Nak Beri Anak Nama Moden? Ini Antara Senarai Nama Bayi Yang Bakal Jadi Influencer Malaysia Terkenal!

Influencer Malaysia selalunya memiliki nama yang unik dan cantik. Jika ibu ayah nak beri nama bayi, boleh pilih nama bayi dalam senarai ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Influencer Malaysia pada zaman kini dilihat sebagai golongan yang begitu berpengaruh oleh kerana pencapaian mereka ataupun apa sahaja perkara positif yang dilakukan oleh mereka. Malah, keunikan dan kecantikkan nama-nama influencer Malaysia juga seringkali menjadi pilihan.

Nama 'Alana' juga selalu menjadi pilihan hati untuk diberikan sebagai nama bayi perempuan. Tidak dinafikan, nama Alana sememangnya sangat lembut dan sesuai untuk diberikan buat anak perempuan. Cantik sahaja bunyinya. Simple pun ya juga.

Jika ibu ayah di luar sana masih sedang tercari-cari nama sesuai untuk dibeirkan kepada bayi lelaki dan perempuan yang bakal lahir tidak lama lagi, jangan bimbang. Di sini kami akan sediakan beberapa pilihan untuk ibu ayah beri nama 'common' buat bayi lelaki atau perempuan yang mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai influencer Malaysia terkenal.

Popularlah si kecil nanti!

Nama Bayi Yang Boleh Jadi Influencer Malaysia Terkenal

Nama bayi adalah perkara yang paling simple, namun paling lama untuk dicari. Manakan tidak, anda pastikan ingin memberikan nama bayi lelaki dan perempuan dengan maksud nama yang cantik dan bermakna, bukan?

Nama itu akan dipanggil dan digunakan sepanjang hayat mereka. Malah, sehingga nafas terakhir. Jadi, ia akan memberikan peranan yang besar buat mereka. Nama yang membawa maksud baik adalah lebih elok. Sebutan cantik, maksud pun sesuai. Barulah afdal orang kata.

Berikut merupakan senarai nama-nama bayi yang boleh jadi influencer Malaysia terkenal:

Nama Bayi Perempuan

Jika di luar negara, carian mendapati bahawa Hannah iaitu dengan purata 1,128,000 pengikut, adalah nama influencer paling popular untuk gadis, di mana ianya mempunyai 50 akaun IG. Walau bagaimanapun, antara nama-nama lain untuk dipertimbangkan adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Chloe: Nama itu mempunyai 50 pengaruh dan purata 2,394,400 pengikut.
  • Sophie: Yang ketiga paling popular mempunyai 40 pengaruh dan 3,377,000 pengikut.
  • Sarah: Terdapat 40 akaun pengaruh yang dikaitkan dengan Sarah serta 1,790,000 pengikut.
  • Rebecca: Walaupun terdapat hanya 40 akaun influencer untuk Rebecca, nama itu mendapat jumlah pengikut tertinggi: 5,578,000 secara purata.

Nama Bayi Lelaki

Bagi lelaki pula, Jamie ternyata nama yang muncul di akaun paling berpengaruh. Selain itu, nama itu mempunyai 9,800,000 pengikut. Manakala, antara nama-nama lain untuk dipertimbangkan adalah:

  • Jack: Monoker klasik ini muncul pada 26 akaun pengaruh dan dikaitkan dengan 4 juta pengikut.
  • Erick: Nama yang menduduki tempat ketiga dalam senarai mempunyai 19 akaun influencer dan 327K pengikut.
  • James: Nama ketiga paling popular untuk lelaki dalam senarai adalah pada 18 akaun influencer dan 25.4K pengikut.
  • Wayne: Nama lelaki paling popular kelima dalam senarai muncul di 14 akaun influencer dan mendakwa 702K pengikut.

Tambahan lagi, berikut merupakan carta 100 nama bayi lelaki popular di United Kingdom pada tahun 2022:

