Kini, Influenza A Malaysia mencatatkan peningkatan yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk di sekitarnya.
Menerusi berita yang dikeluarkan oleh New Straits Times, sehingga kini 22 orang di Cyberjaya dan Klang positif Influenza A pada hari Khamis. Ini adalah ulasan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Selangor, (JKNS).
Di Cyberjaya, 20 orang pelajar dan seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Cyberjaya didiagnosis dengan jangkitan virus selepas mengalami gejala seperti demam, batuk dan selsema.
Dalam kes yang berasingan, dua adik beradik di Klang juga didapati mengalami virus tersebut.
Influenza A Malaysia mencatatkan peningkatan
Namun begitu, pelajar dan guru di Cyberjaya menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang ke rumah. Walaubagaimanapun, seorang budak lelaki telah dimasukkan ke hospital swasta dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Sementara itu, salah seorang daripada adik beradik di Klang itu dimasukkan ke hospital tetapi masih berada dalam keadaan yang stabil dan terkawal.
Manakala yang lain hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang,” Kata Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman dalam satu kenyataannya.
Beliau turut berkata, dalam satu siasatan awal, pihak berkuasa percaya bahawa kedua-dua kes tidak berkaitan.
Malah tiada sekolah ditutup kerana wabak Influenza A Malaysia itu di Selangor kerana keadaan masih terkawal.
Bahaya Influenza A
Menurut Dr Sha’ari lagi, influenza adalah jangkitan yang mengalami gejala utama seperti demam, selsema, sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.
Apatah lagi, jangkitan influenza atau flu ini sangat mudah berlaku, jadi penularannya menjadi lebih mudah di kawasan yang padat seperti sekolah, asrama, tempat kerja yang tertutup, institusi latihan, kem tentera dan sebagainya.
Beliau berkata, wabak disebabkan virus Influenza bermusim hanya menyebabkan demam selsema yang ringan pada orang biasa tapi boleh menyebabkan jangkitan teruk kepada kumpulan yang berisiko tinggi seperti warga tua, kanak-kanak, wanita hamil dan pesakit yang mempunyai penyakit kronik tertentu.
Sementara itu, jangkitan influenza yang teruk berpotesi menyebabkan kematian.
Atas sebab itu, golongan yang berisiko tinggi digalakkan mendapat pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan di fasiliti kesihatan awam.
Jadi sebaiknya orang awam mengekalkan tahap kebersihan diri supaya mengelak penularan wabak ini.
Malah, individu yang mempunyai gejala Influenza dinasihatkan berehat di rumah dan hindari ke tempat awam. Juga memakai penutup mulut dan hidung untuk langkah pencegahan.
Apakah pesakit influenza A ini perlu dikuarantin?
Tak perlu bimbang kerana Pesakit influenza A TIDAK perlu dikuarantin. Namun begitu, sekiranya anda berasa TIDAK SIHAT atau mengalami gejala selesema, anda perlu melakukan ini seperti di bawah:
– Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak.
– Berehat dan minum banyak air.
– Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema. Jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol.
– Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda.
– Gunakan topeng atau mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul.
– Jika perlu dapat rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk serta sakit tekak yang berterusan perlulah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
***********
Sebarkan maklumat ini kepada ibu bapa yang lain supaya semua orang mengambil langkah berjaga-jaga sekaligus memelihara kebersihan diri dengan lebih baik.
Jangan lupa untuk share artikel ini di laman sosial Facebook anda demi manfaat bersama dengan pengguna yang lain.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: NST, Berita Harian
Gambar: Mstar
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comtanda-tanda-influenza