula protein terhidrolisis separa dengan keberkesanan yang terbukti secara klinikal dapat mengurangkan risiko ekzema pada kanak-kanak sensitif.
Data ini turut menunjukkan kesan pencegahan alergi jangka panjang formula PHP pada manifestasi alahan dan ekzema sehingga anak umur 6 tahun.
Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa tidak semua formula PHP berfungsi dengan cara yang sama. Ini kerana hasil mungkin berbeza-beza bergantung pada proses hidrolisis yang dijalankan oleh pengeluar.
Jenis Protein Lembut
- Protein Hidrolisis: Protein terhidrolisis dipecahkan kepada peptida yang lebih kecil, menjadikannya lebih mudah dihadam dan kurang risiko alahan. Protein whey terhidrolisis dan kasein terhidrolisis adalah contoh biasa.
- Protein Berasaskan Tumbuhan: Protein berasaskan tumbuhan seperti protein kacang, protein beras dan protein rami dianggap sebagai alternatif yang lembut untuk kanak-kanak sensitif terhadap protein susu lembu.
- Protein Putih Telur: Protein putih telur adalah satu lagi sumber protein lembut yang kaya dengan asid amino penting.
Siapa Yang Perlu Mengambil Formula PHP?
Bagi mengetahui sama ada anak perlu mengambil susu formula dengan protein hidrolisis, anda perlulah berunding dengan doktor.
Doktor akan memutuskan susu yang terbaik mengikut kesesuaian si manja. Namun biasanya kebanyakan doktor sering mengesyorkan susu dengan protein separa hidrolisis jika ada sejarah keluarga alahan.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna formula PHP ditujukan hanya untuk mereka yang mempunyai sejarah keluarga alahan sahaja. Sesetengah ibu ayah yang lebih suka formula lebih lembut akan memilih formula protein separa hidrolisis.
Manfaat Protein Terhidrolisis
Berikut beberapa kepentingan protein terhidrolisis separa untuk bayi dan kanak-kanak:
- Kesihatan Penghadaman: Bayi dan kanak-kanak mempunyai sistem pencernaan sensitif yang mungkin sukar memproses protein tertentu. Sumber protein separa hidrolisis lebih mudah dihadam, mengurangkan risiko ketidakselesaan gastrousus seperti kembung perut dan sembelit.
- Pencegahan Alahan: Alahan makanan adalah masalah dalam kalangan kanak kanak, dengan protein seperti susu lembu dan soya menjadi alergen biasa. Sumber protein lembut, terutamanya protein terhidrolisis separa dan berasaskan tumbuhan, boleh membantu mengurangkan risiko tindak balas alahan dan sensitiviti.
- Pertumbuhan dan Perkembangan Optimum: Pengambilan protein yang mencukupi adalah penting untuk menyokong perkembangan otot, tulang, organ dan tisu si manja. Gentle Protein ini turut menyediakan sumber bioavailable asid amino penting.
- Keseimbangan Pemakanan: Menggabungkan pelbagai sumber protein ke dalam diet si manja dapat memastikan mereka menerima pelbagai nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan. Protein separa hidrolisis melengkapkan kumpulan makanan lain, menyumbang kepada diet seimbang dan berkhasiat.
- Mengekalkan Berat Badan: Protein separa hidrolisis dapat membantu mengurangkan rasa lapar, mencegah pengambilan kalori berlebihan dan menyokong pengurusan berat badan yang sihat pada kanak-kanak.
Menggabungkan Protein Lembut Ke Dalam Diet Si Manja
- Penyusuan susu ibu: Bagi bayi, susu ibu adalah standard emas untuk protein yang lembut dan mudah dihadam. Penyusuan susu ibu amat digalakkan kerana ia tinggi nutrisi dan sokongan imun.
- Pemilihan Susu Formula: Untuk bayi alergi atau alahan, susu formula hipoalergenik yang mengandungi sumber protein lembut seperti whey terhidrolisis atau kasein terhidrolisis boleh memberi manfaat.
- Peralihan kepada Makanan Pepejal: Apabila memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, ibu ayah boleh memilih sumber protein lembut seperti kekacang tulen, tauhu atau daging yang dikisar halus untuk menyokong keperluan pemakanan mereka.
- Pilihan Snek: Untuk kanak-kanak yang lebih besar, makanan ringan yang menggabungkan sumber protein lembut seperti kacang, biji, yogurt atau hummus boleh memberikan tenaga dan kekenyangan berterusan antara waktu makan.
Kesimpulannya, protein separa hidrolisisa atau Gentle Protein (PHP) memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak, terutamanya jika si manja mempunyai sensitiviti atau alahan.
Dengan memilih sumber protein yang mudah dihadam dan hypoallergenic, ibu ayahboleh menyokong pertumbuhan optimum, perkembangan dan kesejahteraan keseluruhan anak-anak mereka.
Jika formula PHP disyorkan untuk anak anda selepas berunding dengan doktor anda, cari perkataan “protein terhidrolisis separa” pada label produk sebelum membeli.
Kaji dan bandingkan dengan teliti sebelum membuat pilihan. Jika tidak pasti, anda boleh meminta nasihat doktor tentang sarankan susu formula yang paling sesuai untuk anak anda.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia.
Baca juga: Aqiqah Anak Perempuan: Panduan, Hukum Akikah Bayi Perempuan Dan Syarat Menurut Islam
Baca juga: Adakah Rumah Bebas Kuman Melindungi Anak Daripada Alergi? Ini Ibu Ayah Perlu Tahu
Baca juga: Tabiat Waktu Skrin: Persamaan Mengejutkan Antara Ibu Bapa Dan Anak Remaja
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!