  1. Muhammad
  2. Noah
  3. Jack
  4. Theo
  5. Leo
  6. Oliver
  7. George
  8. Ethan
  9. Oscar
  10. Arthur
  11. Charlie
  12. Freddie
  13. Harry
  14. Zayn
  15. Alfie
  16. Finley
  17. Henry
  18. Luca
  19. Thomas
  20. Aiden
  21. Archie
  22. Teddy
  23. Lucas
  24. Ryan
  25. Kai
  26. Liam
  27. Jaxon
  28. Louie
  29. William
  30. Jacob
  31. Ali
  32. Caleb
  33. Isaac
  34. Joshua
  35. Jude
  36. James
  37. Jayden
  38. Adam
  39. Arlo
  40. Daniel
  41. Elijah
  42. Max
  43. Tommy
  44. Ezra
  45. Mason
  46. Theodore
  47. Roman
  48. Dylan
  49. Reuben
  50. Albie
  51. Alexander
  52. Toby
  53. Yusuf
  54. Logan
  55. Rory
  56. Alex
  57. Harrison
  58. Kayden
  59. Nathan
  60. Ollie
  61. Ayaan
  62. Elliot
  63. Ahmad
  64. Kian
  65. Samuel
  66. Hudson
  67. Jason
  68. Myles
  69. Rowan
  70. Benjamin
  71. Finn
  72. Omar
  73. Riley
  74. Zachary
  75. Brodie
  76. Michael
  77. Abdullah
  78. Matthew
  79. Sebastian
  80. Hugo
  81. Jesse
  82. Junior
  83. Oakley
  84. Abdul
  85. Eli
  86. Grayson
  87. Mateo
  88. Reggie
  89. Gabriel
  90. Hunter
  91. Levi
  92. Ibrahim
  93. Jasper
  94. Syed
  95. Zion
  96. Luke
  97. Seth
  98. Aaron
  99. Asher
  100. Blake

Menurut Daily Mail UK, nama Muhammad yang membawa maksud yang terpuji dan dirahmati sudah menjadi nama pilihan popular ibu ayah di United Kingdom sejak bertahun-tahun lamanya.

Jika tiada nama yang ibu ayah berminat, di bawah kami sediakan lagi beberapa senarai nama bayi lelaki dan nama bayi perempuan modern diikuti dengan maksud tersendiri. Boleh juga dijadikan sebagai nama unik dan siapa tahu boleh jadi influencer Malaysia terkenal suatu hari nanti.

Nota: Ramai juga ibu ayah yang cenderung memilih nama bayi lelaki huruf a dan juga nama bayi perempuan huruf a. Katanya kalau nak 'register' atau isi borang sementara menunggu giliran, jika mengikut abjad, huruf a akan didahulukan.

Nama Bayi Perempuan Modern & Boleh Jadi Influencer Malaysia, Diikuti Dengan Maksud.

  • Aaisha bermaksud hidup
  • Aala bermaksud hadiah
  • Aaliya bermaksud luar biasa
  • Aaqilah bermaksud bijaksana, cerdas
  • Adeela bermaksud jujur
  • Adeeva bermaksud lembut
  • Afya bermaksud semangat
  • Aisyah bermaksud beruntung
  • Aqeela bermaksud beruntung
  • Elia bermaksud indah
  • Eliza bermaksud unik
  • Fakhira bermaksud mewah
  • Faliha bermaksud kejayaan/berjaya
  • Farah bermaksud kebahagiaan
  • Fathiyya bermaksud pembimbing orang lain
  • Ghafira bermaksud pemaaf
  • Hamraa bermaksud berkulit putih
  • Hana bermaksud baik hati
  • Hayaa bermaksud kesopanan
  • Hayiyyah bermaksud rendah hati
  • Hilyah bermaksud perhiasan
  • Inaya bermaksud kurniaan Allah SWT
  • Isma bermaksud pesona
  • Izra bermaksud bintang
  • Jamila bermaksud indah
  • Maisha bermaksud cantik
  • Nabila bermaksud bangsawan
  • Nada bermaksud kemurahan hati

Nama Bayi Lelaki Modern & Boleh Jadi Influencer Malaysia, Diikuti Dengan Maksud

  • Alexander bermaksud pejuang umat
  • Ambrose bermaksud keabadian
  • Andrew bermaksud lelaki yang kuat
  • Adam bermaksud milik Bumi
  • Abraham bermaksud bapa kepada rakyat
  • Adeen bermaksud api kecil yang bersinar terang
  • Alfred bermaksud penasihat yang bijaksana
  • Aaron bermaksud seorang lelaki yang hebat
  • Basil bermaksud raja
  • Benedict/ Benediktus bermaksud diberkati
  • Bernard bermaksud kuat
  • Bonaventure bermaksud tidak mudah menyerah
  • Bryan bermaksud tajam seperti pedang
  • Caesar bermaksud lelaki berambut panjang
  • Charles bermaksud lelaki yang kuat
  • Clement bermaksud pemaaf
  • Carolus bermaksud pahlawan
  • Constantine bermaksud tegas dan konsisten
  • Dean bermaksud pemimpin
  • Demitrius bermaksud pencinta bumi
  • Daniel bermaksud yang dipilih Tuhan
  • Damian bermaksud penjinak
  • Dominic bermaksud milik Tuhan
  • Dionysius bermaksud lelaki yang sihat dan kreatif
  • David bermaksud suka
  • Edward / Eduardus bermaksud penjaga warisan
  • Emilius bermaksud lelaki yang bertenaga dan bermurah hati
  • Edzhar bermaksud yang bercahaya
  • Elijah bermaksud diterima di syurga
  • Eleazar bermaksud ditolong oleh Tuhan
  • Ethan bermaksud perkasa
  • Ezra bermaksud penyelamat
  • Frumentius bermaksud nama Bishop pertama di Aksum

Bilakah Waktu Sesuai Untuk Beri Nama Bayi Baru Lahir?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk ibu ayah di luar sana, mungkin ada yang tertanya-tanya bilakah waktu yang paling sesuai dan tepat untuk memberikan nama buat bayi baru lahir?

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, para ulama’ bersepakat bahawa harus diberikan nama kepada bayi yang baru lahir pada bila-bila masa sahaja selepas bayi tersebut dilahirkan. Tiada waktu tertentu yang dilarang untuk memberikan nama kepada bayi yang telah dilahirkan.

Namun begitu, para ulama’ berbeza pandangan mengenai waktu yang disunatkan untuk memberikan nama kepada anak yang baru sahaja dilahirkan kepada tiga pendapat, iaitu:

  • Pendapat Pertama: Sunat diberikan nama kepada anak yang baru dilahirkan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Ini adalah pendapat jumhur (majoriti) ulama’-ulama’ dalam mazhab asy-Syafi’e, Hanafi, Maliki dan Hanbali. Rujuk Mughni al-Muhtaj (4/294), Hasyiyah ibn ‘Abidin (5/213), al-Tamhid (4/320), Hasyiyah ar-Raudh al-Murbi’ Syarh Zad al-Mustaqni’ (4/245-246).

Mereka berhujah dengan beberapa hadith Nabi SAW, antaranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

أنَّ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم أَمَر بِتَسمِيةِ المَولودِ يومَ سابِعِه

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan untuk memberikan nama kepada bayi yang baru dilahirkan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya." - Riwayat al-Tirmizi (2832).

  • Pendapat Kedua: Sunat diberikan nama kepada anak yang baru dilahirkan pada hari kelahiran anak tersebut. Ini adalah pendapat sebahagian ulama’-ulama’ dalam mazhab asy-Syafi’e dan Hanbali. Rujuk Mughni al-Muhtaj (4/294), Fath al-Wahhab bi Syarh Minhaj at-Tullab (2/190), Kasyaf al-Qina’ (3/25).

Mereka berhujahkan dengan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan hadith SAW. Di antaranya ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ

Maksudnya: “Dan Aku (Allah) telah menamakannya Maryam” (Surah Ali Imran: 36).

  • Pendapat Ketiga: Sunat diberikan nama kepada anak yang baru dilahirkan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya jika anak tersebut hendak dilaksanakan aqiqah untuknya pada hari ketujuh. Jika tidak, disunatkan anak tersebut diberikan nama sebelum hari yang ketujuh.

Ini adalah pendapat sebahagian daripada ulama-ulama’ yang bermazhab asy-Syafi’e, Maliki dan pendapat yang dipilih oleh Imam al-Bukhari Rahimullah. Rujuk Mawahib al-Jalil fi Syarh Mukhtasar Khalil (5/362), Hasyiyah Qalyubi dan ‘Umairah (4/256).

Mereka berhujah bahawa hadith-hadith yang menyebut berkaitan pemberian nama pada hari ketujuh, ia memberi makna bahawa tidak boleh melewatkannya lebih daripada hari yang ketujuh dari hari kelahiran bayi tersebut.

Ini kerana jika dinamakan sebelum hari yang ketujuh, ia masih dinamakan hari yang ketujuh (مسمى يوم السابع), maka ia menepati makna hadith. Ada pun selepas hari ketujuh, ia tidak lagi dinamakan sebagai hari ketujuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesimpuannya di sini, anda boleh sahaja memberikan nama kepada bayi yang baru lahir pada bila-bila masa sahaja selepas mereka dilahirkan. Tiada waktu tertentu dan dilarang untuk melakukannya.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Koleksi Nama Bayi Lelaki Inspirasi Nama Nabi, Tokoh & Sasterawan Islam, Ibu Jom Semak!

Baca juga:  Nama Bayi Lelaki Huruf A Yang Unik Dengan Maksud Baik-Baik, Ayuh Jadikan Inspirasi

Baca juga: 100 Gabungan Nama Bayi Lelaki Dalam Islam Dengan Pengertian Yang Cukup Indah

Penulis

Murns A.